Segalanya kerana nafsu ! Duit ?? Batin ??? Hasad ??? Sebut apa saja yg melibatkan nafsu , manusia jadi lupa diri ! Kesannya , ada manusia lain yg menjadi mangsanya nanti !
Semalam , ada kes remaja umur 15 tahun diculik secara terang-terangan di Kuantan ! Dan ada seorang gadis berusia 14 tahun yang hilang baru baru ini , ditemui di Bangkok dipercayai diculik oleh sindiket pelacuran antarabangsa setelah berjaya melarikan diri ..
Ahh .. tergaru-garu kepala ! Apa ni ??? Semakin berani buat kerja culik menculik ni tanpa rasa sedikit bersalah pon ! Ni gara-gara lelaki hidung belang la ni ! Selagi ada permintaan , selagi itulah berlakunya kes culik wanita mahupun penipuan terhadap wanita ..
Itu baru kes culik .. Ni ada kes satu keluarga hidup dalam ketakutan selepas dua lelaki yang dikenali cuba membakar rumah mereka dengan membaling molotov koktel yg dipercayai berpunca dari perbuatan dendam seorang daripada lelaki terbabit selepas bercerai dengan adik mangsa sejak dua bulan lalu..
Ada banyak lagi kes kes gini , setiap hari ! Tu tak masuk lagi mereka yg jumpa bomoh … Sampai ada dah tak ingat dosa pahala dan tak kisah dah nak masuk neraka , asalkan hati PUAS !!!
Yearghh .. selagi tak puas , selagi tu ikutkan kata SYAITAN !