Hurm.. aku dah fikir masak masak ... aku nak join mereka ! Tak kira apa pon nak kata dah .. Aku lakukan demi kesejahteraan aku dan mereka jugak.. Tak sanggup dah nak menyimpan rasa ..
Ramai dah buat pemBERSIHan dalam FACEBOOK mereka ! Aku pon nak BERSIHkan FACEBOOK aku .. Semakin banyak 'rumput' dan 'lalang' .. Sedangkan 'rumput' dan 'lalang' tu dulu mendamaikan .. tapi sekarang , bisa mengatalkan kaki aku .. Tungau pon banyak ...
Aku buat bukan kerana benci .. Bukan kerana sakit hati.. bukan kerana iri hati .. Tapi kerana tak nak menjemput dosa di kedua dua pihak .. Biarlah begini .. Walaupun dulu bertepuk tampar, kini hanya memandang dari jauh .. tak pe lah ..
Aku bukanlah mencari teman yang menganggukkan kepalanya bila aku berbicara .. tapi aku mahukan teman yang menegur aku di depan muka .. Bicara dengan penuh ilmiah .. Menegur dengan ikhlas dan bukannya di belakang aku ..
Ya , aku pun bukanlah sempurna.. aku pon ada kesilapan.. terlalu hina insan ini .. Sebab itulah aku amik langkah ini memandangkan masing masing hanya memandang dari jauh .. Biarlah aku mulakan langkah ini .. Aku tak kisah jika aku dibenci.. aku rela dari menanggung dosa ..
Maaf ,sampai sini persahabatan kita .. Jika ada jodoh , kita bersalam di satu hari nanti ... Akan aku nanti hari itu... Saat itu , kita tolak semua sengketa kita .. Tapi buat masa sekarang , ini jalan terbaik ..