Tamo dah mkn ala ala baby sangat skg ni.. Roti , berselera koooo.. Oats tamo sgt tp tetap kena bg disamping buah buahan ..
Hurmm..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tamo dah mkn ala ala baby sangat skg ni.. Roti , berselera koooo.. Oats tamo sgt tp tetap kena bg disamping buah buahan ..
Hurmm..
Hurm .. Baru-baru ni kecoh gak la kat rumah anak-anak dara tu. Aku tak tau la puncanya tapi menurut jiran aku tu , ada budak kena rasuk. Entah kena rasuk atau tekanan jiwa , wallahualam sbb dengarnya dia dah dibuang kolej 2 bulan lalu tapi takde sapa tau .. hurmm .. Datang jugak la 3 bijik kereta peronda polis awal pagi tu.. Tak silap kul 1 pagi ..
Dan aku perhati baru baru ni , sorang demi sorang keluar dari rumah tu. Aku nampak ada je kereta datang ke rumah tu dan punggah barang ..
Akhirnya , dah 4 hari rumah tu sepi tanpa penghuni .. Bila aku lalu depan rumah tu terutama malam hari , meremang bulu roma.. Samada sekadar mainan perasaan atau …
Yang pastinya , baru baru ni .. aku lalu depan rumah tu , malamnya aku mimpi seram.. Aku terjaga jam 3 pagi dan tak nak tidur dah ! Kenapa ? Bila tidur , mimpi aku tu bersambung berkali kali .. Sangatlah mengevilkan aku .. Bestnya , bila aku terjaga.. Aku terus update status pasal mimpi aku tu.. hehe .. Sat nak carik ..
Tak jumpa dah .. Tapi aku masih ingat.. Mimpi tu berkisarkan sebuah asrama yang mana belakang asrama tu terdapat sebuah rumah besar yang tak siap dan di depannya ada kawasan lapang yang ditumbuhi lalang ..
Setiap malam , mmg akan terdengar suara , bayang bayang dan adakalanya ternampak perempuan berambut panjang berdiri di tingkap sambil memegang sesuatu.
Pelajar yang dah lali dengan situasi tu sedaya upaya buat tak tau tapi akhirnya keadaan jadi kucar kacir bila ada yang dah meracau tak tentu arah.
Akhirnya bantuan pawang atau bomoh digunakan. Rupanya , di kawasan tanah lapang tu punya misteri yang dasyat ! Dikorek tanah tu , terdapat puluhan rangka manusia !
Tadaaaaa … takut tak ? Haaaa … Aku kata dah ! 3 kali bersambung wehhh .. Aku tak leh nak tidur sbb confirm sambung mimpi tu .. Grrrr…
Wife baru suh gi tapau maggie kambing .. Heee.. Aku kata esok je la makan.. Bukan pe , Qhaliff dok tidur .. Paham paham je la.. lewat sangat dah ni ..
Tadi aku ke showroom Nissan yang terletak di Presint Diplomatik , Putrajaya.. Er , aku bukan gi sorang jer je .. wife ngan Qhaliff pon ada sama .. Pakej .. hehe .. Nak usha satu kereta ni ..
Dalam dok promoter Nissan (nama dia Danial.. Sangat membantu orangnya ) tu terangkan aku pon menyampuk .. Aku cakap dan terus cakap .. Promoter tu anggukan kepala .. Dan ,Qhaliff yg berada dlm pangkuan aku pon turut sama anggukkan kepalanya berkali kali ...hingga aku stop cakap , dia pon henti angguk ..
Wife yang tergelak kecik tgk kelakuan dia. Aku sedar kelakuan dia tu tp control macho skit ..Maklumlah ,tgh deal kereta ..kena serius ..
Promoter tu pandang je Qhaliff sambil anggukan kepalanya gak .. Hahaha .. adoiiii... Anak aku sorang nehh ..
Tu pasal aku tamo masuk ..
Qhaliff jd mangsa mak aku ..hahaha.. Bedak sejuk hand made okeh !! Mak aku dulu mmg suka pakai .. Ngan aku aku dulu terlibat sama kena .. Skang cucu dia lak ..
Tapi ada kebaikannya ..sejuk skit badan Qhaliff .. lenaaaa je tdoo ..
Adoi .. sakit jiwa aku tengok .. Aku pun lambat gak .. Tapi kalau dah lambat tu , terima je la hakikat .. Nak memecut laju hingga boleh mengancam nyawa orang lain tu , melampau sungguh laaaa ..
Maaf cakap la yer .. Aku bukan nak kata lelaki ni baik sangat atau bagus sangat bila memandu tapi mmg tau dah lelaki camana bila memandu kan ? Haaa .. Yang buat aku garu kepala bila perempuan yang memandu serupa litar F1 ni !! Tengok muka dari cermin belakang , suci jer ! Tapi bersungguh nak potong kereta aku .. Padahal depan nun , kereta dok bersesak !! Nak gi mana ? Takkan semua emergency case kot ? Kot ye emergency , lain kali pasang siren kat kereta tu .. Tak de la aku nak mengumpat dalam hati ..
