Kontest Anda Tulis,Anda Menang
adalah
Sponsor by
SuaraPeople[Dot]Com & Gempak[Dot]Org.
Anda Seorang Blogger Berbakat? Nak tulis blog dan menang duit?
lanjut hanya di SUARAPEOPLE
Kontest Anda Tulis,Anda Menang
adalah
Sponsor by
SuaraPeople[Dot]Com & Gempak[Dot]Org.
Anda Seorang Blogger Berbakat? Nak tulis blog dan menang duit?
lanjut hanya di SUARAPEOPLE
Pergh.. dasat.. jangan tak percaya .. ni dah berlaku dari dulu lagi.. Tapi dulu best skit , bayar je untuk amik isteri orang tu .. haa.. ok la gak kan dari amik percuma?
Mmg cari pasal ! Dah abis anak dara ke skang ni ? Pergh.. aku tengok dalam FB , anak dara skang makin meletop letop .. Nasib baik iman aku kuat lagi ( padahal takut kena piat telinga ) .. hahahhaa..
Lelaki oh lelaki .. g la cari anak dara .. Yang korang tertarik ngan bini orang ni nape ? Nak tempah neraka dunia ke ? Tahukan korang ada akta untuk korang yang suka ganggu rumahtangga orang ni ?
Masalah satu lagi , yang si bini ni pon gatal melayan tu nape ek ? Kalau kena kacau sekali pon , berpegang la pada prinsip awak tu dah berkahwin ! Ingatlah , tak bahagia curang pada suami ni .. Neraka tempat dia ... Kat dunia lagi Allah tunjuk azabnya .. hurm..
Pesan untuk lelaki bujang ni .. laki orang pon sama gak la.. termasuk aku .. ingat Allah .. ingat azab neraka .. semua tu pasti jika kita tidak endahkan suruhanNYA ...
Masa untuk mengundi ... hehe.. Hanya 10 entri mendapat undian tertinggi akan masuk ke pusingan akhir dan seterusnya akan bersaingan melalui undian terbuka ..
Untuk pusingan ini , undian adalah melalui ruangan komen .. Pembaca akan memilih entri pilihan mereka .. Mereka boleh memilih 2 entri saja .. Contoh ;
'SAYA PILIH ENTRI 1 dan 2'
Tempoh undian sehingga jam 9 malam esok .. Berikut adalah senarai entri yang berminat untuk mencuba nasib .. hehe...
Blogger yang terlibat juga amat digalakkan memilih entri entri yang mereka rasakan menarik dan layak diberi undian..
Ingat , ini adalah sekadar persaingan bersih .. Sekadar suka suka .. Hanya untuk mengeratkan lagi persahabatan di antara blogger blogger ... Okeh ? Baguih ..
Senarai nama :
Undian bermula .... SEKARANG !! Berkempen ler.. Guna kreativiti untuk pikat penyokong.. Belajar cara pikat pembaca .. ;)
Penaja khas : Suffah Beauty Shop( rahsia kejelitaan masa kini)
Kalau korang perasan , aku hanya bermain sekitar blogger blogger baru jer .. Tiada aku bercerita tentang blogger blogger lama kecuali geng geng blogger masakan ..
Jika aku berterusan begini , aku takkan ke mana mana .. blog aku hanya hanya bertaraf begini sahaja .. Nak keluar suratkhabar ? Jauh sekali la kan .. lagi pon aku tak berharap pon sbb blog aku ni tak de apa pon yang menarik .. Tapi ada yang pelik kan ? Kenapa blog aku jadi tumpuan ? Jangan pelik .. tu kenyataannya ..
Tapi ! Aku tak menyesal langsung .. aku rela begini lagi dari maju lebih jauh.. sbbnya aku suka ditahap begini.. kalau orang kata blog ben ashaari ni blog tah hapa hapa .. aku senyum.. tak mengapa.. sbbnya mmg aku nak begini .. Hari ini , esok dan selamanya .. InsyaAllah , cerita dalam blog aku ni adalah cerita hati aku ...
Aku tak nak popular .. aku tak nak glamer .. aku tak nak jadi top blogger .. Tamo dan tak berminat .. apa yang aku nak .. cukuplah apa yang aku dapat sekarang .. Alhamdulillah ... rezeki yang aku tak sangka yang aku boleh rasa , yang selama ini aku hanya mampu tertelan air liur bila orang berbicara mengenainya ..
