Kentucky Fried Chicken .. sapa tak kenal ? Satu dunia ada weh... Ayam dia , kalau makan panas panas .. mmg meletop perut.. sedappp .. takkan cukup satu .. kalau aku , tiga ketul tu dah ok dah .. Dulu , 4 ketul.. tua tua ni , 3 dah la.. hehehe ..
Ada yang kata KFC ni tak bagus.. yelah , makanan segera .. macam macam ramuan ada dlm tu ... Tapi takkan la 100% tak bagus langsung kan ? Pastinya ada sedikit khasiat yang mana tubuh kita boleh manfaatkan walaupun keburukkan lebih banyak .. Persoalannya ... mengapa masih ramai makan walaupun tau akibatnya ?
Rokok .. antara sumber pendptan negara .. Walaupun kerajaan sendiri bagitau jangan merokok .. jaga kesihatan , namun masih ramai merokok termasuk juga doktor-doktor dan juga pakar kesihatan .. Camana tu ? Tapi bab rokok ni , aku mmg tau tak de langsung kebaikkannya ...
Entri berkualiti .. bagaimana menilai satu entri berkualiti ? Siapakah yang layak menilainya ? Kalaulah seorang blogger yang baru buat blognya dalam bulan ini , dan entri entrinya amat berkualiti tetapi tidak ada sesiapa yang mengenalinya , bagimana dia nak bagitau satu dunia yang blognya mengandungi entri berkualiti ? Perlukan dia menyertai forum ? Bagaimana pula jika dia bukan seorang yang mengadap komputer 24 jam ? Hanya mampu post entri kemudian sambung kerjanya .. Minggu depan atau bulan depan , baru update ? Hurm.. apakah dia perlu menggunakan kaedah SEO dalam setiap entrinya yang mana dia perlu masukkan isu terkini dalam entrinya ?
ASTRO .. Apakah semua rancangannya berkualiti ? Belum tentukan ? Tapi dia bijak.. mengabungkan semua itu dalam satu jenama iaitu ASTRO .. ada banyak rangkaian .. pilih je mana nak ...
Kalau benar nak jadikan blog yang mempunyai entri berkualiti , maka buatlah ianya benar benar berkualiti .. Bermula dari template hinggalah ke penulisannya .. Berkualiti pastinya memberi pendidikan kepada pembacanya .. Ikhlas , dan bijak mengatur kata kata .. Disertai dengan segala fakta yang terang lagi jelas ..
Bagi aku ... aku ini seorang blogger yang tersangatlah kerdilnya .. Antara berkualiti atau tidak setiap entri aku ,tapi yang pastinya aku inginkan pembaca aku tersenyum atau berkerut dahi selepas membaca setiap tulisan aku .. Itu dah memadai kerana mereka memproses kata kata aku ..
Upin dan Ipin cumalah kartun tapi jika dihayati , ada maksudnya .. Jangan ingat kualiti hanya boleh dijumpai dlm rancangan dokumentari saja ..