Gi Mothercare Bangsar semalam dengan keluarga aku.. Nak cari sesuatu untuk anak anak… Dan berjaya dengan jayanya membawa pulang beberapa barangan khas untuk mereka.. Seronok aihhh jadi anak anak zaman ni. Aku dulu tak merasa semua ni.. huhu..
Qhaliff dapat study desk.. Suka dia.Tapi dia sebenarnya lagi tertarik dengan … mainan Zahra , wooden activity kitchen ! Hahahahha ..
Dia pulak beria tunggu aku siapkan.. Zahra pun sama ! Masing masing tak nak tidur hingga aku siapkan.. Aku lak , lama dah tak DIY.. Kena asah skill balik.. adeh..
Tadaaa .. takde la susah mana pon kalau ikut arahan tu betul betul..
Alhamdulillah.. siap ! Tapi timbul masalah baru..
Qhaliff terlebih sayangkan mainan tu berbanding Zahra walhal tu Zahra punya.. Ah , sudahh.. Kena beli satu lagi la kot ? Ada satu tu , besar skit.
Sementara tengah sale.. hehee.. Aku suka beli kat sini sebab kalau ada problem , senang nak settlekan.. Mahal berbanding di jual luar sana ? Hurmm.. Bagi aku , yang penting service selepas jualan..
Mothercare Malaysia : http://www.mothercare.com.my/
Instagram : www.instagram.com/mothercaremalaysia