Aku ada sebidang tanah .. Aku tanam sayur sayuran .. subur.. cantik je naik .. Kemudian berbuah ... aku petik ... aku gembira... Aku bukak meja untuk jual .. Tapi sayangnya , kat kampung tu , aku sorang je penduduknya .. Adoiiii... aku je la makan sayur tu eh ...
Apa kesilapanya ??? Patutnya aku kena cari kat mana aku patut jual sayur sayur tu .. Apakah aku perlu tunggu sayur tu tumbuh segar , baru aku cari tapak untuk menjual sayur sayur tu ?
Tak ... sepatutnya dalam pada masa yang sama , aku kena merayau .. bertanya pada orang .. kat mana ada tapak meniaga .. kat mana ada ramai orang .. kat mana ada kampung kampung berhampiran ... Barulah pasang strategi.. iaitu apa patut aku lakukan ..
Jadi , bila sayur aku dah matang , aku tak perlu susah susah dah .. terus bawak jer ke tapak meniaga tu .. letak atas meja.. terpulang samada orang nak beli atau tidak .. Dari takde orang langsung , baik ada orang beli gak kan ?
ENTRI dan PROMOSI .. saling berkaitan .. penting bagi blogger baru .. PROMOSI paling mudah sekali , di FACEBOOK .. kita promote di kalangan kawan kawan dulu.. Tengok camana penerimaan mereka.. Mereka itulah pengkritik sejati.. kalau mereka boleh baca blog kita selama berminggu lamanya , bermakna blog kita tu ada tarikan.. tapi kalau sekali je masuk dan tak berminat langsung, sila overhaul ! Bukan tutup terus ! kena baiki.. cari di mana kelemahannya .. Bukan terus lemah semangat ! Ingat.. inilah cabaran blogger ! Jadi blogger yang sejati...
Blog dan FACEBOOK berbeza.. ingat tu .. Ada blog lagi mencabar .. Facebook , sapa sapa boleh ada .. ok ?