Janganlah ego wahai wanita ..

by - Isnin, Julai 23, 2012

 

Aku akui aku tak sebaik mana pon . Begitu juga ahli keluargaku mahupun isteri ku sendiri . Kami masing masing punya kelemahan .. Tapi aku sebagai lelaki dan juga rakan rakan pembaca blog aku ini yang terdiri dari lelaki , akan memberikan komen bernas atau pandangan mereka mengenai wanita ..

Kami (lelaki ) beri komen , sbb kami nak jaga diri kami dan juga wanita disekeliling kami. Bila kami buat begitu , secara automatiknya , ahli keluarga kami yang terdiri dari wanita pon akan selamat.. InsyaAllah ..

Kenapa ada wanita nak melenting bila lelaki ungkit bab AURAT ? AURAT wanita bagi lelaki sangatlah merbahya. Mungkin perempuan tak kisah tetapi lelaki kisah sbb lelaki punya NAFSU !

Kalau bukan lelaki yang menegur perempuan , sapa lagi ? ALLAH dan Rasulullah s.a.w dah pun menegur di dalam AL-Quran dan hadis tetapi tak diendahkan. Ulama dan para ustaz pon dah bagitau .. Pon tak kisah . Jadi yang tinggal cumalah kami , lelaki yang jahil bab agama inilah memberi nasihat !

Bukan apa , kalau korang ( wanita yang ego ni ) menjerit mintak tolong sbb diganggu oleh lelaki yang gatal , sapa nak datang tolong ? Tunggu ahli keluarga korang datang ke ?

Kitaorang , kalau ikutkan , mmg nak sangat la cuci mata tengok tubuh badan wanita yang gebu tu haaa .. Menda free weehh .. mana ada lelaki nak tolak ?? Tapi disebabkan janji Allah pada mereka yang ingkar ni akan balasan di akhirat kelak , kami sedaya upaya nak elakkan semua ni .. Tapi kalau perempuan sendiri berlagak kononnya , aurat mereka tu hak mereka ( dan mampu jawab di akhirat kelak ) , lelaki nak kata apa ? Kalau mampu elak ,elak la.. Kalau tak mampu , mmg jadi bahan percuma dek mereka yang dah tak larat nak tutup mata !

Sedih bila ada orang yang mengaitkan mak bapak mereka yang alim dengan perangai anak yang serupa macam hantu terutama bab aurat bila berjauhan dari ibu bapa mereka . Jangan kaitkan sama sekali .. Mak ayah dah bagi didikan. Akal ada .. Pakai laa .. Lagi pon semua ni dugaan dari Allah ..

Otak ada , tapi letak kat microwave .. Bikin malu. Kalau dah terasa tu , berubahlah .. Jangan cari alasan untuk terus hidup bergelumang begitu ..

You May Also Like

22 comments

  1. kadangkala mrk2 yg ego ini mrasakan bhw segala tragedi yg diuar2kan media massa x mungkin tjadi pd mrk....pd pdapat sy la~

    BalasPadam
  2. wanita akhir zaman kah .?
    wallahualam ..

    singgah sini .,
    http://feenassichiby.blogspot.com

    BalasPadam
  3. saya pun xtau nak cakap pe abg ben pasal hal ni.. sy sendiri pun hari2 terpaksa hadapi org perempuan yg begini. nak kata budak2 lg kalau kawin dh tentu2 boleh beranak. sedangkan bangsa & agama lain pun boleh tau aurat wanita islam tu macamana..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum abg Ben. Sebagai Manusia sememangnya kita perlu mencegah kemungkaran. tak tahu kenapa mereka cepat melenting kalau ada org tegur benda2 mcm ni. Islam dah menggariskan wanita itu sepatutnya menutup aurat. Jadi, alasan mcm belum sampai seru tu sememangnya tak boleh diterima dan tak der langsung alasan yang boleh diterima. orang yang menegur hanya menjalankan tanggungjawab sbg khalifah atas muka bumi ni. Orang yg ditegur pulak, tak perlu nak bandingkan diri dgn org yang sama mcm kita, bandingkan yang lebih elok dari kita. Baru kita akan nampak perbezaannya. TQ

    BalasPadam
  5. betul tu abg ben kalau bukan kita sebagai lelaki, takkan lah nak tunggu pokok2 kat tepi rumah tu tegur dorang kan, dah la mereka dalam tak sedarnya sesuka hati jer sharekan saham dosa dorang tu dekat suami, ayah dan adik beradik lelaki yang lain. bukannya nak perli kaum hawa ni just nak ingatkan jer

    BalasPadam
  6. Mudah-mudahan mereka dengar apa yang abang ben cakapkan..

    BalasPadam
  7. hemmm... Kdg kdg kita dah naik muak tgk bangsa sendiri tayang body... Nak tgk, dosa... Tak tegur saham... Dalam hati je la mampu berdoa.. Tp jgn lupa dgn org yg btudung tp dedah sana sini.. Yg dah terdedah, usaha kita nak tutup tp yg separuh tutup lg ramai.. Cmner dgn dunia skg ni...

    BalasPadam
  8. suka dengan entry ni.. sangat memberi kesan... selagi mampu kita nasihati.. yang penting kita dah lakukan apa yang Allah suruh..

