Hati-hati bila berinternet !

by - Khamis, Disember 23, 2010

 

Hurm... buat mereka yang suka mencari 'pasal' dalam dunia internet ni , maka ingatlah .. bukan semudah A,B,C untuk melarikan diri bila meninggalkan 'sampah' .. segalanya boleh dikesan semula ..

 

Lelaki hina Sultan Johor dalam FB akan didakwa

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Seorang lelaki yang membuka akaun laman sosial Facebook dengan tujuan memburukkan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail akan didakwa dalam tempoh terdekat.

Akaun Facebook terbabit memaparkan komen mengaibkan institusi diraja, diwujudkan selepas kemangkatan bekas Sultan Johor itu pada 22 Januari lalu.

Lelaki berusia 40 tahun yang bertanggungjawab membuka laman itu ditahan polis baru-baru ini akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Suspek ditahan pada 29 November lalu di sekitar Lembah Klang setelah polis menerima lima laporan berhubung kewujudan akaun Facebook tersebut.

Siasatan berhubung akaun laman sosial berkenaan mengambil masa yang lama iaitu lebih sebulan kerana suspek menggunakan identiti pengguna Internet tanpa wayar yang telah dicuri.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, suspek menggunakan alamat e-mel: pendekar.bentan@gmail.com.

"Polis telah mewujudkan pasukan khas untuk menyiasat identiti suspek yang 'licik' menggodam Internet tanpa wayar individu lain bagi menyukarkan dirinya dikesan.

"Bagaimanapun, hasil kepakaran pasukan khas polis, suspek akhirnya berjaya dikesan. Malah, beberapa peralatan komputer turut dirampas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Dalam pada itu, Syed Ismail memberitahu, pihaknya sedang menunggu keputusan pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya, selepas kertas siasatan diserahkan.

"Polis telah memberi cadangan sewajarnya kepada DPP dan bila-bila masa dari sekarang sahaja suspek akan dituduh.

"Siasatan menunjukkan suspek yang bekerja sendiri pernah dibuang dari sebuah universiti di Lembah Klang dan menyertai sebuah pertubuhan Islam.

"Perjuangan dan ideologi pertubuhan terbabit menyebabkan suspek bertindak sedemikian. Bagaimanapun, pengetahuan dan pengalaman sendiri melalui Internet yang menjadikannya pakar menggodam Internet pengguna lain," katanya.

Syed Ismail menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memastikan talian Internet yang telah didaftarkan memiliki ciri-ciri keselamatan supaya sukar digodam pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pengguna Facebook perlu berhati-hati dalam mendedahkan sebarang maklumat dan foto peribadi bagi mengelakkan daripada disalahgunakan oleh pihak lain.

"Orang ramai juga dinasihatkan bertanggungjawab atas setiap komen yang dipaparkan dalam Internet kerana polis mempunyai keupayaan untuk menyiasat dan mengheret mereka ke muka pengadilan," katanya.

-UTUSAN MALAYSIA-

You May Also Like

9 comments

  1. menakutkan...huhu...

    BalasPadam
  2. salam

    abg ben ......

    sehari 24 jam

    1 jam 1 entry

    tapi abg ben dah terlebih ni....

    maraton eh... :D

    BalasPadam
  3. hati hati yer....takut terlepas tulis...

    BalasPadam
  4. peringatan buat kita semua..hati2 di laman sesawang...

    BalasPadam
  5. kikiki spandai2 tupai melantun akhirnye jatuh ke tanah juaaaa ~

    BalasPadam
  6. pandai sgt aibkan sultan, sape suruh! sultan tu payung negara. apela dorg nih.

    BalasPadam
  7. nak buat macam mane lagi soh orang xleh nak hack acc kite??...pakaikan jaring besi lah.

    hehehe..

    BalasPadam
  8. uhh bengong sungguh manusia itu.

    BalasPadam