Ramai ingat , aku dah boleh goyang kaki bila dengar trafik aku dah beribu ribu sehari .. Hurm... Aku dah tukar strategi .. Dan strategi aku ni memerlukan aku bekerja dengan lebih keras lagi.. Dan penukaran strategi ni menyebabkan aku kerugian lebih 2 ribu UV (unique view / pembaca ) dan yang tinggal hanyalah pembaca setia saja ..
Penukaran strategi yang aku maksudkan adalah tidak lagi mempromosi entri di group group facebook seperti mana yang aku kerap buat sebulan dua yang lepas .. Begitu jugak dengan ping web.. tak lagi aku singgah .. Ada la sesekali dua .. tu jer ..
Hurm.. serius cakap .. tak langsung .. Dan aku tak mungkin akan goyang kaki punya .. Sememangnya aku akan update setiap masa walaupun trafik aku mencecah 10 ribu sekali pon..
Ini kerana aku punya blog adalah journal aku.. diari kehidupan aku.. Yer , mmg tak sebest penulisan blog lain tapi inilah perbezaannya.. Identiti blog aku .. Dan mungkin kata aku gila atau tegar .. Entah , sekali hati aku berbisik untuk berbicara , maka aku akan menulisnya di blog ..
Cuma beza skang ni , entri aku dah tak sebanyak dulu.. bermakna aku update atau tidak , tetap akan ada yang masuk.. Itu satu perubahan yang aku perasan dan ianya satu petanda baik yang mana mungkin lagi 2-3 tahun , akan senantiasa ada pembaca setia singgah sini setiap masa tanpa aku promosi lagi ..
Yang pasti... usaha membuahkan hasil .. Jangan dok kacau orang .. kacau blog sendiri .. baru berbaloi !