Setiap hari... setiap saat.. setiap minit..setiap jam... akan lahir seorang blogger .. tak tau dari mana ceruk rantau dia lahir .. tapi yang pastinya , membawa gelaran blogger .. apa yang dia blogkan , tu terpulang la kan ..
Kemudian , muncul persoalan persoalan baru tapi lama seperti , APA ITU NUFFNANG , CAMANA itu ini .. dan banyak lagi .. Paling tidak pun ramai akan buat tutorial ..baru tapi sama .. hurm.. tak kisah la.. janji bahagia ..
Maka akan timbul isu isu baru tapi lama seperti FOLLOW ME , PLAGIAT , LALAT ( ANONYMOUS ) , KLIK KLIK dan banyak lagi .. dan paling terbaru tapi lama ialah auto BW ..
Ginilah , senang cerita .. seperti mana pagi tadi aku ada kuarkan satu entri berkenaan TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY , kalau baca kisahnya ... takat auto BW tu takde makna ..
Aku petik beberapa kata kata dia yang boleh kita jadikan motivasi :
- "Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha. "
- "Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu."
- " Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah."
- "Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. "
- "Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah."
- "Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang."
- "Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama."
- "Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai."
Dan banyak lagi ( sini ) .. Jadi aku terfikir .. blogger yang buat auto BW ni jenis amik jalan singkat tapi perlu ke kita nak marah ? Jangan dilayan.. delete.. abis cerita .. kalau bengang sangat sbb banyak , buang je shoutbox .. abis cerita ..
Jadilah blogger yang bijak ..Cetuskan kontroversi bukanlah cara terbaik untuk naik... kita takkan dihormati dengan menjatuhkan orang lain.. Ingat , hari ni hari kita.. esok hari dia ..
Kan lagi bagus buat isu atau info yang memberi faedah pada semua pembaca ( termasuk blogger ) ..
Pendapat aku , jangan dilayan .. tu jer la..