Alhamdulillah .. dalam bas dah .. otw balik Putrajaya ..
Tadi wife sms .. bgtau nurse dah dtg .. Berat Qhaliff dah naik 1.5 kg menjadikan dia skg 5kg pada usia 20 hari .. Esok genap 3 minggu ..
Kuning dia masih ada skit . Sebab tu ubun ubun dia bengkak skit .. Tapi dah semakin surut pon .. InsyaAllah , segalanya ok ..
2/5 ni , dia kena g klinik utk suntikan pertama dia . Aku kena ada semula kat Kelantan , sebelum tu jawabnya .. Plan pun , Isnin ni balik sana semula .. settle part penting dulu .. huhu ..
Selsema Qhaliff lak , nurse suruh wife yg mkn ubat .. kesan akan terima pada baby melalui susu ibu.. Ayah takde susu .. huhu ..
Ok .. nk layan movie sat .. Jauh lagi perjalanan .. Jangka kul 6 sampai ..
Macam nk g medan perang lak padahal nk balik Putrajaya jap jer... Tu pon sbb ada keje .. kalu x , letih gak nk balik ni .. 8 jam dlm bas .. huhu ..
Qhaliff , selsema lak .. tidur tak lena smlm .. Tu pon wife bgtau .. hurm .. jap lagi nurse dtg umah .. check up ..Tak sempat aku nk tgk ..
Skang kt hentian Dataran Usahawan Kok Lanas . Bas kul 9 tp jam dah kul 935 .. hurm
Kenal tak ni ? Hahahah … Dulu entri dia cukup panas arr … Sampai ramai geram kat aku .. huhuh .. Baca kat entri http://bit.ly/IHtE2H ni..
Ok . Skang tengok gambar lak .. Sama tak dia ngan sepupu dia terutama tang dagu tu ..
Hehehe ..Qhaliff skang dok giler tidur ngan mummy dia .. Abis daddy nak tidur ngan sapa ??? Apa ? mummy baru ? Mummy poko tau Mameee .. heheh ..
Saja nak menyemak ..
HTC ONE X !! Argghhh .. Ciri ciri terbaru pada HTC ni membuatkan aku telan air liur berkali kali ! Terlupa terus yang aku ni sedang berpantang dari membeli belah sebab nak pindah rumah .. Kira kos perbelanjaan meningkat … Tapi orang kata , kalau nak ikut nafsu , kena tau gak batasan kan ? Apakah aku mampu membelinya ? Tu bukan persoalannya tetapi persoalannya ialah , apakah iany bermanfaat untuk aku ?
Tentu laaaa … Aku berblog guna hp dan juga ultrabook aku tu. Kalu aku bergerak , aku update blog guna HTC DESIRE HD kesayangan aku ni tapi dengan kehadiran ONE X ni , mmg aku tergugat !
Selain dari menggunakan prosessor quad core 1.5mhz serta 8 megapixel camera dengan auto focus, smart LED flash, danBSI sensor (untuk keadaan kurang cahaya / gelap) , ada beberapa lagi kelebihan yang mmg aku nk sangat guna memandangkan aku dah kurang sangat nak usung DSLR D5100 aku tu haa.. hehehe ..
Jadi , bila aku nak sambar HTC ni ? Tunggu jiran aku , ustas dan pegawai Jakim tu gegar aku ajak g beli laptop untuk dia .. masa tu la kot aku sambar .. lalalalla …
Ni baru 1st round.. esok nak buat 2nd round .. Tapi esok aku balik dah .. yang buat nanti , nenek dia yakni mak mertua aku .. InsyaAllah semua ok ..
Selsema sekejap dia semalam . Petua rakan pembaca blog ni , wife aku gunakan iaitu dengan meletakkan kunyit yang telah digosok dengan belakang lesung .. Letak skit je ..Terus kering selsema yang confirm dia dapat dari aku .. huuhu ..
Baru aku tau , nk cukur kepala baby ni kena tunggu dia tidur atau waktu dia menyusu .. dia diam .. masa tu wat le keje pelan pelan .. Haa.. tu la tips dia .. Aku lak , wat keje time dia jaga .. Patut la dia menjerit sambil menjeling aku ..
Sori la Qhaliff .. bukan suka suka nak botakkan Qhaliff . hehee ..
Artikal terkini , sila rujuk Al-Fatihah .. Bob Kuman meninggal dunia ( 3/5/2012 )
Terkejut gak aku bila terbaca status rakan rakan di FB yg mengatakan Bob Kuman dah meninggal dunia. Siap dah sedekah Al-Fatihah lagi ..
Aku google cari fakta .. Tengok dalam news pon takde .. Aik , biar betul diorang ni !! Sapa lak dok sebar menda ni ? Kalau benar , confirm dah keluar berita .. Ke aku yang terlepas pandang ??
Cari dan cari .. jumpa .. Info paling terkini ..
