Pertandingan ??? Tag ??? Jelajah blog ?? Semua bukan ni..dah tu apa ?? Haih ... Aku nak cerita panjang pon segan .. pe kata g tengok sendiri ek.. sebarang pertanyaan , boleh email dia .. confirm dilayan !! > sini
Pertandingan ??? Tag ??? Jelajah blog ?? Semua bukan ni..dah tu apa ?? Haih ... Aku nak cerita panjang pon segan .. pe kata g tengok sendiri ek.. sebarang pertanyaan , boleh email dia .. confirm dilayan !! > sini
Ramadhan dah lepas.. Syawal pon dah kurang panas .. Nasib baik blog mengekalkan kepanasannya ..
Kalau Ramadhan tempoh hari disebabkan resepi resepi serta info info berkaitan Ramadhan tapi untuk Syawal ni ?? Hurmm... Aku kurang bermain sangat dengan SEO ni .. Skit skit je aku tangkap tapi alhamdulillah , trafik aku tinggi disebabkan rakan rakan blogger itu sendiri terutama MAT GEBU yang berkongsi FEEDS ( pertukaran suka sama suka ) , serta link link dari blog list blog yang sudi meletakkan blog BEN ASHAARI di dalamnya..
Disebabkan inilah aku rajin mengupdate blog aku agar blog aku senantiasa berada di atas di dalam blog list .. Kesempatan ini aku amik pada waktu kemuncak iaitu diantara pukul 7 pagi sehingga 5 petang di mana aku boleh mencapai 3k UV.. Alhamdulillah.. Terima kasih pada rakan rakan ..
Sejak blog aku dh lebih setahun beroperasi , aku dah nampak perubahan ketara .. Setiap kali aku update entri , aku boleh dapat sekurangnya 400-500 pageviews...
Banggakah ? Tentu sekali.. aku tak ping di mana mana web.. aku hanya gunakan FACEBOOK aku sahaja untuk update status aku .. tetapi majoriti trafik aku datangnya dari REFERRAL ..
Mulai hari ni aku perlu mengekalkan trafik ini atau tingkatkan sedikit demi sedikit.. Otak ni perlu mencari idea idea terkini dan panas untuk memastikan blog ini senantiasa panas .. Panas bukan bererti popular yer .. PANAS untuk dibaca ..
Persoalannya , mampukah aku ?? Disebabkan aku ni bukanlah full time blogger ... part time je ni cuma aku selalu mencuri masa yang terluang untuk update blog walaupun 5 minit !!
Nak selamat sebenarnya , buat blog tutorial atau nak lagi best .. hehe.. buat je blog hiburan .. pon pon meletopss.. hehehe ...
Blog dah popular ... Orang dah kenal blog kan ? Trafik dah best .. Tapi masih ada yang kurang ... Apakah ?
Masih lagi berbin / binti BLOGSPOT.COM , kan ?? Panjang je nama bila nak kasi kat kawan kawan kan ? Kalau DOT COM kan best ! Erk.. penting ker ??? Takkan sekadar best jer ??
Aku bagi contoh yer .. BENASHAARI.BLOGSPOT.COM .. Trafik harian katakanlah , dah mencecah 5 ribu UV .. Best tak ?? Best la kan .. tapi nama blog tak komersial lagi .. kot nak jual produk seperti biskut ke , nak letak nama kat situ kan ? BENASHAARI.BLOGSPOT.COM .. Hurm.. panjangnyaaa... kalau BENASHAARI.COM .. best je kan ??
Contoh kedua .. katakanlah , nama BENASHAARI.BLOGSPOT.COM dah mula terkenal .. kemudian aku nak beli domain .. tau tau , ada orang beli dah nama BENASHAARI.COM .. Tak kenal sapa yang beli lak tu !! Adus.. dah tu , takkan nak tukar nama lain atau kekalkan je nama sedia ada ? Dan org yang beli tu sah sah boleh gunakan nama domain tu.. Bukankah satu kerugian ?? Nak bg naik nama tu bukan mudah ... tau tau ada orang amik kesempatan.. Atau silap silap dia jual kat kita dengan harga yang lebih tinggi.. Bisnis tuu.. hurmm ..
