Baru-baru ni aku dijemput hadir ke majlis Hyundai Euro Tour 2012 yang dianjurkan Hyundai Sime Darby Motors yang mana mereka menjadi penaja kenderaan rasmi untuk EURO 2012 , di Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd .
Acara yg bermula jam 4 petang dan berakhir 7 malam itu diserikan dengan satu pertandingan Virtual Football yang mana pemenang akan membawa pulang Iphone ! Wuu .. menarik tuuu .. Aku nak join tapii .. segan laaa pulak .. hehehe .. Takut menang .. hehe ..
Syarat pertandingan tu mudah jer .. Sapa yang jaring paling banyak , dialah yang menang .. Bukan susah pon , berdiri je kat situ pastu sepak.. Camna eh rupanya ? Haaa , tgk gambar kat bawah ni..
Senang je kan ? Memang ramai la mencuba nasib .. huhuh .. aku je segan .. Er , ada lagi yang lebih segan … Hanya mampu tengok dari jauh jer .. Kira yang sporting tu , mmg bagus laa ..
Selain dari tu , kitorang dapat jersey free ! Cantik wooo … Dah test pakai .. mmg selesa laa .. Kira bukan murah punya la.. hehe ..
Selain dari mempromosi Euro 2012 dan juga kereta kereta dari jenama Hyundai , majlis ni juga mempromosi pusat servis Hyundai 3S ( Sales, Service and Spare Parts ) .
Dan promosi ini dah ke 11 pusat Hyundai 3S iaitu di Pulau Pinang , Johor , Perak dan juga Kuala Lumpur . Setiap tempat yang mereka pergi , mereka akan abiskan masa selama 3 jam untuk memberi cenderahati dan juga hadiah .
Kali ni mereka singgah di Sutera Gemilang Auto yang mana tempat ni besarnya 31,500 kaki persegi . Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd memiliki 9 ruang servis kereta yang mampu mengendalikan 32 buah kereta sehari untuk penyelenggaraan kereta Hyundai dan juga Inokom. Sini pon ada showroom untuk jenama kereta Hyundai .
Menariknya di Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd ni , para pelanggan boleh meninggalkan kereta mereka untuk diservis dan mereka boleh terus g kerja ..Kira tinggalkan je kunci kat sini .. Tak nak tunggu .. Haa .. untung la kan ? Dan , siap ada shuttle untuk antar pelanggan mereka ke mana saja dalam lingkungan 15km gitu ..
Di Sutera Gemilang Auto Sdn Bhd ni , selesa .. Ada coffee bar , komputer andai nak online , wifi percuma , ruang kanak kanak bermain dan juga ruang untuk buat kerja pejabat .. Hehe ..
Buat masa ini , para pelanggan yang datang servis kereta mereka kat sini ada dpt diskaun sehingga 10% dan juga cuci kereta , percuma ! Perghh ..
Setelah puas merayau dalam pusat servis ni dan 4 kali makan di majlis ni ,aku pon beransur pulang pada jam 6 petang .. Kira ni pengalaman baru aku la sebagai seorang blogger …
Buat mereka yang memiliki kereta Hyundai dan Inokom , bolehlah hantar kereta anda untuk diservis kat sini .. Confirm selesa punya laa.. Nak beli kereta Hyundai pon boleh .. Nak tengok tengok pon apa salahnya kan .. Showroom ada kat sini ..
Kat mana ? Haaa .. Ni alamatnya .. Lot 7960, Jalan Bukit Cerakah, Seksyen U6, 40150 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi :
9am-8pm ( Isnin – Jumaat )
10am-6pm (Sabtu , Ahad dan cuti umum )
Sales no: 03- 7832 4888 / 7832 4444
Sales fax: 03- 7832 4222
Service no: 03- 7832 4333/ 7832 4555
Service fax: 03- 7832 4999
Laman web rasmi : http://www.hyundaiselangor.com/Hyundai/Default.aspx
Facebook page: http://www.facebook.com/SuteraGemilangAuto