Aku boleh , korang pon boleh.. Ni ada sorang adik adik blogger kita ni ingin mencuba nasib dalam bidang penulisan .. Apa kata kita bagi mereka sokongan ..
Terima kasih semua atas sokongan korang yang tak berbelah bagi terutama BORAK KOSONG yang sering mendahului aku bila jadi FOLLOWER mereka .. hahahaha.. adeh.. MAT GEBU pon sama gak.. tau tau muka diorng terpacak dalam tu .. Aik ??? Baru masuk je tau tau diorng dah terpacak dalam tu.. Hahahha..bagus bagus...
Dunia semakin menghampiri penghujung .. Tapi manusia dah lama sampai ke penghujung tamadunnya .. Hanya tunggu saatnya saja .. Itu kerja Allah .. kita tak tau dan tak boleh nak ramal.. Kerja kita ialah , senantiasa bertaubat meminta ampun dan beribadat berdoa agar segala amalan kita diterima Allah ..
Paling ketara sekarang kehancuran rumahtangga .. Haih ... Semua sedia maklum di mana hak seorang suami dan hak seorang isteri .. Apa yang patut dan tak patut dibuat oleh mereka .. Tapi ?? Cari jalan mudah masing masing.. Orang ketiga .. Kemudian , alasan paling mudah , tiada lagi cinta .. tiada lagi persefahaman ...
Bukan nak cari salah sapa sapa tapi penyelesaiannya .. Tapi tu la kan .. nak ke agensi terlibat , panjang prosedurnya .. Nak guna khidmat kaunseling , mahal bayarannya ... Dah tu camana ?
Sbb tu la tak hairan , ramai amik jalan singkat .. pendam .. luahkan pada orang tak kenal .. akhirnya ? Terawang awang dalam dunia sendiri di mana bawahnya api neraka menanti ... Astagfirullah al a'zim
Bukan saja yang kawin .. yang tak kawin pon patut sedar .. Nyawa kita ni rapuh.. bila bila je boleh 'patah' ...
Kenapa aku buat pertandingan CERITA KREATIF ? Apakah tujuan utama mencari JUARA atau siapa paling POPULAR ?
Mudah sebenarnya .. Buka mata buka minda .. Jangan tengok satu hala yer .. Tengok yang tersirat yang cuba aku buat dan cuba aku sampaikan.. Mudah sebenarnya ..
Segmen ini adalah untuk memperkenalkan semua blogger tak kira yang masuk pertandingan , yang mengundi serta yang menyokong .. Kalau diperhatikan di ruangan komen , ada blogger / blogger yang tak pernah singgah kat sini , tiba-tiba hinggap untuk memberi undian .. Bukankah itu satu kebaikkan ? Peluang ini patut diambil oleh blogger yang lain untuk singgah ke blognya serta 'berkenalan' dengan mereka..
Selain dari itu , pembaca juga boleh menilai sendiri kreativiti entri hasil dari blogger lain seterusnya akan menjadi pembaca setia blog mereka .. Bagus bukan ?
Dan ... bila dah terlist di dalam sticky post , bukankah itu satu kelebihan buat mereka yang masuk pertandingan ini ? Trafik buta buta kata orang .. Dari blog lain masuk kat blog aku kemudian pergi blog orang lain .. Kita ibarat 'saling memberi dan menerima ' ..
Paling penting , blogger itu sendiri telah berjaya membuat satu entri di mana kadang kadang mereka sendiri kering idea atau tak pernah buat entri sedemikian rupa dan mana tau , insyaAllah akan datang mereka akan lebih kreatif setelah melihat sendiri idea rakan rakan yang lain ..
Pengundian cara begini adalah untuk membuktikan bahawa blogger bukan saja pandai menulis di entri tetapi juga pandai memikat serta menarik pembaca lain untuk sama sama menyokong mereka.. Mana tau satu hari nanti mereka berminat nak buat contest , mereka tiada lagi segan silu untuk 'berkempen' di dalam blog mereka..
Apa yang aku cuba buat adalah untuk memecahkan rasa malu mereka sebagai blogger baru .. Bila yang masuk contest ini semuanya blogger baru maka tiadalah segan silu sangat kan ?
Kemenangan bukanlah keutamaan dalam contest ini.. Bila korang dah masuk je pertandingan ini , secara automatik , dah menang .. Yang tinggal sekarang adalah untuk membuktikan pada diri sendiri yang korang mampu menarik penyokong serta belajar berkempen / promosi entri korang dengan cara bijak.. Fikirkan tu .. Korang bukan kempen tentang contest ini sebenarnya , korang berkempen untuk blog korang sendiri .. Sapa untung sebenarnya ?
