Cabaran sebagai bapa baru bermula..

by - Selasa, Januari 08, 2019

3 hari dah aku demam. Punca ? Aku tau punca dari mana. Badan abis lenguh lenguh. Asyik nak tidur je aku jadinya. Apa kerja pun tak jadi nak buat. Apatah lagi nak update blog. Tapi apa nak buat , blog mata pencarian aku. Nak tak nak, kena teruskan sehinggalah aku ada mata pencarian lain. Er, aku tak bercadang nak tukar pon. Malah kena kerja keras untuk naikkan lagi ada la. Hee..

Ok ok.. Baru terima surat mesyuarat PIBG. Seingat aku laaa.. masa aku sekolah dulu , bab ni memang aku ignore je ! Malas nak susahkan orang tua aku datang sekolah. Sian kat diorang. Bukan dekat pun sekolah haa.. Tak penting ! 

Tapi setelah bergelar blogger dan berpengalaman beberapa tahun sebagai  guru (sementara) , aku faham benarlah fungsi ni. Masa ni kita bagi pendapat dan juga kritikan berdepan. Segalanya untuk kebaikan sekolah dan juga anak anak kita. Persoalannya , sapa nak gi ? Aku atau wife ? Hahaha.. Aku memang malas. Aku risau aku bersuara kang, payah la.. Entah , tengok la nanti. 


Dan tengahari tadi , aku gi jemput Qhaliff dan Zahra lepas abis event di Cyberjaya. Qhaliff dengan bangga bagitau dia dapat kelas baru. Aku senyum.  Aku usap kepala dia. Allah tau apa yang terbaik buat anak anak aku. Yang perting , kita sebagai mak bapak , berusaha jadikan mereka manusia yang berguna pada agama , bangsa dan negara . Aku tak bercadang jadikan dia manusia pintar di zaman ni. Heee... 

You May Also Like

5 comments