Dalam dunia blog ... setelah aku memahaminya , tiada istilah tersebut.. Istilah cepat blogger tu nak maka cepatlah dia turun .. Bagi aku , dalam dunia blog , dalam tempoh 6 bulan dia berblog , maka tiada peningkatan maka itu bermakna 'ada masalah' la tu...
Dalam dunia blog ni , kita perhatikan ada pelbagai strategi .. Ada yang gemar bermain dengan cara taktikal.. Ada yang gemar bermain cara teknikal ... dan ada yang tak gemar semua itu ...
Bagi yang tak gemar semua ni , dia berblog dengan cerita kisah hidupnya .. Tiada langsung kaitan dengan strategi.. dia post dan terus off.. tiada istilah blogwalking.. tiada istilah gathering atau tiada istilah trafik dalam kamus dirinya .. Dia hanya tau , tulis dan post...
Bagi mereka yang bermain cara strategi , pastinya mereka inginkan kejayaan .. Jangan bohonglah berblog semata mata meluahkan rasa terpendam ..Kalau benar , tak perlu beria blogwalking dan tinggalkan link... Jika benar , dia adalah nun kategori yang terakhir tadi tu ..
Cepat naik... tu yang patut berlaku dalam dunia blogging ni.. dia kena bijak untuk cepat naik.. Cuma bezanya , cara baik atau cara keji !
Kenapa cepat turun lak bila dah cepat naik ? Sebab tak tau atau tak nak maintain kedudukan dia .. Haaa...Sepatutnya bila dah berada di atas , itulah yang patut dia buat , amik kesempatan .. Amik kesempatan dengan mengekalkan kedudukan yang panas tu dengan membuat entri yang lebih bijak dan berinfomasi .. Kreatif gitu ..
Biasanya apa yang berlaku , mereka harapkan 'panas' tu sampai ke petang .. namun sebaliknya yang berlaku.. ini adalah silap sendiri.. Namun dia ada pengalaman yang bakal dia gunakan nanti bila berada diatas kelak ... sekali lagi ! Ini dipanggil pengalaman ..
Berbeza dengan yang naik perlahan lahan .. kononnya biar lambat asal selamat .. Ya betul .. ada yang sampai.. dan ada yang terbengkalai langsung ! Huhu.. lagi kes naya ..
Sebenarnya bagi aku , dalam dunia blog ni hanya ada satu je penentu kejayaan seseorang blogger tu .. MINAT YANG MENDALAM TERHADAP DUNIA PENULISAN ... Dan bukan isu popular , berjaya atau tidak ... Jika benar dia berminat , maka dunia blog miliknya ... Mereka akan bicara mengenainya ...
Seperkara lagi ... hati hati bila nak berjaya .. Ada yang melangkah dengan penuh bergaya namun tersungkur bila terlalu asyik ... Ada yang melangkah dengan berhati hati tapi terlalu lembab... dan ketinggalan akhirnya ..
Kena bijak.. Sederhana sudah pasti tapi jangan lembab dan berlagak ..