Berikut adalah senarai mereka yang menduduki 11 teratas.. ingat.. nak 10 jer .. kena rajin rajin pikat pembaca.. hehehe.. Masa nak tamat dah ni .. Kul 10 malam ni tau !
Segera segera. ..
Hurm... Kalau kita nampak orang tak solat ... Macam hari ini , maka berbisik hati kita , tak solat jumaat ke dia ni ? apa la nak jadi .. Tu dalam hati kita.. Kalau dilahirkan ke dalam status FACEBOOK , maka ramailah orang berpusu pusu mengomennya .. Nak tanya satu soalan boleh ? Kenapa tak tulis je , ramainya orang kat masjid tadi sewaktu solat zohor ? Atau seronoknya kuliah agama kat masjid tadi .. Bila kita boleh nampak status gini ? Pastinya di bulan Ramadhan kan ? Selepas tu ? Takde dah kan ?
Kenapa kita ( aku dan korang la maksud aku ni ) tak gunakan status kita tu untuk menyedarkan rakan rakan yang ada dalam list kita tu sekiranya kita perasan ada yang tak betul dalam tu .. Tak perlu nak komen kat wall atau status mereka .. cukup sekadar di status / wall kita .. Gunakan pendekatan bijak.. reverse psikologi .. jangan sound direct .. sah sah akan bergaduh ..
Bukan per... kalau kita gunakan FACEBOOK ni untuk 'berperang' sesama saudara , bukankah agenda yahudi membuat FACEBOOK ini menjadi kenyataan iaitu menyesatkan serta merosakkan umat ISLAM ? Patutnya kita amik kesempatan ini dengan menjalinkan ikatan persaudaraan dengan lebih kukuh lagi ..
Perhatikan.. korang bukak status rakan rakan yang lain dalam FACEBOOK tu .. pasti ada sesuatu yang membuatkan korang mengelengkan kepala .. Jangan ditegur .. gunakan wall kita untuk 'menyampaikan' teguran kita .. Terpulang pada mereka nak baca atau tidak ..
“Adakah kamu tahu siapa orang muflis?
Jawab sahabat, orang muflis ialah mereka yang tidak ada wang dan harta.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesungguhnya orang muflis daripada umatku ialah mereka yang datang di hari kiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat, sedangkan dia memaki, menuduh, memakan harta, menumpahkan darah dan memukul orang. Maka dibahagi-bahagi kebaikannya tadi kepada orang-orang itu. Kalau kebaikannya habis sebelum terbayar segala kesalahannya, maka kesalahan mereka pula dilemparkan kepadanya, kemudian dihumbankannya ke dalam neraka.”
(Riwayat Muslim dan Tarmizi)
Tak sedar kita kan ? Setiap hari setiap jam setiap minit setiap saat .. kita ada jer perkara nak diperkatakan.. Sampaikan dah takde cerita nak dibualkan , maka dicipta satu isu agar kembali seronok nak dibualkan .. Perghh.. Tu kalau bab berbual ... bagaimana pulak dalam blog , atau TWITTER mahupun FACEBOOK ..
Bayangkan dari satu tajuk di satu blog kemudian berkembang ke blog blog yang lain seterusnya dijadikan status dalam FACEBOOK .. Pergh.. bayangkan segala dosa yang kita buat ... Bayangkan berapa banyak pahala kita disedekahkan pada mereka yang kita umpat , fitnah ...
Haih ... diakhirat kelak yang kita ada tu je la.. segala amalan kita sewaktu di dunia untuk ditimbang .. kalau yang tinggal hanya dosa ? Dah la tu , dosa orang tu pon dilemparkan keatas kita .. haa..berbaloikah semua itu ?
Maka .. berhati hatilah .. beramal ibadat .. jaga mulut , jaga hati , jaga jari jemari kita .. Jangan nak sedap dapat trafik ... pahala ke mana , dosa lak yang datang ...
Walaupun ramai dah tau .. dah diberitahu berulang kali .. namun masih ada yang degil dan wat wat tak tau ...
Namun begitu , kata mereka pula...
Apa pun jua analisa mereka , sebaiknya mencegah lebih baik kan ?
Hehe.. aku dapat berapa komen dari kawan pembaca blog yang mengatakan susah nak cari entri entri lama.. hehe.. ok.. kali ni aku permudahkan untuk semua pembaca ..