Jadi apa perlu buat ??? Beli domain... jadikan DOT COM ..
Bila dah setting semua tu , secara automatik link lama blog anda akan di directkan ke nama baru .. Mudah je kan ? Seperti isi borang je ...
Kalau benar berminat dengan blog anda , jadikan nama blog anda itu hak anda .. Jika berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut .. boleh tanya dengan BORAK KOSONG .. Dia baru je jadikan blognya www.borakkosong72.blogspot.com ke www.borakkosong.com .. hehehe...
Akan datang di TV3 ..kalau tak silap aku hari Rabu ni , malam .. kul berapa eh ? Isu BLOG ... Yang sempat aku dengar n tonton preview dia ialah , boleh percaya ke maklumat maklumat dalam blog ni ?
Wow ... tak sabar nak dengar apa kata panel jemputan ... menarik banget neh .. Kalau blog pon tak leh caya , nak caya apa lagi ek ?? Berita ? Suratkhabar ? Kalau semua tak leh caya , nak caya apa lagi bila nak dapatkan maklumat terkini ?
Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tak .. mudah je blog ni.. sama gak berita atau suratkhabar .. tapi segalanya bergantung pada isu gak .. kalau isu sensitif , aku tak rasa ramai blog buat .. Masing masing nak kejar rating .. kan kan ? Selain kejar rating , kejar iklan gak kan.. hehe.. guwau jer ..
Apa pun , kita tunggu hari Rabu ni ... pastu , aku pasti ramai akan buat review berkenaan isu tersebut .. hehe.. mari kita berlatih jari jemari ... hehehe...
Terjebak aku tengok drama Chinta lakonan Fasha Sandha .. ehemm ..pelakon perempuan yg mencetuskan kontroversi yang menarik perhatian dunia hiburan ..
Nasib baik blog aku bukan blog hiburan .. sesekali je ada isu tu. hehe.. tapi tak kisah la..
Walaupun baru satu siri ni je aku tengok , namun bagi aku .. hurm.. mmg menarik ... Lebih lagi ada watak Haji yang gatal .. mmg mampu buat perempuan benci kat watak gini dan seterusnya bakal membuatkan perasaan benci terhadap lelaki yang berpoligami semakin menebal .. hehe ..
Walau bagaimana pon , aku tak leh nak ikut sangat cerita ni kerana ditayangkan pada waktu aku dok berjimba di gym .. abis berjimba pon dalam kul 7... nak balik umah lagi .. mandi ..solat..mmg tak sempat... Dan , azam baru neh.. nak start balik berworkout setelah lemak lemak di kiri kanan pinggang bermaharajalela !! Oh tidak !!
Namun .. drama ni mmg menarik ...
Korang blogwalking ? Berapa banyak blog dah korang masuk ? Nak tanya.. Dalam banyak banyak blog korang masuk tu , berapa banyak blog yang korang masih ingat lagi nama blog tu ? Bukan blog blog yang biasa korang masuk tau tapi blog baru .. Hehe..
Aku perasan ... banyak blog yang sukar nak ingat namanya .. Aku tak kata blog aku ni senang diingat tapi sekurangnya mudah dieja.. Bagaimana nak promosi ssuatu produk kalau namanya tak komersial ? Lainlah kalau mmg tak berminat nak menjual .. lain la kan ? Tu kisah lain ..
Entri ni hanya untuk mereka yg tertanya pada aku bagaimana aku menjual dan memasarkan nama blog aku .. Aku sendiri kalau nak letak blog aku mesti gempak gempak .. Apa kelas sekadar BEN ASHAARI ??? BEN ASHAARI THE SLAYER ke.. atau BENLUVMICKEYMOUSE kee... baru best kan ?? Tapi senang ke orang nak ingat ? Yang BEN ASHAARI ni pon jenuh nak bagi orang hafal ..
Cuba tengok jenama jenama produk di pasaran contoh jam tangan dan pakaian .. Betapa ringkas namanya .. Mudah dingatkan ? Kalau panjang panjang , orang nak google pon malas nak taip apatah lagi nak taip urlnya.. paling tidak pon , bagaimana nak linkkan dengan blog anda tu sekirangnya nama blog pon dia tak ingat ??
