Wanita di bandar raya New Delhi , India tidak lama lagi boleh mengatasi sesiapa yang cuba menyerang mereka dengan hanya menekan satu butang telefon untuk meminta tolong kepada pelbagai pihak, termasuk ahli keluarga dan polis.Butang itu juga menghidupkan penggera di laman sesawang sosial mangsa.
Polis berkata, satu daripada setiap empat kes rogol di India berlaku di New Delhi.Biasanya, mangsa ditarik ke dalam kereta dan dirogol beramai-ramai ketika kenderaan itu dipandu sebelum mangsa dicampakkan ke tepi jalan. Data polis India menunjukkan, berlaku satu kes rogol bagi setiap 18 jam.
Namun, melalui kemudahan Fight Back itu, wanita boleh menghantar mesej kecemasan berserta lokasi tepat kepada lima pihak, termasuk polis. Ia juga dipaparkan dalam Facebook dan Twitter. - Hmetro
Perghhh... Dasat ! Kat Malaysia pon kena ada gak ni ! Kalau ada di pasaran , aku nak dapatkan satu , untuk aku gak ! Yelah , sekarang ni , perempuan rogol lelaki pon ada tau ! Lelaki rogol lelaki pon ada ! Haaa... Dunia semakin menuju puncak dah ..
Semakin tak sedar kita .. Bala yang turun satu persatu namun masih ramai yang leka dengan kehidupan duniawi seolah olah tiada maut buat kita ..