Blogger yang sedang meningkat naik , AYU sedang dalam mempromosi segmennya yang tersendiri .. Aku dah masuk tengok dan ianya .. menarik sekali ! Tak perlu susah susah buat entri ! Korang hanya perlu tinggalkan url blog korang je kat situ ... Haa.. susah tak ?
Bagi aku la kan ... promosi dua hala ini yang paling bagus .. contoh la kan .. Ini bukan mintak balasan .. Andaikata korang join segmen blogger Ayu tu , dan dia dah review blog korang , buatlah satu entri penghargaan pada dia .. Kan itu win win situation ..Ayu dah menceritakan tentang blog korang pada pembaca dia dan tiba masa korang pulak cerita pasal blog Ayu pada pembaca korang.. Adil la kan ?
Malangnya tak ramai berfikiran begitu .. Jangan fikirkan soal popular ! Popular tu akan datang sendirinya bila blog kita tu mmg bagus .. Jgn tengok blog aku !! Blog aku tak popular okeh ! G tengok blog blog yang layak digelar blog popular .. Haa.. tengok entri dia... cerita dia.. layout blog dia .. dan bagaimana dia menarik pembaca dia ..
Aku harap selepas ini lebih ramai blogger bersatu padu.. jangan fikirkan soal 'perut' sendiri .. Tak rugi langsung kita bekerjasama .. Tengok aku dan Mat Gebu.. tuu kat atas tu.. kitorang saling bertukar pembaca .. Rugi tak ? Rugi laaa.. aku tak dapat rasa masakan mat gebu nih !! Mat , kirim maggie goreng tiga rasa kat putrajaya eh !!