Sinopsis ni aku amik dari Youtube yang mana ada bagi video Hoore Hoore penuh punya .. hehe .. Tqqqq …
“ Filem ini mengisahkan seorang wanita Nurul Aiman(Farah Nazirah) yg mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, lurus bendul tapi berhati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia(Adibah Noor), dan ayahnya bernama Hairil (Harun Salim Bachik) .Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah(Fauziah Nawawi) dan tinggal bersama mereka. Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari (Akim AF7), seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. “
Selepas aku terdengar sok sek sok sek mengatakan movie Hoore Hoore ni best sangat , aku tergerak hati nak tengok apatah lagi para pelakonnya ramai yang baru ..
Movie ni lama dah aku dengar orang kata bagus sayangnya promosinya tersangatlah lembab sekali .. Kenapa ? Aku pon tak tau .. Tapi begitulah di Malaysia ni .. Filem yang bagus , promosi kureng.. Yang tak bagus , serupa kasi promote macam bagus giler . Tapi bila tengok ? Hampeeh ..
Maka semalam aku pon layanlaaahh .. Baru 30 minit aku layan , aku berenti ! Kenapa ?? Hehehe .. Aku on laptop aku , aku g cari blog atau web yang ada video ni untuk aku download ! Jadi , faham faham je la eh .. Hehehe ..
Menghiburkan dan dalam pada masa sama punya sindiran sinis .. Baekk punyaa .. hahaha .. Tahniah buat penerbit dan pengarah serta para pelakon tetapi takziah kerana gagal capai sasaran . Tapi tak mengapa , ianya menarik dan sesuai ditonton sepanjang zaman .. Tak de la macam filem filem tu haaa ..
Ada banyak lagi movie melayu yang free kat youtube tu haa tapi malas nak tengok .. Sbb banyak sangat yang nak tunjuk Malaysia ni ganas .. Ganas sangatkah ? Yelah kot .. tapi pelik camana malaysia boleh dikatakan negara yang terselamat untuk diduduki sedangkan dalam movie kebelakangan ni , banyak benar keganasan .. Hehe ..
Tak tau .. tak tauu ..