Nasihat … Kalau dah lambat , biar je laaa .. Baik sampai pejabat dari sampai hospital !! Redha jer .. Salahkan diri sendiri sbb tak disiplin .. haihh ..
Menariknya , bila berlaku kemalangan .. tau pulak nak teriak dan call laki time tu ! Masa memandu , tak hengat dunia langsung ! Caitt..
Dah berebut makanan ngan bapak dia.. Dah pandai nak buat org ketawa .. Dan pastinya mengekor mak dia , bila dia tau mak dia ada di rumah .. Mmg meraung kalau tak nak amik dia ..
Rasuah dia dgn buah epal .. dia terus ok ..
Hurm.. Aku ada hingga hujung tahun je untuk dapatkan apa yang aku nak .. Pasni , adik Qhaliff keluar .. mmg susah dah sbb nak kena jaga dua baby ! Perghh .. Terfikir camana nak usung dua baby dari umah aku ke rumah mak aku , sendirian ! Bukan mudah tapi ramai dah ibu berjaya melakukannya ..
Hurmm .. Hari tu , waktu Qhaliff nak mencecah 7-8 bulan , badan aku mmg dah tembam cam Qhaliff skang . Tapi setelah diprovoke oleh rakan seperjuangan , aku nekad untuk kembali ke saiz asal .. Hahahaha ..
Satu lagi masalah ialah , $$ … Bila dah tambah sorang lagi bermakna ada yang perlu dipotong dan perlu dibuat penambahan .. Hurmm… Apakah perlu korbankan workout di gym ? Kat rumah dah ada pon set workout cuma ‘feel’ tu takde ..
Harapnya , aku berjaya kekal cam sekarang la.. Bukan apa .. Tak selesa bila badan naik.. Mengah satu hal .. Kena tukar seluar, baju lagi woo.. Confirm jadi XXL ! Tak sanggup kooo ..
-entri berbayar-
Sempena HARI IBU yang bakal menjelang bulan depan, satu contest sempena hari ibu telah dianjurkan oleh www.vitaminibu.com dan www.glorytextile.com.my ,
Memandangkan sekarang harga emas tengah menjunam turun, tuan punya blog telah berbesar hati menawarkan JONGKONG EMAS PAMP SUISSE LADY FORTUNA SEBERAT 5 GRAM sebagai hadiah utama disamping pelbagai hadiah sampingan yang sangat hebat.
Ok meh aku citer sikit berkenaan kedua-dua blog di atas.
Blog www.vitaminibu.com ni di asaskan oleh seorang ibu kepada 4 anak yang mana salah seorang anaknya adalah merupakan baby yang ada jantung berlubang. Tapi Alhamdulillah keadaan baby tu semakin hari semakin baik. Nak baca kisah ibu ni ada kat www.superibu.com
Blog ini adalah blog berkenaan vitamin Shaklee dan kesihatan. Buat pengetahuan, ibu ni juga adalah salah seorang Penasihat Penyusuan Susu Ibu Malaysia.
So kalau korang yang ada masalah penyusuan boleh la contact ibu ni di blog dia, service dia 100% percuma !!!
Antara sebab ibu ni mewujudkan blog ini adalah sebab beliau dah bertahun-tahun makan Shaklee sejak tahun 1998 dan memandangkan sekarang ni ramai sungguh pengedar Shaklee yang tumbuh macam cendawan lepas hujan, ibu ni berasakan adalah menjadi tanggung jawab beliau untuk berkongsi maklumat yang tepat berkenaan Shaklee hasil dari penggunaan dan pengalaman selama 15 tahun. Lama kan???
Ok yang satu lagi ialah blog terkemuka yang menjual baju kurung online dan kain cotton yang sungguh cantik dan berkualiti dengan harga yang sangat murah J
Butik ini terletak di JB dan proses penghantaran secara poslaju dibuat ke seluruh Malaysia.
Menarik minat aku untuk google memandangkan aku semakin jarang nak tonton berita kat tv dan juga membeli akhbar sbb baby kecik aku menguasai rumah ini .. Jadi , tak berkesempatan langsung untuk mempunyai masa peribadi bagi menelaah isu isu tempatan mahupun dunia.. Eceh ..
Mulanya aku terbaca di twitter. Seseorang telah tweet berita mengenai kemalangan tu .. Dan tadi , baru aku berpeluang nak tonton video kemalangan ngeri tu .. Hurm..
Kesian .. Aku malas nak komen lelebih sebenarnya sbb aku tak tau cerita sangat .. Apa yang aku tau cumalah menonton dari video 3 minit lebih dan baca dari blog blog jer .. Hurm..
Apa yang aku boleh simpulkan ialah di atas jalan raya ni , nyawa kita mmg di hujung tanduk .. Samada ketika memandu , berhenti mahupun berada di tepi jalan raya. Mata kena bukak luas luas .. Perhatikan segala kemungkinan yang ada di depan , tepi mahupun belakang. Bila kita waspada , ada pulak yang cuai ..
Perbanyakkan doa kepada ALLAH .. Al-Fatehah buat mangsa mangsa kemalangan tersebut. Baca la dulu sebelum nak exit blog aku ni .. Terima kasihhhh .. hehehe ..