Ini sekadar tips untuk mereka yang tertanya untuk memberi nama pada blog mereka pada masa akan datang ..MUDAH ,RINGKAS dan KOMERSIAL .. Nama anak lainlah kan.. Cantik dan bermakna...
Tu diaaa... Kalau kerajaan persekutuan bagi bonus sebanyak ni kat semua penjawat awam , aku pasti PM akan dilambung lambung nanti.. hahaha... Boleh ker? hehehe... Sat nak tidur ... mana tau dalam mimpi boleh dapat ...
IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak tiga bulan setengah kepada kakitangannya tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata pembayaran bonus itu membabitkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan RM6.6 juta.
"Bayaran pertama satu setengah bulan gaji telah dibayar awal bulan puasa manakala selebihnya akan dibayar pada akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, pembayaran bonus tahun ini adalah yang tertinggi dan ia dibuat berikutan prestasi cemerlang LAP secara keseluruhan.
Tahun lalu LAP membayar bonus dua bulan gaji.
Zambry berkata, pencapaian itu adalah hasil kerja kuat semua kakitangan dan hasil yang baik itu perlu dihargai.
Beliau berkata, mereka layak menerima bonus itu kerana setimpal dengan yang diusahakan dan adalah diharapkan agensi lain akan berusaha mengikut jejak LAP yang menunjukkan prestasi yang baik.
Zambry berkata, LAP juga telah diarah berusaha mengatasi masalah berkaitan dengan penyaluran paip bagi membekalkan air ke kawasan pedalaman.
Mengenai prestasi LAP, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, LAP mencatat jualan air sebanyak RM179.77 juta berbanding RM169.39 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Peningkatan itu adalah sebanyak RM10.38 juta (6.1%) manakala pendapatan lain dalam tempoh sama pula adalah sebanyak RM22.01 juta berbanding RM19.98 juta tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak RM2.03 juta (10.1%).
Katanya, sebahagian besar peningkatan ini disumbang oleh peningkatan dalam pendapatan faedah dan dividen sebanyak RM1.53 juta.
"Jumlah anggaran keuntungan bersih sebelum cukai tahun adalah sebanyak RM70.32 juta berbanding dengan RM42.52 juta pada tahun 2009 dengan peningkatan sebanyak RM27.80 juta (65.4%)," katanya. - BERNAMA
sumber : Bharian
NEW DELHI: Penangkap ular di New Delhi mengalih seekor tedung dewasa dari pusat tenis yang baru dibina untuk Sukan Komanwel minggu depan.
“Kami diminta penganjur kejohanan untuk membantu menyelamatkan ular yang dikesan di Stadium Tenis RK Khanna," kata Kartick Satyanarayan, ketua kumpulan pwerlindungan haiwan Wildlife SOS India.
Semalam, Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan, Harris Mbulelo Mejeke, mengadu bahawa seekor ular ditemui dalam bilik atlet negaranya di perkampungan sukan itu.
“Jika ular ditemui maka kami tidak boleh meminta pasukan kami tinggal di sana. Ia adalah satu ancaman kepada nyawa atlet kami," Mejeke memberitahu pemberita sebelum memasuki perkampungan sukan itu.
Temasya sukan itu diselubungi pelbagai masalah, iaitu dari penginapan atlet yang tidak sempurna hingga ke aspek keselamatan, termasuk penularan wabak denggi serta insiden jejantas runtuh minggu lalu. - AFP
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Marshitah Ibrahim, hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri dengan segera melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam dalam satu ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
"Saya khuatir akan berlaku (sesuatu) kalau tindakan tegas tidak ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Waqaf Malaysia bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas berhubung kewujudan beberapa klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.
Akhbar hari ini melaporkan Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen, sebagai berkata paderi bernama Benjamin Stephe itu menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak. - Bharian
Youtube memaparkan Paderi bernama Benjamin Stephen yang dikatakan berasal dari Johor dan telah murtad.
Manakala inilah jawapan kepada STEPHEN ..
