Cerita selanjutnya > sini laa
Trafik blog aku akan jatuh jika tak update blog ? Bayangkan yer ..
- Utusan Malaysia tak update berita setiap masa .. apa jadi ?
- Astro tayang cerita yang sama je .. apa jadi ?
- Panggung wayang takde cerita baru.. tengok je cerita lama ?
- Kedai makan dok jual makanan yang sama hari hari ... yang semalam pun dijual semula.. takde yang dimasak baru ..
- Hari hari pakai baju yang sama ..
Perumpamaan ni kan sebenarnya ada depan mata kita hari hari .. Kenapa tak nak bukak mata ? Kita nampak satu sudut je .. Wah.. tu sbb dia update blog hari hari.. setiap masa.. ramai la masuk baca .. Cuba tak update ! Kenapa perlu ada 'cuba tak update tu ?? " .. Malas ? Saja nak test power blog kita bagus ke tak ? Apakah tulisan kita tahap para cendiakawan ? Atau penulis novel ?
Blog perlu diupdate sebab ada pembaca .. Mereka masuk sbb nak baca ... Bukan nak jalan jalan tengok bintang di dlm blog tu
Kecualilah , blog kita tu blog tutorial ... atau yang mmg buat untuk menangkap segala SEO .. senantiasa ada keyword panas dalam tu .. tapi di mana kepuasan ??? Mungkin duit lebat.. masyuk ... kepuasan dalam menulis ? Bagaimana ?
Sebab tulah aku update berkali kali .. sehingga aku tidur .. hehe.. Aku puas begini .. Aku cerita apa saja .. Terpulang pada mereka nak baca atau tidak .. tak nak baca , tak susah , sila tekan pangkah !
Ini bukan blog artis atau selebriti mahupun mereka yang popular tapi ini blog BEN ASHAARI yang punya !
Bz camana pon , update pasti ya kerana rakan rakan nak tau apa cerita aku .. begitu juga mereka .. pasti tertanya kemana menghilang hari ini ? Cerita kita senantiasa berbeza ! Itulah menariknya blog ... Bukan trafik semata mata .. Dalam blog juga kita berkomunikasi secara tidak langsung ... Bukan trafik semata mata ... okeh ?
G makan pon best !
Hari tu ada blogger cabar aku jangan buat segmen , seminggu .. maka telah aku sahut cabaran itu secara senyap .. Akhir segmen aku tu ialah soalan harian blog 500 .. tu jer.. kemudian tiada segmen sehingga hari ini ... Namun terbukti , trafik aku maintain ..
Bukan la aku nak riak atau berlagak .. cuma kadang kadang 'mereka' tu pandai bercakap padahal 'kosong' .. Aku mula dari bawah .. merangkak .. mencari idea .. buat itu ini ... untuk naik .. tiba tiba datang mereka lalu kata blog ni hidup sebab segmen ..
Blog aku ni cerita macam macam ... Aku tak main satu isu tu je.. Ini bukan blog artis .. Ini bukan blog politik .. Ini bukan blog tutorial .. Ini bukan blog pendidikan .. Tapi segalanya aku cuma campurkan JIKA melibatkan aku ! Malah artikal agama , berita pon aku letak .. segalanya adalah untuk rujukan masa depan ..
Bukan senang nak naik.. Setahun sudah berlalu.. dan disini aku .. Aku bukan dah 5-6 tahun berblog .. Kalau baru setahun , inilah hasil aku , tak tau la camana lagi 5-6 tahun kan ? Jangan bandingkan.. Aku bukan kura kura yang cuba berlagak nak jadi penyu .. Aku tetap kura kura itu .. namun akan terus bergerak selagi terdaya !
Buang segala kutukan tak membina tu dan bina 'kawasan' sendiri ...
Kenapa aku pilih blog ni ? Hehehe... sbb aku tertarik dengan warna dia ... Kehijauan gitu.. mesra ... Cerita simple dan tak menyemakkan mata ... Tak caya ? G la tengok sendiri > NORA
Aku ada menerima jemputan dari sahabat blogger untuk menghadiri gathering di Putrajaya yang dijadualkan pada bulan FEB nanti .. Rasanya diorng nak rancang dulu ni...
