Bayi nazak pecah usus akibat didera .

by - Khamis, Julai 26, 2012

 

image

Berpeluh aku dengar tadi sewaktu memandu pulang dari KL tadi. Aku tak berapa sihat sangat sebenarnya tapi terpaksa ke KL sbb nak amik HTC aku tu . Maklumlah , segala urusan kerja aku ada kat situ ..

Bila terdengar berita ni , aku geleng kepala .. Haihh .. Mudahnya melempiaskan amarah pada si kecil yang tak tau apa apa langsung kecuali senyum , ketawa dan menangis tu ..

Emaknya 22 tahun.. Teman lelaki dia , 19 tahun.. Wehhh , 19 tahun di zaman ni ..maaf cakap la yer , seluar dalam pon ada yang mak basuhkan lagi ok ! Yang benar benar matang di usia ni , sikit sangat ! Haihhhh .. Zaman dulu , 9 tahun dah boleh urus rumah .. Tak kira lelaki atau perempuan .. Zaman ni ? Tu pon pandai dah nak bercinta .. adoiyai ..

Sekarang apa jadi ?  Bercinta tu , pandai pandai la pilih pasangan .. Jangan takat pandai cakap , muka kacak atau jelita, dah sauk untuk dijadikan pasangan hidup .. Teliti betul betul .. Penting wooo .. Kalau sebelum kawin pon , dah pandai naik tangan , bayangkan selepas kawin .. Hurm ..

Untuk kes ni , tak tau nak kata apa … Semua dah cukup pandai dan matang .. Tegur , melenting .. Panggil kawan ramai ramai, pastu belasah si penegur tu .. Tak tegur ? Inilah jadinya ..

Akal ada , pakai ..

 

Sumber : Hmetro

You May Also Like

10 comments

  1. sedih juga baca pagi tadi berita ni.. muda muda dah ade anak, pastu tak reti nk terima kenyataan yg tu ank tiri, pastu belasah la baby tu.. geram je tengok

    BalasPadam
  2. sedih baca berita ni. sgt kejam n x berperikemanusiaan! umo 19thn zaman skang ni mmg x brp nk matang. zaman dulu lain la kan. terimalah hukuman di akhirat nnt. semoga baby tu cepat sembuh dan kuat hadapi dugaan ini.

    BalasPadam
  3. kenape la makin kejam manusia skunk ni..?baby manew taw apew2..xdew perikemanusiaan sungguh..semoga anak kecil tu dapat pulih seperti biase...
    ni yang lagi menguatkan alasan untuk tidak menghantar anak pade owg lain..

    BalasPadam
  4. dulu ms blum dpt ank... baca cerita mcm ni mmg sakit ati dan geram... bila dah ada ank... perasaan geram tu berganda2...

    BalasPadam
  5. dulu umur 9 tahun dah pandai cari duit sendiri, basuh baju sendiri. sekarang ni, umur 20 tahun pun xreti nak basuh baju lagi. bila tegur, kita yang kena (bab gaduh hero la umur macam tu, nak tnjuk macho kunon) tapi tak tegur macam ni la jadi. kalau nak lampias marah, cari la sama baya, bertumbuk tendang segala bagai. baru kena buku dengan ruas. ni pada budak kecil, apa barang..

    tu baru teman lelaki. sesedap rasa ja nak hentam baby tu.(huh emonya bila dengar, dah berapa kali baby jadi mangsa)

    BalasPadam
  6. takleh nak cakap ape..
    sedey nyer..Ya Allah..
    sampai ati betul!!

    Ya Allah,
    semuga Azizul Hakim sentiasa dalam lindungan Mu..

    BalasPadam
  7. tak leh terima berita macam ni... hati seorang ibu macam nak pecah bila tengok berita macam ni...

    BalasPadam
  8. mengalir airmata saya baca berita ni.. apala salah budak tu didera sampai macam tu sekali.. sah lah lelaki tu tak der otak nak fikir.. semoga lelaki tu dilaknat oleh Allah... sangat2 sedih mengenang nasib bayi tu..

    BalasPadam