Aku dapat satu soalan dari rakan blogger tadi .. erk.. ke semalam eh ? Hurm.. tak ingat lak bila .. Adeh.. Nak wat camana.. dah tua .. hehe.. kena la terima kan yang daya ingatan semakin lemah .. Eceh.. alasan sajaaaa ...
Dia tanya .. kenapa ramai blogger kejar trafik ? Apa yang best sangat ? Ok.. ini pendapat aku yer.. bukan pendapat sapa sapa yang aku jumpa dalam blog orang lain .. Okeh ? Pendapat ini tiada kene mengena samada hidup atau yang mati .. ;)
Berikut adalah jawapannya .. sebelum itu .. .
Jom makan kek dulu.. gambar ditaja oleh DELICIOUS CUPPIES
- KEPUASAN - tiada perkataan yang mampu diucapkan bilamana sesuatu hasil milik kita menjadi tumpuan ramai .. bukan giler glamer okeh !
- PERNIAGAAN - bila trafik tinggi , $$ masuk ... ;)
Ok..tu jawapan yang ringkas .. mungkin ramai blogger baru berpendapat , tak kisah la.. asal ada orang masuk pon ok dah .. skit pon skit la .. Segalanya bermula dari sedikit .. bukan tamak tapi peningkatan .. Takkan ari ari nak banyak tu je ? Kalau suka suka tu tak pe la.. tapi kalau dah letak iklan cam NUFF tu , takkan nak banyak tu je ari ari kan ? Nak gak ada peningkatan ..
Yang paling penting ialah cabaran ! Menyahut cabaran untuk mempertingkatkan trafik blog ada sesuatu yang menarik ! Ianya membantu kita memikirkan pelbagai jenis strategi untuk memasarkan blog kita ..
Blog adalah satu produk .. produk yang terhasil dari penulisan kreativiti kita samada dalam bentuk ilmiah , maklumat mahupun kegiatan harian .. Kalau tidak dipasarkan , sapa nak tau , kan ? Kalau nak memasarkan blog tu , cara apakah yang terbaik ? Bukankah itu satu cabaran ?
Rata rata blogger sekarang ini terdiri dari pelajar mahupun terpelajar .. Segala ilmu mahupun pengalaman dalam apa jua bidang sesuai digunakan untuk mempertingkatkan trafik blog .. Ibarat nak meniaga tapi di mana nak pacakkan gerai ! Kalau letak kat pasar malam , saingan pasti hebat.. bagaimana nak tarik pelanggan .. bukankah itu satu cabaran ???
Bukan giler trafik atau apa .. Satu kepuasan tidak terhingga bila blog kita sesak dengan pengunjung .. Aku sendiri nak tengok blog aku cam HMETRO online.. UTUSAN online tu .. sekali online , beribu.. puas siutt !!