Mesti pelik.. kenapa trafik harian kita rendah berbanding dengan blog blog lain ? Pasti kita akan kata , blog kita tak popular .. takde orang kenal .. jadi trafik rendah je la kan ?
Sebelum nak kata gitu ..cuba perhatikan semula aktitvi blog kita tu .. Sehari berapa kali kita update ? Cuba gunakan perisian analisa untuk menganalisa aktiviti blog kita .. Gunakan google analytics atau banyak lagi perisian yang percuma di internet tu ..
Perhatikan setiap kali kita post entri , berapa ramaikah akan mengunjungi blog kita ? Makin lama makin surut kan ? Jadi bila surut tu kita buat apa ?
Mula mula .. kita perhatikan jumlah pengunjung bila kita update entri kita tu .. Jangan promosikan di mana mana web atau ping ... Dengan cara ini kita tau , pengunjung setia yang masuk untuk baca entri kita ..
Sejam kemudian , barulah kita promosikan di mana mana laman web yang ada .. terutamanya FACEBOOK atau web ping seperti GENGBLOGGER.COM ..
Jangan bandingkan blog kita dengan blog blog yang main dengan SEO .. mereka 'cari makan' dengan bermain dengan SEO ... Kalau blog blog peribadi ni yang mana lebih gemar cerita pasal peribadi seperti kasut , mekap atau selendang jiran sebelah tu , pastinya jumlah trafik tak tinggi .. apa yang aku cadangkan ialah , jadikannya drama bersiri seperti cerita korea tu .. hehehehe .. :)
Bagi aku la kan .. sebagai blogger baru , jangan cerita panjang panjang dalam blog .. Kena bijak skit kat sini .. Tackle pembaca dengan entri yang padat dan berinfo.. pastikan ada perwatakan dalam entri kita tu.. Kalau dulu aku kata ada 'perasaan' , kini ada watak ...
Camana tu ? Cam aku kata ... drama bersiri.. jadi.. sambung nanti.. hahahha...