Ini bermakna , sehingga jam 1.29 petang pada 21/4/2012 , Bob Kuman masih lagi hidup .. Sapa laaa yang buat lawak antarabangsa time time gini ni ?
Buat Bob Kuman , semoga cepat semboh .. Mereka yang dok mengarut tu , tolong hentikan la yer .. Cari maklumat yang lebih sahih ..
Bila PRU dah hampir , maka macam macam skandal timbul .. hehe .. dasat kan ? Dan yang terbaru , dikatakan ada seorng menteri dikaitkan dengan Zahida Rafik hinggakan Zahida mampu miliki beberapa kereta mewah seperti BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Siapakah menteri yang dikaitkan dengannya ?
BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.
“ Kenyataan telah diberikan oleh Azman mengenai status hubungan sulit di antara Zahida dengan Datuk Shafie Apdal. Dia turut memberitahu kenyataan yang telah diberikan adalah benar kerana dia merupakan antara orang kepercayaan Datuk Syafie Apdal dalam merahsiakan hubungan sulit mereka yang telah terjalin hampir 3 tahun itu. Azman turut mengakui bahawa duit yang seringkali diberikan kepada Zahida, dia merupakan orang kepercayan yang akan pergi ke bank.
"Saya telah dilantik oleh Datuk untuk menjadi pembantu peribadi Zahida, saya merupakan antara orang kepercayaan Datuk. Dia turut memberitahu saya agar sentiasa memantau gerak-geri Zahida selama ketiadaan dirinya dan akan melaporkan kepada Datuk.
"Datuk akan berjumpa secara rahsia dengan Zahida di beberapa hotel terkemuka di sekitar Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu. Setiap kali selepas perjumpaan itu, Datuk akan memberikan wang sebanyak RM100,00 hingga ke RM200,00. Wang tunai tersebut kemudiannya akan dibawa ke bank oleh Zahida ditemani saya dan dimasukkan ke dalam akaun Maybank milik Zahida di Menara Perkeso, Ampang." – Yahoo
Tetapi semua skandal ini dinafikan oleh Zahida Rafik dan dia akan mengambil tindakan undang undang .
Zahida menerusi laman Twitter miliknya berkata, dia tidak akan berdiam diri dengan perkara itu dan telah pun berunding dengan peguamnya.
"Saya tidak akan berdiam diri kerana peguam saya sedang dalam perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu dan saya serahkan sepenuhnya kepada mereka. Tunggu berita baik," ujarnya menjawab soalan peminat yang bertanyakan perkara itu di laman Twitter miliknya seperti dilaporkan The Star, Sabtu. “ – Mstar Online
Leh tahan panas gak isu gini kan ? Artis dan ahli politik seperti isi dan kuku .. huhu …
Gambar di bawah menunjukkan bayi lelaki di Pakistan yg punya enam kaki dan telah selamat menjalani pembedahan selama 8 jam .. Alhamdulillah .. Kes begini hanya berlaku satu dalam berjuta bayi .
Selepas pembedahan ..
Baru nak plan botakkan pala Qhaliff pagi ni .. Pagi tadi , turun g jengok Qhaliff dengan niat nak gondolkan kepala dia tapi dia dok tidur lagi.. Alahai. sian la pulak ..
Aku baring sebelah dia dan belai dia .. Baru dia nak teriak , aku bisikkan kata kata cinta pada Qhaliff .. terus dia tidur balik dengan nyenyaknya .. Selsema lak dia .. hurmm ..
Sambil tengok dia tidur , aku pon tidur sekali la sebelah dia .. Pastu wife masuk dan bagitau aku yang mesin rambut tu kena charge 10 jam dulu baru leh guna .. Pulak ! Awat la aku tak baca arahan dia semalam .. Lepas Asar ni baru botakkan dia ..
Satu satu masalah mai neh .. Dugaan .. Aku rasa , aku tak la kot sampai tahap cukur kepala dia .. Cukup la mesin sampai nipis .. Aku plan nak aku nak botak sekali tapi .. tapi tak leh sbb Selasa ni ada rakaman rancangan TV , Generasi Y di RTM .. Ni perut pon dah naik balik . Adoi ..
Apakah Qhaliff seperti ini selepas dibotakkan ???
Nama betul aku ni , cam pelik sedikit .. Kalau aku tanya bapak aku , dari mana datangnya nama aku ni , dia kata ada orang yg letakkan .. Lor …
Aku google .. nama aku ni rupanya , nama tempat di satu kawasan terpencil di India .. Adeh.. India ?? Tapi tak pe la.. At least aku masih punya ayah yang besarkan aku tanpa dera aku sedikit pon .. Tang nama tu , janji orang tak panggil aku ‘hoi’ dah la .. kan ?
