Walaupun demam , suri rumah kena juga ' bekerja' ..

by - Khamis, Januari 17, 2019

" Boleh ke bang ? ". Tanya wife. Aku senyum. Walaupun kepala masing lagi pening pening lalat dan badan masih panas , aku redha jer. Wife baru je cuti kuarantin jaga Aariz ari tu. Takkan nak cuti lagi kan ?

Sebelum keluar rumah , wife pesan minta tolong jemur baju. Qhaliff dan Zahra jangan lupa amik. Fuh.. Pastu job job melibatkan blog aku , bersepah lom disiapkan... Sapa nak tolong buatkan untuk aku ? Bukan aku ada pembantu pun. 

Adakalanya terfikir... Camana suami suami di luar sana tu leh ada banyak masa melepak terutama di petang hari selepas kerja ? Sedangkan aku dan wife , kerja non stop hingga malam hari. Ni nak pergi gym pun aku dah tercuri curi masa. 


Wife bekerja. Kalau dia tak sihat , duduk rumah.. baring. Rehat. Tapi dia tetap la masak gak. Aku sakit ? Hahaha.. Adakalanya aku terpaksa 'minta belas ikhsan' dia untuk amik cuti atau aku terpaksa ke rumah mak aku. Mintak mak aku tengokkan anak anak , dan aku rehat hingga demam kebah..

Tak kira suri rumah sepenuh masa atau tidak , pasangan perlu sama sama pikul tanggungjawab dan amik berat antara satu sama lain. Jangan lepas tangan atau sekadar 'ada' jer. Stress kat pejabat , biarlah di pejabat. Bila dah balik rumah.. lupakan beban kerja tu.. kita sakit , boss takkan datang lawat punya ! Antar mesej pun di hujung hari je. Tu pun nasib baik dia teringat.

 Hurmm..

You May Also Like

8 comments

  1. Lazimnya ramai yang hanya mahu dan ingat ketika kita sihat dan gembira sahaja.

    BalasPadam
  2. haha..kita sama..sakit pun kena buat kerja juga..hurmmm

    BalasPadam
  3. setuju, pasangan perlu sama-sama pikul tanggungjawab buat kerja rumah sama-sama, barulah umah tangga jadi harmoni gitew

    BalasPadam
  4. hidup bersama perlu ada persefahaman. walaupun ada ketika berlaku pergaduhan..

    BalasPadam
  5. Ayat last tu win.. takdenya boss nak baik hati ingat kita sentiasa. Yang dia tahu kerja office siap! Tak siap, dia punya bebel lupa terus hasil kerja kita.

    BalasPadam
  6. Tu yang terbaik, suami isteri saling faham-memahami, bantu-membantu dan bertolak-ansur

    BalasPadam