InsyaAllah ... kalau takde sebarang masalah , sampailah aku kat Putrajaya tu .. Eh.. macam jauh.. tak sempat kentut dah sampai.. hahaha..
OK .. bagi mereka berminat atau nak mengetahui dengan lebih lanjut projek terbaik mereka ni , g la serbu tuan punya projek ni.. aku hanya dijemput jer... hehehe
Jom la.. jangan segan segan.. adeh... > HUSZAINI
Kali terakhir singgah Langkawi .. 2009 .. skang melambai lambai suruh kembali .. Entah mengapa Langkawi menjadi pilihan destinasi percutian aku pada tahun ni pon tak tau ..
Selain Langkawi , Cherating adalah pilihan destinasi aku juga.. Kalau ada rezeki tahun ni , aku nak g .. eh.. aku dan wife merancang nak ke KK .. dah berapa kali tertunda disebabkan hal hal yang tidak dapat dielaakkan ..
Perghh.... Ada blogger tanya aku .. aku tak cemburu ke ngan jejariruncing sbb dia potong dah follower aku ..
Er... patut ke aku cemburu ?? Aiseyman ... Dunia ni luas ... Syukur alhamdulillah ... Aku tak perlu la nak cemburu dengan dia tau sesiapa pun .. Rezeki dia , maka itu hak dia .. Nape laaa aku nak terasa .. Aku dah cukup bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang ni malah kalau ikut hati aku mau aja aku undur diri dari arena ini ..
Search dan Wings .. dua dua kumpulan rock .. Aku minat dua dua .. Tapi mereka tak pernah nak hitung berapa ramai peminat mereka .. Asalkan setiap kali album keluar , terjual.. setiap kali buat konsert , laris ... ok la kan ?
Macam aku .. asalkan ada orang baca tulisan aku mengenai aku dan persekitaran aku dah la ... Takkan aku nak jual cerita artis atau gossip artis untuk lariskan blog aku ni ? Aku adalah aku .. aku menulis kerana aku minat .. Aku membebel kerana aku perlu ..
Dan paling penting ... aku bukan artis dan bukan selebriti .. Dimana bumi dipijak , aku tetap aku .. Dan mereka tetap kawan aku selagi mana mereka menganggap aku kawan mereka ..
Alhamdulillah... sehari lagi .. erm.. pon belum tentu .. Semoga Allah panjangkan umur dan dimurahkan rezeki kita semua .. Aminn..
Salam.. selamat pagi .. Damai di Putrajaya ... Kereta kereta dah mula 'menari-nari' di jalan raya dengan pelbagai jenis tarian ... Hurm.. kena sabar sedikit waktu ni .. macam macam corak keegoaan pemandu tika ini ..
Semalam.. awal aku tidur.. rasanya kul 12 lebih..tak sempat nak publish satu entri semalam ... tapi tak pe la ... ok la kot untuk semalam .. janji ramai terhibur dengan setiap entri aku .. InsyaAllah ..
Minggu depan , kat Putrajaya ada gathering blogger .. Sapa berminat nak join ? Nanti aku bagi details dia eh ? Sambung nanti eh.. dah nak sampai ERL dah .. hurm...
Lupa lak.. sihat korang ? hehe.
Hehehe.. Hampir seminggu blog aku takde segmen kan ? Hehehe... ok je pembaca kat blog aku ni .. takde merundum pon ? Entri pon dah kurang .. tak la macam dulu ... ;)
Ok... atas permintaan seorang rakan blogger , aku nak bagitau tentang Peraduan Teka Gambar yang dia buat ... Aku rasa ramai dah tau kan ?
Bagi yang berminat nak mengetahui tentang peraduan ini , bolehlah g singgah ke blog rakan kita ni ... Semoga berjaya eh... Jom g tengok peraduan tersebut di blog SHAHAZRIN ..
Huk aloh... apa cerita ni ?? Nak tau dengan lebih lanjut ...jom > sini