Hahaha... Aku tergolek golek sewaktu menerima mesej dari DATUK PADUKA MAT GEBU SEDENAK TIFFINBIRU AL BUAYA .. Eh.. korang tak tau ke Mat Gebu ni buaya ??? Dia bukan buaya betina laa.. tapi buaya resepi .. kalau dia dapat resepi , dia akan peram dulu !! Kasi kaw kaw punya wooo .. Bila datang idea dia , resepi tu dia akan derhakakan dengan menggunakan kreativiti dia ..
Maka dapur dia tu penuh la pelbagai jenis bahan bahan masakan, rempah ratus , sayur sayuran dan macam macam lagi la.. Kira dia ngan IRON CHEF ni adik beradik jauh la... Tak la dekat.. IRON CHEF kat Jepun , dia kat Sedenak.. Rupa mmg sebijik Jepun ! Jangan marah aa ...
Kenapa Mat Gebu sudah mengamuk ?? Alaaa.. dia kalau mengamuk , nyamuk tengok pon sebelah mata .. kira takde makna la dia mengamuk ... Macam mengamuk ala ala manja gitu .. Tapi jangan kasi dia mula berleter !! Kalau dia mula berleter , korang pakai ear plug pon tak guna dah !! Sumbat kayu balak kat telinga tu pon tak mampu menyelamatkan telinga korang tu dari berdarah akibat leteran dia .. Perghh... halilintar membelah dada wooo ...
Ok.. jauh sangat aku tersasar .. Gini , aku permudahkan cerita .. Ramai ingat MAT GEBU tu BEN ASHAARI !! Salah tuuu Mat Gebu adalah Mat Gebu dan BEN ASHAARI adalah BEN 10 .. eh.. BEN ASHAARI ... takde kaitan walaupun hampir hampir nak ada kaitan .. kan Mat kan .. hahahaha... guwau laaaaa .. aisey... sensitif tuuull... hahaha...
Tapi yang pasti BEN ASHAARI dan MAT GEBU adalah berjiran dalam dunia maya ni .. Kalau korang perasaan , di bahagian atas blog aku tu ada FEED DAPUR TANPA SEMPADAN .. kan ?
Mesti korang tertanya , kenapa aku letak gitu ? Mudah je ... Itu adalah cara pertukaran pembaca ! Blog aku ni ramai pembaca yang terdiri dari blogger .. manakala blog Mat Gebu ramai pembaca yang bukan terdiri dari blogger ... Camana aku leh tau ??? Aku kata dah.. sebagai blogger , kena rajin buat kajian ..
Ok... sambung .. bila pembaca masuk ke blog aku .. dia akan nampak FEED Mat Gebu tu ...FEED CMG kita tu mmg berantu... mana mana perempuan tengok pasti tertarik .. Yelah , penuh dengan resepi.. Sapa tak tertarik bukan ?
Maka , selepas diorg baca entri aku , mereka ada pilihan .. samada nak lompat terus ke blog MAT GEBU atau , lihat entri entri terkini yang ada di blog list aku .. Haa..Skang ada 4 kategori dah ... Banyak pilihan .. Mana yang mempunyai tajuk yang menarik , pastinya akan menarik pembaca untuk kliknya .. Begitu jugalah sebaliknya di blog Mat Gebu .. Pembaca di blognya akan melompat ke blog aku kerana tertarik dek tajuk entri dan kemudiannya akan melompat ke blog yang mana berada di dalam blog list aku .. Maka trafik yang masuk dari kedua dua blog ini akan disalurkan ke blog blog lain .. Dengan itu , trafik tidak dipesia siakan .. Takde la mereka akan terus pangkah browser tu kan ? Betul tak ? Tu laa tujuan aku buat semua ini termasuk segmen BLOG LIST tuuuu ... Faham ???
Akan tetapi .. ada yang bercakap belakang belakang ... Alaaa.. si Ben nak tarik trafik murahan la tu... Heeelooooooooooooo !! Mungkin nampak aku tarik trafik tapi cuba tengok betul betul !! Aku tarik sekali ni je tau !! Pastu takde .. Selepas itu pulak , mereka pulak yang tarik trafik aku dengan entri entri menarik mereka !!!
Bayangkan la yer ... blog baru yang cuma ada paling sedikit 10 follower , bila dia update blog... dia dapat la sekurangnya 2-3 trafik yang masuk dari link blog aku .. 2-3 orang pembaca tu , pastinya akan jadi follower dia .. kenapa ? tu tanya pembaca tu sediri .. Bermula dari 2-3 orang itulah akan merebak ker beribu ribu ...
Yang penting ialah , kebijaksanaan blogger itu sendiri ! Bagaimanakah nak mencuri trafik dari blog BEN ASHAARI .... Fikir fikirkan...
Ops.. maaf la yer ..trafik blog aku tak la tinggi.. walaupun 100 , ianya tetap trafik ...