Kesabaran ku ada batasnya. Maafkan aku ye kucing jantana kelabu ! - BEN ASHAARI

Kesabaran ku ada batasnya. Maafkan aku ye kucing jantana kelabu !


Setiap pagi , hobi si kucing jantan jalanan tu ialah berak di dalam pasu pokok wife aku. Dan aku kena bersihkan. Kalau nak tunggu wife aku bersihkan , memang seharian la aku dok hirup bau taik tu. Masuk ke dalam rumah ok ! 

Dah la tu... setiap pagi , tugasan aku ialah jemur pakaian. Dulu best la.. Hirup udara segar. Sekarang kena hirup udara berbau taik kucing tu. Tah apa la dia melantak sampai bau dia.. adoiyaaaiiiii ! Kalau boleh aku post kat sini bau taik kucing tu haaa..


Abis tanaman wife aku . Ada yang mati dah. Aku terpaksa pindahkan semua ke luar rumah untuk elakkan dia berak. Tapi dia tetap berak kat dalam kawasan rumah aku. Mesti sebab dia dah tandakan tu kawasan jajahan dia ! Huhhh... 

Ada banyak tips yang kawan kawan kasi untuk elakkan kucing berak di kawasan umah kita.. Antaranya , letak air dalam botol. Air tu warna mesti warna merah. Jangan tanya kenapa warna merah yer. Aku tak tau. Nanti aku interview kucing tu andai berjaya aku tangkap dia. Setakat ni , dia berjaya melarikan diri ! 

Lain tips. gi beli kat Daiso. Ada jual serbuk anti kucing. Aku cari dah... tak jumpa. Tips lain , guna sabun pencuci dan cuka. Sembur kat kawasan dia berak tu selepas kita bersihkan kawasan tu. Katanya kucing tu tak mai dah. 

Aku pilih tips yang ni.. Guna serbuk cili ! Hahahahahahahhaaa... Aku test dah. Aku sendiri tak tahan bau dia. Kalau kucing tu berjaya gak berak kat situ , nampaknya aku kena berguru la ngan dia nanti. 





Berjayakah ??? Kena tunggu esok la jawabnya. Hahahahaha.. Yang pastinya , kos ni murah la skit. Aku tak nak guna Babas punya. Kasi yang brandad skit. Sebagai tanda respek kat dia sebab berani berak kat dalam area umah aku. Hahahahaha... 


6 ulasan:

  1. Allahu.Kalau berak juga...bland serai..tapis,ambil airnya semburkan kat kawasan yang kucing tu gemar sangat lepas hajat..

    BalasPadam
  2. Hahahahahhaha.... Ayat last tu!

    BalasPadam
  3. Alamak..kucing jalanan memang tak ada disiplin..kesian jg nampak tanaman dah rosak..
    sabar ja lah ya

    BalasPadam
  4. igt Faiza, igt basmi tahi kucing. hahahaha.. sori no offense

    BalasPadam
  5. Cara terbaru untuk buat duit dengan handphone sila baca di Cara Buat Duit Dengan Aplikasi ReadWard

    BalasPadam
  6. baru tahu macam2 kegunaan serbuk cili ni ya.. hehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.