Aku adalah peminat cendawan ! Pantang nampak sup cendawan atau masakan cendawan , mesti aku akan amik sedikit. Kalau claypot yee mee tu , confirm aku mintak lebih cendawan punya ! Hahahaha .. Dia punya sedap , kalah rasa isi ayam !
Tapi aku tak pernah dengar cendawan harimau ! Aku pernah dengar pasal cendawan Ling Zhi dalam komik komik dari Hong Kong yang dikatakan penuh khasiat.. tetapi tak pernah aku dengar pasal cendawan harimau ni !
Awal tahun lepas , jiran aku pengusaha cendawan ada bercerita pasal cendawan harimau. Katanya , ada bekas pemimpin negara kita amalkan pengambilan cendawan harimau ketika dia sakit teruk. Kalau tak silap aku , dia batuk teruk. Macam macam ubat dia amik tapi tak berjaya sembuh sehinggalah dia diperkenalkan dengan cendawan harimau. Selepas beliau amalkan pengambilan cendawan harimau dengan konsisten , Alhamdulillah.. sembuh penyakitnya..
Dan rezeki aku serta rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari.. kami ditawarkan melawat kilang pengusahaan cendawan harimau secara komersial ! Waahhh ! Gila laaa nak lepaskan peluang gini kan ? Lama dah aku ternanti nanti peluang gini.. Nak tau camana cendawan harimau yang dikatakan cukup payah nak jumpa di hutan hujan khatulistiwa ini , dihasilkan dengan begitu banyak sekali !
Lokasi.. Seri Kembangan… Nama syarikat , LIGNO Biotech Sdn Bhd.
Beberapa blogger terpilih telah berada di lokasi ini. Dan masing masing dah tak sabar nak jelajah kilang LIGNO Biotech Sdn Bhd yang mana telah berpengalaman dalam bidang penyelidikan kulat dan cendawan bertahun lamanya.
Ketua Pegawai Eksekutif LIGNO Biotech Sdn Bhd , Ng Szu Ting dan pakar penyelidik, Dr. Tan Chon Seng sudi meluangkan masa untuk menerangkan kebaikan cendawan susu harimau serta bagaimana mereka melakukan kajian terhadap cendawan susu harimau ini adalah hinggalah berjaya mengkomersialkannya
Ok.. aku tahu.. Kenapa digelar Cendawan Susu Harimau ??? Apa keistimewaannya ? Kenapa orang kata cendawan susu harimau ni mahal ? Dan kenapa susah sangat nak jumpa ???
Aku tahu.. banyak persoalan di benak korang tu.. kan ? Hahahaha.. Tu baru skit .. InshaAllah , aku cuba terangkan skit.. Ok ? Sabar eh.. sabar..
Menurut sejarah awal.. Takde dalam buku sejarah SPM atau STPM aku rasa.. sebab ianya turun dari mulut ke mulut.. bukan dari mulut ke dalam hati ! Tu jatuh cinta namanya.. Ni cerita pasal Cendawan Susu Harimau.. maka cerita lagenda ini disebarkan hanya secara lisan.. Aku tak tau la kot satu hari nanti ada orang nak patenkan dan bagitau cerita ni , adalah dari moyang dia.. Hahahaa.. Gurau jer..
Ok.. sambung.. Menurut sejarah yang tak pasti sumber awalnya , dikatakan cendawan ini berasal dari susu harimau yang baru beranak. Oleh kerana anak harimau punya taring sejak kecil , si ibu memancutkan susunya ke atas daun atau tanah untuk memberi minum anak-anaknya.Baki daripada susu harimau tersebut dipercayai tumbuh menjadi cendawan dan dikenali sebagai Cendawan Susu Harimau. Ia diperakui berkhasiat dan mampu membantu merawat pelbagai jenis penyakit.
Oleh kerana cendawan susu harimau atau bahasa saintifiknya , Lignosus rhinocerus tumbuh di dalam hutan , orang aslilah yang menemuinya terlebih dahulu dan menjadikannya penawar kepada pelbagai jenis penyakit.
Khasiat cendawan susu harimau ni , berbeza dari cendawan lain.. Khasiatnya terletak pada ubi cendawan tersebut ! Dikatakan makin berat ubinya , makin berkhasiat !
Ok.. memandangkan cendawan susu harimau ni payah nak jumpa di hutan negara kita .. maka nak tak nak , kena wujudkan satu kilang khas untuk pembenihan hingga matang..
Prosesnya memang memakan masa dan amat rumit. Aku yang tengok pon , berkedut abis dahi ! Fuhhhh.. Dah la tu.. bukan calang calang orang leh kerja di Ligno Biotech Sdn.Bhd ni.Kena ada kepakaran baru leh kerja sini.. Huhuh..
Ada beberapa peringkat.. Dan setiap peringkat tu , memerlukan penelitian dan penjagaan agar kualiti cendawan susu harimau , menepati standard yang ditetapkan !
Kajian selama 8 tahun ( melibatkan pelbagai agensi kerajaan serta Institut Pengajian Tinggi dalam dan luar negara ), berjaya menghasilkan beberapa produk komersial yang mana memberi manfaat pada paru-paru si pengamalnya serta memulihkan sistem pernafasannya.. Haa ! Menarik ?
Selain tu , cendawan susu harimau yang cukup terkenal di kalangan atuk nenek moyang kita ni , bagus untuk sistem imuniti badan manusia serta buat mereka yang ada masalah sendi ! Mereka yang ada masalah dengan penyakit kulit pon dikatakan cendawan susu harimau mampu memulihkannya.
Ok.. ada 3 produk yang berjaya dihasilkan dari cendawan susu harimau ni ! Dan aku dah cuba kesemuanya.. memang ada perubahan !
TIGERUS TMM Tea
Kelebihannya ? Jika amalkan setiap hari , ianya mampu membersihkan paru-paru kita.. Yelah , kita kan dok sedut oksigen.. habuk habuk yang masuk ke dalam paru paru kita tu , nak clearkan camana ? Haaa..
Selain tu.. ianyan boleh memberi kesegaran pada otak kita terutama bila otak kita dah terlalu letih.. Dan juga boleh redakan selsema .
TIGERUS Tiger Milk Mushroom
Mereka yang punya masalah dengan paru paru serta pernafasan , boleh cuba yang ni.. InshaAllah akan beri manfaat.. Dan juga , anti oksida.
TIGERUS TINGGY Cocoa
Yang ni untuk kanak kanak. Aku bagi dah kat Zahra dan Qhaliff.. Alhamdulillah , mereka suka. Khasiat ? Banyakk.. Antaranya ialah , untuk imunisasi , sistem pernafasan , kesihatan tulang dan bagus untuk otak sebab ada DHA.
Lawatan hari tu berakhir dengan otak penuh dengan info. Dada penuh dengan ilmu ! Tak sabar nak kongsi dengan kawan kawan , masa tu ! Hahahaha ..
Sebenarnya.. banyak lagi aku nak cerita.. tapi risau korang close cepat cepat dan terus bukak laman web untuk mencari infomasi bagi membeli produk produk yang dah aku miliki tu ! Ternyata bagusss sekali !
Nak tau dengan lebih lanjut atau nak bertanya tentang pembelian, sila hubungi :
Laman web : www.tigerus.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/tigerusTMM
Email : contact@ligno.com.my
No Tel : 1700 818 242
Hari Ibu dan Hari Bapa dah dekat.. boleh belikan dan hadiahkan pada diorang.. Sayangkan mereka , kasi jaga kesihatan skit.. kan kan ?