Amacam ?? Sesuai tak buat kat Malaysia ?? Hehehe ...
Gambar pertama ni ... Sebelum jaringan gol dibuat ..
Gambar yang ni pulak .. GOOOLLLLLLLL .. hehehe..
WIFE: "If I died, would you get married again?"
HUSBAND: "Of course not!"
WIFE: "No? Why not? Don't you like being married?"
HUSBAND: "Of course I do!!!"
WIFE: "Then why wouldn't you get married again?"
HUSBAND: "Alright, I would."
WIFE (looking hurtful): "You would?"
HUSBAND: "I would, but only because it was so good with you."
WIFE: "And you'd sleep with her in our bed?"
HUSBAND: "Where else would you want us to sleep?"
WIFE: "And you'd replace all my photographs with hers?"
HUSBAND: "Yes, it's only natural, I guess."
WIFE: "And she'd use my car?"
HUSBAND: "No. She can't drive."
WIFE: (silence)
HUSBAND: "Oh F***!"
Sebuah lagi sinetron dari negara jiran , Indonesia menyerang kaca tv kita .. hehe .. Lagu tema dia , aku suka bangettt .. hehehe
CAHAYA dilakonkan oleh :
Mengisahkan Papa Aya (Cahaya) ingin menjualnya ketempat pelacuran, tetapi Aya lari dan bertemu dengan Papa Talita. Ia dibawa Papa Talita ke rumahnya, dimana Aya bertemu dengan Talita.
Pada saat Aya dan Talita berada di atas genteng, Aya terjatuh dan ditolong oleh Raka.
Keesokan harinya, di sebuah kemah di hutan, Aya dan Talita sedang bersenang-senang di tepi sungai, ketika seorang anak lelaki membuang kalung Talita ke sungai. Aya terjatuh, dan lagi-lagi Raka menolongnya. Raka menemukan kalung Talita pada malam hari, dan Ayalah yang memberinya kembali ke Talita.
Sepulangnya ke Jakarta, Aya mendapat laporan dari Mama Talita bahwa ayahnya mencuri sendok emas mereka. Akhirnya mereka berdua diusir dan tidur di sebuah kos. ( wikipedia )
Ada sahabat bertanya pada aku.. Apakah yang aku lakukan untuk membantu blogger blogger baru ? Hurm.. terus terang , aku bukanlah mulia dan bukanlah baik mana pon .. Tapi terus terang aku tau bagaimana perasaan putus asa , kecewa , tensen bila blog takde pengunjung ..
Pada waktu tu , ada ke mana mana blogger otai singgah kat blog dan bagi tips nak upkan trafik ? Sebelum tu , aku bagitau yer .. aku bukanlah bagus sangat dalam bab bab trafik .. cuma apa yang aku lakukan adalah berdasarkan teknik MLM.. Multi Level Marketing ..
Aku tak ingat camana aku dapat idea tu tapi yang pasti aku terus gunakan idea tu ... Bagi mereka yang lama dah ikut blog aku ni pastinya mereka tau tentang JELAJAH BLOG yang aku buat ..
Pastinya ada yang berbunyi , "ala , dia nak trafik tinggi.. tu yang dia buat jelajah blog tu .." .. Sbb tu aku kata , konsep JELAJAH BLOG tu konsep MLM ..
Aku yang cipta dan idea aku yang punya maka sudah pastinya aku berada diatas .. kan ? kemudian blogger pon buat la kan ? Mereka yang buat entri JELAJAH BLOG pasti akan menarik perhatian blogger blogger lain .. trafik akan masuk pada mereka juga bukan ?
Semua trafik akan berkumpul di blog aku .. kemudian aku akan buat entri JELAJAH BLOG setiap blog yang menyertai segment ini .. Maka , pembaca yang terkumpul akan menjelajah / menziarah ke blog tersebut .. maka sesi suaikenal akan berlaku samada menjadi follower , meninggalkan komen di shoutbox atau ruang komen .. Selain dapat rakan baru , dia dpt trafik pada waktu tu jugak bukan ?
