MCA 1, MCA 2 milik syarikat dari Johor
MCA 1, MCA 2 milik syarikat dari Johor
MELAKA: Nombor pendaftaran unik MCA 1 dan MCA 2 kini sah menjadi milik sebuah syarikat dari Johor Bahru, Asset Nusa Sdn Bhd dengan bidaan tertinggi masing-masing pada harga RM300,100 dan RM101,000 selepas tarikh tutup permohonan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Bukit Katil, pada 14 Disember lalu.
Bidaan tertinggi mengatasi rekod sebelumnya bagi nombor pendaftaran TAY 1 yang sebelum ini ditender pada harga RM 242,000 dan TAN 1 ditender pada harga RM200,900.
Senarai pembida yang berjaya kini dipamerkan di cawangan JPJ Melaka manakala senarai keseluruhan turut dimuatkan dalam laman Web JPJ menerusi http://portal.jpj.gov.my.
Pengerusi MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo turut berjaya membida nombor MCA 5 dengan harga RM28,600, selain Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Koh Nai Kwong yang membida nombor MCA 7 dengan harga RM 64,776.80.
Tidak ketinggalan mendapatkan nombor unik itu ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang berjaya memiliki nombor MCA 1010 dengan harga bidaan RM550.
Selain itu, seorang individu yang ada kaitan rapat dengan parti MCA di Kuala Lumpur juga berjaya memiliki nombor pendaftaran MCA 1949 iaitu sempena tahun penubuhan parti berkenaan dengan bidaan berjumlah RM2,200.
Oh Swee Yen pula berjaya mencatatkan nilai ketiga bidaan tertinggi bagi nombor pendaftaran MCA 8 pada harga RM88,168.
Bidaan bagi siri pendaftaran MCA 1 hingga MCA 10 mencatat kutipan bernilai RM731,340,80.
Sementara itu, jurucakap JPJ Melaka berkata, pembida yang berjaya bakal dimaklumkan menerusi surat jawapan yang akan dipos dalam masa dua minggu bermula hari ini.
“Kita akan menghantar surat jawapan kepada semua pembida yang berjaya dalam masa dua minggu dan selepas itu surat jawapan bagi mereka yang tidak berjaya turut dihantar secara berperingkat.
“Semua pembida yang berjaya mesti menjelaskan baki bayaran sebanyak 50 peratus dari harga bidaan dalam masa sebulan dari tarikh mereka menerima surat jawapan dari pihak JPJ. Bagi yang tidak berjaya, wang mereka akan dipulangkan secara berperingkat,” katanya.
Katanya, sejak tender dibuka dibuka kepada umum bermula 24 November hingga tarik tutup pada 14 Disember, JPJ seluruh negara menerima sebanyak 965 permohonan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan MCA 1 hingga 9999 dan dijangka mengutip sebanyak RM 1.5 juta daripada hasil bidaan iaitu jumlah purata tertinggi berbanding siri sebelum ini iaitu RM500,000.
9 comments
kenapa oraqng minat dengan no plat camtu?
BalasPadamderma kan lagi baik lalala
BalasPadamlol..johor eh dapat..hoho..mcm da trend kn bro..
BalasPadamish, pelik sungguh~ setiap individu ada kepuasan tersendiri~
BalasPadambuat support i blaja lagi bagus.. ahaha (>_<)
BalasPadamfuhh..sanggup bid nombor sampai nak masuk 6 angka..tapi diorang mampu, sekurang-kurangnya kita kena kagum sebab diorang ada kemampuan dari segi kewangan.
BalasPadammau tngu MCD..hehe..
BalasPadammembazir utk no yg mcm tu berpuluh ribu..senang2 shj..itulah org kaya berduit tp x kaya ilmu..setakat no sahaja...sanggup berhabis puluhan ribu..
BalasPadamsaya tgh tunggu WWW :)
BalasPadam