Alhamdulillah.. dapat gak tonton F8 ! Ternyata penantian sangat sangat berbaloi. Ramai bagi pujian kali ni... termasuk aku ! Dari awal hingga akhir , penuh dengan aksi dan banyak babak di luar jangkaan. Fuh , rasa macam nak gi tengok sekali lagi jer..
Entah kenapa , aku teruja dengan si Jason dalam ni..Berbeza dengan watak serius dia sebelum ni , untuk kali ni dia lebih santai dan melucukan.. Hehehe.. Apakah penjara telah mengubah dia ? Hahahha.. tapi aku berpuashati la dengan watak dia..
Si Dom.. dah jadi macam Jason dalam F7.. serius sangat sangat ! Apakah yang menyebabkan dia jadi gitu ? Tepat jangkaan aku.. Hanya 'keluarga' saja boleh buat dia jadi lembut.. persoalannya , siapa ? Waahhh.. yang ni buat penonton tak senang duduk.
Keseluruhan... bagi aku F8 sangat berbaloi ditonton walaupun korang amik show midnite ! Hehehehe.. Sila sila... gi la ! Sapa yang tak follow dari awal , sila tonton dari awal baru tengok yang ni... Kalau tak , memang tak paham.. heeee..
9.5/10 , aku kasi..