Seminggu persekolahan berlalu. Bagaimana ragam Qhaliff dan Zahra ?

by - Isnin, Januari 07, 2019


Kedua-duanya ,lebih rela ke sekolah berbanding duduk di rumah. Hahaha.. boring masing masing kalau duduk rumah. Ditambah lagi , Isnin sampai Jumaat tak boleh pegang telefon pintar. Diorang paham dan takkan mintak. Sabtu Ahad jer baru diorang mintak nak main. 

Qhaliff... Alhamdulillah. Cuma ketika aku nak hantar je dia agak macam sayu. Macam dia je lari ke arah aku dan peluk. Teringat saat tu. Aku cepat cepat pergi dari situ. Lambai pada dia dan tunjuk jam. Tanda mak dia akan datang waktu rehat nanti. Itu berlaku pada hari Khamis lepas. Jumaat, wife hantar dan aku yang amik. Kelihatan dia sangat gembira di sekolah. Huhuhu.. 

Zahra ? Mek ni dasat. Di luar dugaan sama sekali. Bayangkan sebelum ni , dia tidur lewat dan bangun di saat matahari di atas kepala ! Tapi seminggu persekolahan, takda masalah langsung bab ni. Aku dukung naik ke bilik air dan mudah sekali mandi. Takda satu tangisan pun. Pastu pakai baju dan sarapan. Keluar dan naik kereta. Dah ! Fuhhh.. sungguh dipermudahkan kerja kami.

Datang Sabtu Ahad , barulah nampak kepenatan. Lepas subuh... pengsan semula. Penat teramat sangat. Ambik dan hantar ke sekolah. Fuh... Moga pasni dah biasa dengan jadual, jadi tak la kepenatan seperti minggu pertama. 

Haa , lupa lak.. ni ada sedikit info untuk korang. Boleh la pergi nanti. Mana la tau kot kot ada peluang perniagaan atau pun buat kaki makan makanan Halal , nahhh... gi tengok tengok... Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre , akan ada Malaysia Halal Expo 2019. Lebih 300 booth produk tempatan Halal akan dipamerkan dan turut melibatkan booth selebriti. Untuk pengetahuan korang , expo ni bertujuan untuk membawa produk tempatan Halal ke Jepun di temasya Sukan Olimpik 2020 nanti. 



Expo anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan disokong oleh agensinya,  SME CORP Malaysia.

You May Also Like

5 comments