“ Oh kasihku .. aku cinta padamu .. “
“ Yakah ?? Tapi aku tidak mahu mendengarnya sekarang .. Bolehkah kau simpan dahulu dan lafazkannya pada esok hari ? “
“ Demi cintaku padamu .. baiklah .. “
Esok harinya telah tiba..
“ Inilah harinya yang ku tunggu tunggu .. Sayang , izinkan aku melafazkkannya .. “
“ Nanti nanti .. Aku tiada mood ingin beromantika denganmu .. Kita simpan saja adegan itu ya ? Esok kita ketemu lagi .. “
“ Wah.. sudah macam drama Nilapura pula bahasa kita.. Baiklah.. Akan ku sabar menanti esok hari.. “
Esok punya esok punya esok punya esok .. Tak jugak dia dapat meluahkan kata cinta.. Akhirnya ..
“ Ah… kalau asyik bertangguh begini , lebih aku cari perempuan lain .. Berlagak sungguh ! “
Sambil tersenyum .. “ Baru ku duga sedemikian rupa , kau sudah menyerah kalah ! Bagaimana kau nak bersabar dengan perangaiku jika kita punya jodoh ? Baru sekadar mahu melafazkan kata cinta , kau sudah tensen ??? Belum lagi aku mintak emas permata .. Mau kena ketuk aku jugak nanti ! Pergilah.. Tuu.. beribu itik betina yang gilakan kata kata cinta sedang menanti kehadiran mu itu.. Maaf , aku bukan jenis mudah luluh dengan kata manis seekor itik jantan seperti kamu itu .. “
“ Erk.. aku diduga sebenarnya ??? Oh…. “
Zaman ini , berapa ramai wanita sanggup menduga pasangannya ? Dugalah dengan agama .. Bercintalah dengan agama .. Ubatilah rindu dengan agama .. Lafazkanlah cinta kerana agama .. Dari situ , akan nampaklah segalanya …