Zaman muda aku , banyak dihabiskan dengan sia-sia ... Namun aku tetap bersyukur kerana pengalaman di zaman mudalah membina aku sekarang ini .. Setiap pengalaman yang sia-sia itulah aku berjaya membina satu legasi aku , di dunia maya ini ..
Dulu , internet amat mahal sekali .. sejam sehingga 4 ringgit jika di cyber cafe .. sekarang kalau tak silap aku cuma rm1 jer.. Sambil berjalan pon boleh berintenet.. Sangat mudah .. Tapi sayangnya , berinternet dulu dihabiskan masa dengan berchatting .. Hurm.. sangat rugi masa tu .. Namun aku berjaya mengutip sedikit sebanyak ilmu di dunia chatting itu .. Mengenali dunia hacking , cracking ,bom komputer orang .. haaa.. jgn tak tau .. jahat giler dulu.. Tu belum lagi wat keje jahat ngan kawan kawan chatting .. adeh ..
Terbina satu ikatan pesahabatan sehingga sekarang , aku dan KONG ( tokey Gengblogger.com ) disbbkan chatting .. Hurm.. Dua kepala yang penuh keegoan akhirnya bersahabat ..
Ada satu lagi nak cerita tapi tak boleh.. hahaha.. biarlah rahsia peribadi.. Namun segalanya menjadi indah jika kita pandai menggunakan setiap saat itu .. Bayangkan jika petang ini , kita bersantai di depan komputer atau television ,tanpa sebarang manfaat .. alangkah ruginya kan ?
Aku pernah nasihatkan rakan rakan blogger di gathering Terengganu tempohari .. Sesungguhnya mereka adalah golongan bertuah ..Mereka berada di satu puncak yang mana ramai ingin turut sama berada namun tuah tidak menyebelahi mereka .. Gunakan setiap masa itu dengan bijak ! Bahagikan masa itu dengan bijak.. Mereka boleh berjaya memiliki dua kejayaan dalam satu masa.. Pendidikan dan juga blog !