Ok.. sebelum tu.. ada permintaan ... walaupun aku malas tapi kena gak la memandangkan aku dah mulakannya ... Yang pertama , aku terus terang ni , undi aku di DIGI WWWOW , klik SINI ... dan kedua , seorang rakan sedang dalam menyiapkan kajiannya untuk research.. klik SINI ..
Satu satu perkara yang merosakkan semangat persahabatan ialah double standard .. Ni kali kedua aku bangkitkan dalam blog aku ... Kalau dalam pejabat , double standard ni terang terang kita boleh nampak ... Ini akan mendatangkan satu perasaan yang amat tidak selesa bagi rakan rakan yang lain ..
Bukan cemburu tapi keadilan .. Pihak atasan perlu bijak menangani isu ini.. Jangan sampai ada kakitangan yang mula memboikot dlm diam .. atau paling tidak pon akan ada yang 'lari' ke tempat lain.. Jika yang lari tu adalah yang 'berkualiti' dari yang ditimang timang tu camana ? Sapa yang rugi ?
Seperkara lagi ... pihak majikan perlu membuka mata .. aku rasa ramai dah yang terasa sekarang ni ... Tapi semua memendam rasa kerana kekurangan yang ada dalam negara ini .. Mahu atau tidak , semua pakat diamkan saja ..
Bila akan terluah semua ini ? Tunggu pilihanraya akan datang ... masa tu , baru semua bukak topeng masing masing ! .Masa tu , jgn terkejut ...
Double standard , mmg satu penyakit secara terang-terangan yang boleh memusnahkan sesuatu organisasi... disebabkan nila setitik itulah , boleh hancur segalanya .. Waspada ...