Aku buat blog , dapat gi PARIS.. Jiran aku , aku jarum dia untuk kembali bergiat aktif dalam dunia blog akhirnya , berjaya menjejakkan kaki ke London di bawah tajaan Air Asia ! Dia gi London bukan untuk suka suka yer. Ada misi khas dan penting ! Yang paling menariknya ialah dia akan buat apa yang dia idamkan selama ini ! Perghh.. ibarat mimpi jadi kenyataan la kan ? Walaupun bukan team feveret dia tapi sekurangnya dalam merasai pengalaman indah ni pon dah cukup berbaloi ! Semuanya kerana blog dan NETWORK !
Aku memahami sangat camana perasaan dia. Sama seperti ketika aku menerima pelawan ke Paris / Tolouse tahun lepas ! Tengah sedap sedap tidur , masuk email ! Perghh.. Sapa pulak nak mainkan perasaan aku neh ?
Kalau korang dapat email cam ni , korang caya tak ? Haaa.. konpius punya kan ? Tapi alhamdulillah.. Aku berjaya juga jejak kaki ke Eropah di bawah tajaan syarikat penerbangan terkemuka dunia yang mana ianya adalah impian aku sejak aku mengenali dunia blog !
Begitu juga dengan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari ni .. Senyum lebar dia hari ni hingga 22 haribulan.. Satu kenangan yang takkan dia dapat lupakan !
Tak sabar tunggu dia balik dan dengar pengalaman dia di sana ! Hehehehe.. Sapa kata buat blog tak berbaloi dan berNETWORK tu tak penting sangat ? Hehehehe .. Kena pandai cari NETWORK yang benar ikhlas nak bernetwork.. Tujuannya mudah saja.. Menambahkan ilmu dan sudah semestinya .. nak ramai kawan baru la kan ?
Tunggu KELAB BLOGGER BEN ASHAARI anjurkan HARI BLOGGER KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yg mana segalanya pastinya akan berdentam dentum ! Semua dah ditaja ! Kecuali beberapa items lagi je nak .. seperti baju masa event tu nanti.. hehehe..
Berbaloi buat blog ? Serius berbaloi ! Asalkan anda tau , niat dan hala tuju.. Tak perlu kacak.. tak perlu sado .. tak perlu gedik.. tak perlu shawl ! Ahaaa…
Tahniah Pojie dari blog www.stylosport.com …