Hehe.. kali pertama aku dengar perkataan VLOG adalah dari orang kuat 1TUBE.MY .. Waktu perbincangan melalui YM antara aku dan mereka , mereka mencadangkan aku buat satu vlog ... Tujuannya adalah satu , promosi !
Aku buat vlog ? Hurm.. serius aku malu .. aku segan.. aku mmg cukup segan bila berdepan dengan kamera .. tak reti nak senyum tak reti nak cakap ... aku tak fotogenik mahupun fotogedik ..
Tapi kenapa aku buat ?? Satu sebab saja ... 1TUBE.MY ! 1TUBE.MY adalah satu produk tempatan yang akan naik satu hari nanti dan aku tak nak ketinggalan ... Aku nak berada bersama sama mereka ..
Mereka melakukan rakaman dan suntingan dengan percuma .. Apa yang aku perlu buat cumalah meluangkan masa dan bercakap ! Tu saja ..
Disamping itu , aku boleh mempromosi blog aku .. Tetapi aku tak nak makan sorang ! Aku ajak rakan rakan blogger yang lain .. Bermula di gathering SAHABAT BLOGGER kemudian di PUTRAJAYA seterusnya gathering blogger cikgu , aku ajak 1TUBE.MY merakamkan segala kenangan tersebut !
Kenangan !! Kita dalam dunia blog ini tak tau sampai bila .. Entah esok lusa kita tutup blog.. Entah esok lusa kita mati .. Sekurangnya ada sesuatu untuk pengubat rindu ... Aku fikirkan yang itu ...
Populariti ? aku tak nampak blogger blogger yang buat vlog itu mengejar populariti dengan buat vlog ! Mereka tau risiko buat vlog tu.. tapi mereka tetap buat.. KENAPA ?? Sebab mereka sukarela untuk menaikkan 1TUBE.MY.. Mereka nak sama sama bantu menaikkan produk anak tempatan !
Kalau benar mereka nak populariti , aku rasa blog saja dah memadai ! Aku sendiri pon dah terlebih kenyang dengan trafik .. Dah naik bosan ! Aku inginkan menyumbangkan kreativiti aku dalam bentuk lain dan Alhamdulillah , 1TUBE.MY adalah tapak pertama aku untuk menaburkan jasa ..
Aku tak harapkan balasan .. Cukup bangga bila 1TUBE.MY dikenali dikalangan blogger sekarang ini .. Sejarah tercipta .. Jangan ingat segalanya adalah kerana populariti atau $$ ... Sila buka minda anda !
SILA CERMIN DIRI SEBELUM NAK MENGATA .. Sebab itulah wujud slogan KITA BOLEH ! Kalau dok fikir , tak boleh atau tak mampu atau .. hurm... AKU TAK LAYAK maka sampai tua la duduk dalam tempurung !