Bukan pe .. rasa sayang lak entri yang dah beribu ribu ribu tu dibiarkan sepi tanpa cinta ... nak buat tu lak perlu idea .. yang dicopy paste pon pastinya artikal yang best best kan ? hehehe..
Jadi ... selamat membaca .. hehe... aku nak sambung pengsan..
Salam .. selamat pagi.. hehe.. baru bukak mata .. pas subuh tadi , rasa tak sihat sangat.. semalam wife demam.. dia ok , aku lak demam.. bertukar tukar .. haih..
Ni baru celik bijk mata .. hehe.. aku terfikir sebenarnya .. apa yg aku buat dengan blog aku selama ni ? Dok update selalu dan kerap...hehe.. rupanya aku tau dah.. hehehe..
Aku suka bercakap.. tapi aku hanya ramah bercakap bila 'suis' utama aku dihidupkan.. Kalau tidak , orang akan anggap aku sombong.. hehe.. gitulah biasanya .. Kaitan dengan blog , aku buat blog ni macam konti radio aku lak.. macam aku ni dj la.. haahha.. Kot aku ni mmg teringin nak jadi dj tapi segan rasanya .. hahaha...
Jadi , pada terasa aku bebel lebih dalam blog ni maaf la yer.. mmg aku tak leh nak berhenti menaip ... selagi aku mampu ,selagi tu aku menaip ... ;)
Sewaktu aku kecil dulu .. perkara yang paling aku takut ialah , kematian kedua orang tua aku .. Pelbagai persoalan timbul dalam kepala aku.. Sapa nak jaga aku dan adik beradik aku ? Dengan sapa aku nak bermanja ? Ah.. aku rela kena rotan hari hari .. Aku tak nak degil dah ..
Bila dah remaja.. aku rasa aku mampu hidup berdikari.. dah boleh cari kerja dan hidup tanpa mereka.. Bila merajuk .. cuba la nak lari dari rumah.. Baru 100 meter , aku hilang punca .. akhirnya belakang rumah sampai ke malam .. hahahaha...
Bila dah besar gini .. sayu je tengok wajah diorg .. mau rasanya setiap malam urut kaki .. tangan ..badan diorg terutama ayah yang tak henti henti cari rezeki siang malam .. sanggup ketepikan segala kemahuan diri semata mata untuk bayar pelajaran anak anak dia ..
Skang .. baru faham erti kepayahan .. erti melindungi keluarga .. Betapa keluarga adalah segalanya .. hurm.. Syukur pada Allah , sehingga sekarang aku masih ada diorng .. Aku tak boleh nak bayang hari hari aku tanpa mereka ..
Sesungguhnya aku amat kagumi mereka yang bergelar yatim piatu .. Ketabahan mereka , aku belum tentu dapat bayangkan ... Korang mmg tabah !
Aku plan nak kurangkan entri .. mungkinkah berlaku ? Setelah setahun berlalu , hanya pada mula aku berblog saja aku buat satu entri sehari .. kemudian meningkat dan terus meningkat sehinggalah kini aku tak penah nak kira dah.. mana saja aku berenti , aku update ..
Yup.. aku tau ada yang akan bosan tapi ada yang suka.. Maka aku akan berblog ikut mana dan aku je la kan ? kalau rasa tak penting maka tak perlulah update ..
Berkaitan CERITA KREATIF .. hehe.. aku akan mengira undian yang benar benar mengikut panduan yang diberi.. yang tak ikut tu, dikira undi rosak yer .. hehehe...
Ok.. tutup pasal tu .. pasal hantu blog .. Huhu.. tadikan , aku ada cakap kat kawan aku.. kalau aku mati nanti , aku nak tutup blog ni.. Kira waris aku la... Dia cakap nape lak ? biar je la.. bolehlah kawan kawan lepaskan rindu baca entri tu .. Hurm.. aku ok jer.. tak kisah sebenarnya .. cuma aku risau ... tetiba entri tu diupdate ... @LIVE DARI KUBUR ! Apa kes ???
Tengok muka dia ni lagi bosan ! Arghhhh...
Layan mp3 ? Arghhhh.. bosan bosan .. Lagu metallica gua mak dah delete !! Ada suh layan lagu baba blackship ?????
Makan ??? Arghhhh .. lagi bosannn... tembam dah ni !
Aku tau ... hehehehhe..
Blogwalking !!! Yess.. kot kot ada blogger awek cun ke ? Leh ngorat .. hehehe.. Yearghhhh...