    BalasPadam
  9. kita memang susah nak terima nasihat, saya pun kadang kadang macam tu..pempuan ni melenting sebab dia orang rasa diaorang salah tapi tak nak akui..nak nak bab aurat ni..sedar sedar lah wahai wanita, kita ni memang lemah..Selagi orang tu masih mampu beri nasihat, terimalah..hidup kita juga yg senang..Allah pun redha..

    BalasPadam
  10. bukan salah makbapak.. sebab mak bapak dah bagi didikan yg sempurna.. diri sendiri yg perlu berubah ke jalan kebaikkan.. kalau susah nak terima teguran atau nasihat masuk je dalam peti ais duduk diam2

    BalasPadam
  11. semoga di bulan mulia ni kita sama2 menjadi lebih baik ^^ aminn

    BalasPadam
  12. kadang2 mereka ni bukan tak tahu... dah tahu yg dedahkan aurat tu berdosa... kadang2 sy tahu jugak mana silapnya... mak bpk, diri sendiri ataupun org sekeliling... bg sy itu semua itu bergantung pd keimanan diri sendiri... iman seseorg tu yg menukur keperibadian individu tersebut... bg sy semuanya bermulanya diri rumah... kalau di rumahnya elok makan elok lah anak2nya... begitu juga sebaliknya...

    BalasPadam
  13. tegur tak salah.. tp jgn terlampau menyindir kaum hawa & terlampau tunding pasal aurat kaum hawa smpai ada yg lupa kaum adam pun ada aurat. dalam dia dok point satu persatu aurat perempuan tetiba profile pic FB pakai seluar paras lutut bila duduk nampak peha berbulu.. Nasihat menasihati tu tak salah.. tapi tu la kalau asyik point sebelah pihak jer.. mungkin akan mengundang perasaan tak puas hati. bila tak puas hati mula la dia nak korek apa tak kena pd kita utk di jadikan senjata serang balas.. kan dah jd benda tak baik. Asalnya niat tu dah baik..

    BalasPadam
  14. rasanya diorang prefer nasihat yg berhikmah, yg mkn dalammm kot...:-) takmo yg perli2,atau sound direct.ym pun tak tahu, just guessing drpd pndpt2 kwn2 dulu...mungkin juga pendekatan skrg sudah berbeza dan sgt2 mencbr.kita sama2 doakn yg terbaik utk mereka di samping cuba tjkkn teladan yg terbaik, insyaallah.:-)

    BalasPadam
  15. insyaallah kalau tegur dengan cara berhemah dan lembut, sinis dalam sopan wanita tu sepatutnya menghargai teguran dan bukan melenting. Kadang2 kalau x kene cara memang cpt hot pompuan akhir zaman ni (termasuk diri sendiri). We women are not perfect dan memang sgt susah, kuat dugaannye menjaga aurat. bertudung juga x semestinya aurat ditutup rapi. yg paling penting doakan dia berubah. sy juga pernah ditegur dan sy sangat hormati teguran itu dan minta dia doakan agar terbuka hati untuk menjadi yg lebih baik. Wallahualam..

    BalasPadam
  16. :)) apepun aurat wajib ditutup.. wanita sekarang lebih cerdik abg ben.. cerdik dari semua segi sampai bab aurat pun dia nak pusing .. -,- sebab tu laa banyak alasan dia bagi..

    BalasPadam
  17. aku memang setuju. nak nasihat orang zaman sekarang ni kadang2 banyak sangat pantang larang, takleh nak tegas dan keras2, padahal zaman dulu itulah cara mendidik yang betul. Mungkin Malaysia ni aman kot, pakai terbuka sana sini rasa rileks. cuba bagi kat area ramai orang gila sex. mau tak dorang masuk kes rogol raba sume.

    BalasPadam
  18. sbg manusia, kita perlu sentiasa menyedari di mana kita berdiri. Jagalah diri sebaiknya dan keluarga kita serta org yg kita syg agr terhindar dr pkara yg tidak elok.

    BalasPadam
  19. biarpun saya juga perempuan namun saya juga berasa malu bila dah ditegur macam ni..
    percayalah bila kita share jer entry ni d FB, memang akan ada perempuan2 diluar sana yang masih tak sedar diri akan melenting.. katanya itu antara dia dengan Tuhan dia.. kita cuma menegur ke arah kebaikan..

    BalasPadam
  20. sebagai orang Islam kita wajib menegur jika berlaku kemungkaran... Kalo kita tak tegur, kita pun dapat dosa sebab bersubahat... pada En.Ben, jgn putus asa....

    BalasPadam
  21. Abg Ben, nanti kalau boleh wat entri pengacara tv / artis yang tak bertudung tapi bila ramadhan kononnya hormatkan ramadhan pakai tudung tapi separuh nampak rambut.. macam makin mempersendakan hukum plak.. konon nak tambah pahala jd dosa berganda. sakit hati sgt tengok tapi takda mufti yg berani tegur.. tp itulah, kalau pemimpin tunjukkan tauladan yg baik mungkin kurang sikit masalah macamni. tapi nak salahkan mereka tak boleh jugak pasal mungkin ikut fesyen bini pemimpin tertinggi

    BalasPadam
  22. Syukur alhamdulillah..
    Entry yang sangat saya suka.
    SYABAS En. Ben!!!
    Moga dapat membuka mata, minda dan hati mereka di luar alam nyata mahupun alam maya.

    BalasPadam