Terfikir la aku bila meningkat dewasa .. Bakal anak aku nanti , berbin kan nama aku .. Huhuh.. Kalau dia masuk sekolah , mesti kena perli punya kan terutama dok main kutuk nama mak ayah ni .. Kalau dapat tau nama keturunan , perghh .. macam satu kenduri kutukan gitu ..
Hehehe .. cuma nanti , cucu aku mesti tensen punya ..
“Apa punya atuk laaa kasi nama ayah panjang panjang !! “ Hahaha ..
“ Weh , my cucu .. Cer google nama ayah kamu tu .. Dah jadi legend okeh !! Tu belum nama atuk kamu ni haa .. Bangga la sket ngan nama kitorang ni haa .. Huhuhu “
Kononnya la .. tapi syukur pada Allah kerana telah memberikan aku waris keturunan aku .. InsyaAllah , aku akan jaga amanat ini sebaik baiknya ..
“ Ololo … geram aih aku tengok budak ni .. “
Lalu bertubi tubi laa aku mencium pipinya .. Tak jugak dia nak jaga .. Tapi mmg tak nak dia jaga pon . Kang dia jaga , naya semua orang .. Hehe ..
Lepas puas aku kaco dia .. aku pon nak keluar dari bilik .. Eceh .. Wife senyum je .. Tau daaahhh .. Saja je nak tengok respon… Maklumlah , ada buah hati baru kan ..
Seminit kemudian ..
“ Ingatkan dah tak reti dah .. “
Ecehh .. Bukan lupa .. takut terbabas .. hahahaha ..
Petang tadi g cari barang kat Mydin , Kota Baru .. Kelantan . Dapat la keluar rumah jap .. hehe .. Cuaca , tenang je la. Nak kata panas tu tak tapi aku tetap berpeluh . Lama kot tak berlari .. Tu pasal jadi semacam jer ..
Selesai membeli belah ( nak beli HTC ONE X lak pasni ) , terus je balik rumah . Nak jalan jalan , malas mengundang diri . Kena pulak ada rakan blogger / FB nak datang rumah .. hehe . Jadi , terus je la balik ..
Sampai je rumah , terus test power getah paip yg aku beli untuk salur air ke mesin basuh . Aiyooo .. salah lagiii .. Haihh .. tensen pala .. Ingat nak mesin terus kepala Qhaliff tapi tak gak settle settle sbb kes mesin basuh tak settle lagi .. huhuh ..
Naik atas .. plan nak mandi .. Tengok pintu tandas tertutup .. Hurm , adik ipar kot mandi .. Tunggu la sat .. 5 minit kemudian .. tak terbuka gak .. Hampir 10 minit dah ni .. Aku turun g test kot kalau takde orang dalam tu .. Aku tolak .. Macam berkunci .. Hurm , terus naik ke bilik ..
Tunggu dan tunggu dan tunggu .. Masa semakin meninggalkan aku .. Aku turun tgk sekali lagi .. Masih tertutup .. Hurm… Aku nekad.. G je la tolak pintu tu .. huhuhu..
Tolak memula ketat .. kuatkan sedikit .. Takde orang rupanya… aiyooo …
Deejay Wani (Hot.Fm Kelate ), dan keluarga sudi bertandang rumah mak mertua aku untuk melawat Qhaliff .. huhuh .. Menangis nak susu la tuuu .. huhuuh … Terima kasih Wani dan suami ..
Asal orang datang , aku mesti tidur .. hahahah
Klik ni sat leh ? – > http://bit.ly/IwORjq
Tolong klik http://bit.ly/I1sBNl dan http://bit.ly/IwORjq sat eh..
Alhamdulillah .. Bagus sungguh Qhaliff .. Sedikit pon tak dengar suara dia menangis malah tidur lena lagi lebih lebih lagi bila selawat.. lagi berdengkur dia .. Hehehe .. Aman je tengok dia waktu tu ..
Majlis bermula selepas solat subuh .. Lebih kurang jam 7 pagi gitu la .. Ringkas je majlisnya .. Alhamdulillah , selesai .. tapi kepala Qhaliff lom dapat dibotakkan sbb takde peralatan .. huhuhu .. Jap lagi pas solat Jumaat , baru aku g beli mesin rambut..
Ahaa.. sedang aku tangkap tidur sebab ngantuk sangat , rakan Blogger dan juga guru Tahfiz di Kelantan datang melawat Muhammad Qhaliff Iman .. Azizi atau Jiji namanya .. Hahaha .. single lagi neh.. sapa nak ngorat leh laa .. Sempoi punya orang .. Ni pon nak g kursus kamera .. Dah gila kamera skang ni .. Terima kasih la Jiji oii sbb singgah .. huhu ..
Tengok Qhaliff tu .. huhu .. renung tak hengat punyaa ..
Wowwwww .. Menarik ni ! Balik ni leh g shopping sat .. Kat Bandar Baru Sri Petaling je ni .. Dekat je ngan Putrajaya .. Kena on GPS ni.. hehehe ..