Haih .. jap je anak aku ni membesar .. Tau tau pandai dah rindu kat mak dia .. Bila ada mak dia , lena giler tidur woo .. Kalau takde , haih .. tidur jap jap jer .. Anak omak ni ..
Hurm .. Semalam , seharian dia kat rumah mak aku dan dijaga jap jap oleh mak aku , ayah dan aku .. mmg dia wat perangai agak pelik skit la .. Kuat benar tidur .. Tapi tidurnya tak lena walaupun ada aircond. Seolah olah dia tau mak dia takde kat rumah .
Bila petang , nampak mak dia .. Mak aihhh .. terus sengihhh .. Melekat terus kat mak dia .. Dan bila nak balik tu , mak aku siap cakap kat dia ,
“ Qhaliff nak balik tinggalkan tok ehhh .. “
Senyum sampai ke telinga kooo .. hahahaha .. Terasa mak aku .. hahaha .. Punya la rindu dia kat rumah dia tu haa ..
Dan , bila naik je kereta , dia terus tidur lena walaupun dh sampai rumah .. Anak beranak tidur bersama ..
Aku gaakk sambung mengupdate blog .. Huhuh .. Oh ya , gambar Qhaliff, takde sehingga HTC aku dpt semula Khamis atau Jumaat ni.. Terbang gak RM700 .. Huhuh..