Ada yang kata segmen aku ni keji .. Segmen ni , win win situation.. Seperti juga mana mana segmen , tag , pertandingan , segalanya akan dilinkkan dengan empunya idea .. kan ? Sama je tapi tekniknya saja berbeza.. Dan yang pastinya empunya idea tu kena rajin membuat entri ..
Bukankah segmen ini juga membantu memperkenalkan blogger blogger baru ?? Ada juga blogger blogger cuba melakukan JELAJAH BLOG dengan ditambahkan dengan ideanya tersendiri .. Bagus la kan ? Makin meriah gitu..
Yang pastinya , mereka yang pernah terlibat segmen JELAJAH BLOG ni saja , tau berhasil atau tidak ... Jumlah keseluruhan blog yang terlibat , hampir 400 blog.. dan setiap satu blog , aku buat entri khas.. hurm.. Ada yang rajin nak buat ke gitu ??
Dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, kumpulan Mat Rempit berkenaan yang bersenjatakan pisau mencederakan pelajar berkenaan yang cuba menyelamatkan dompet dan telefon bimbitnya daripada dirompak.
Difahamkan, mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah terpaksa lari ke tengah lebuh raya bagi menyelamatkan diri dan meminta bantuan beberapa pemandu kenderaan selepas dikejar kumpulan Mat Rempit terbabit.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faris, 21, berkata kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak sebelum susur keluar ke Padang Jawa. Dia dan seorang rakan yang membonceng motosikalnya dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berdekatan.
selanjutnya > HMETO
PUTRAJAYA: Seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an memberi alasan datang berhari raya ketika dicekup kerana disyaki berkhalwat di rumah janda dipercayai kekasihnya di kuarters kerajaan di Presint 15, di sini, kelmarin.
Artis berusia dalam lingkungan awal 50-an itu ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menyerbu premis itu pada kira-kira jam jam 11.45 malam.
Menurut sumber, artis terbabit dipercayai sudah beberapa kali mengunjungi kekasihnya yang menginap di tingkat dua kuarters 15 tingkat itu sebelum penguat kuasa Jawi menyerbu premis itu.
Sebelum itu, penguat kuasa Jawi mendapat maklumat awam berkaitan kehadiran artis itu di rumah janda beranak dua berusia lingkungan 30-an yang juga kakitangan kerajaan di sebuah kementerian, di sini, yang dikatakan berdua-duaan di dalam rumah itu, sejak jam 10.40 malam.
Sumber itu berkata, lima penguat kuasa Jawi membuat pemeriksaan dan terpaksa menunggu kira-kira 30 minit sebelum dibuka artis terbabit dan ketika itu pasangannya berpakaian kemas seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.
“Seperti biasa, penguat kuasa Jawi kemudian memasuki rumah dan melakukan pemeriksaan sebelum mendapati seorang wanita yang juga berpakaian lengkap duduk di kerusi di satu sudut di dalam rumah itu.
“Artis terbabit yang dipercayai panik cuba melepaskan diri, cuba merayu bagi mengelak dikenakan tindakan dan secara jujur mengaku bukan mahram, tetapi tidak melakukan maksiat di rumah itu,” katanya.
Sumber berkata, alasan tidak bijak artis terbabit tidak dipedulikan penguat kuasa Jawi yang kemudian mengingatkannya perbuatan berduaan dengan wanita bukan mahram adalah perbuatan maksiat dan boleh menjurus kepada perbuatan tidak bermoral termasuk zina
Katanya, walaupun artis terbabit memberikan pelbagai alasan termasuk kononnya mahu menghantar barang kepada kekasihnya itu, tetapi alasan itu ditolak mentah-mentah penguat kuasa.
“Selepas rayuan tidak dipedulikan, artis terbabit dan pasangannya yang sudah beberapa bulan menjanda kemudian akur sebelum dibawa ke Pejabat Jawi cawangan Putrajaya untuk disoal siasat,” katanya.
Menurut sumber itu, pasangan terbabit kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan selesai dilakukan dan bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah Putrajaya dalam tempoh terdekat.
Mereka akan didakwa mengikut Seksyen, 27, Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana melakukan khalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua penjara tahun atau kedua-duanya sekali.
sumber:HMETRO