Salah Faham Tentang Penyusuan Susu Ibu

by - Rabu, Julai 25, 2012

 

Sekadar perkongsian artikal.

 

Saya tidak mahu payudara yang kendur!”
Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.

Penyusuan susu ibu menyusahkan.”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan
anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos!

Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”
Penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.

Menyusukan bayi? Jangan haraplah.Tidakkah ia menyakitkan?”
Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.

Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”
Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.

 

image

You May Also Like

14 comments

  1. kalau baby gigit lak camner?? pernah dgr ade ibu yang lempang anak tengah nyusu sebab kena gigit.. camner lak tu?? hehe

    BalasPadam
  2. @amengs88

    Apabila ini terjadi, alihkan bayi perlahan-lahan dan katakan dengan tegas, “Jangan gigit mama.”
    Serahkannya kepada orang lain untuk seminit sebelum mengambilnya semula untuk disusukan.

    Ini mengajarnya bahawa dia tidak dapat menyusu jika dia menggigit.
    Jika bayi menggigit pada penghujung penyusuan, cuba lepaskan hisapannya lebih awal sedikit daripada kebiasaannya (setelah dia kenyang).

    Bayi mungkin menggigit jika dia mengalami selsema atau hidungnya tersumbat kerana ini boleh menjejaskan cara dia menghisap. Dia juga mungkin menggigit ketika mula tumbuh gigi.

    Cuba berikannya sesuatu untuk dikunyah sebelum dan di antara penyusuan seperti gegelang gigit, tuala muka yang dibekukan atau
    jari anda.

    BalasPadam
  3. setuju & sokong penyusuan susu ibu.. sekarang banyak alat boleh guna pump bagi anak susu

    BalasPadam
  4. saya lebih galakkan anak saya breastfeeding. tapi dia stop bila umur dia dah 7 bulan lebih... sangat2 rugi...

    BalasPadam
  5. Auuuhhh.. cik mama selalu gak kna gigit msa menyusukan anak, ermmmm memg betul apa yg abg ben tulis tu.. selalu dia gigit bila terlena msa menyusu.. redha jerlaaa

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Saya bersyukur kerana dpt bf anak2 sy. Ketiga2nya. Sekarang bf anak yg ketiga dah msuk 2bln, bulan puasa? Tidak ada mslh. Makanlah pemakanan yg betul utk tambah/cukupkan bekalan susu. Minum air byk ketika sahur dan berbuka. Saya sendiri akan pam juga di rumah jika terasa padat/bengkak susu. Bole simpan dan beri ketika perlu. Penyusuan dgn susu ibulah yg terbaik! ;)

    BalasPadam
  7. Breastfeeding is the best.

    Breastfeeding @ breastaurant...anytime, anywhere & hygiene ☺☺

    BalasPadam
  8. “Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!” << Tipu!! kekekekekekekeke

    BalasPadam
  9. saye EP mom sampai 10 bulan je mampu... baby tanak direct sgt dari kecik n 4 months mmg tanak direct lgsg.. 6 bln tumbuh gigi dah...seb baik dia tanak dah..mahu putus kot nnt sbb mmg dia ganas.. hohoho

    BalasPadam
  10. 1st sekali...congratulations abg ben!
    bagus breastfeed..daddy kena sokong wife selalu...nak seribu daya tak nak seribu dalih khennn ;)

    BalasPadam
  11. sgt berbangga dpt susukan anak TANPA SUSU FORMULA n yg penting sokongan dr hubby.hubby kate susu lembu utk anak lembu,susu ibu utk anak ibu.sape kte utk amek hak anak lembu,dan sape kte utk menafikan hak anak?susu ibu hak anak,nt kat akhirat xkn nk jwb xnk bg hak anak sbb tanak payudara kendur???

    BalasPadam