Nak sambut Aidilfitri bersama yang tersayang kan ?

by - Ahad, Julai 29, 2012

 

Malang tak berbau .. Kereta Proton Wira yang dinaiki empat sahabat hancur berkecai selepas terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km18, Jalan Kuantan-By Pass dekat Kuantan, Pahang, malam Sabtu. Dalam kejadian 11.15 malam itu, pemandu dan tiga penumpang Proton Wira maut selepas kenderaan itu melanggar sebuah treler yang keluar dari simpang sebelah kiri sebelum sebuah kereta jenis Honda merempuh bahagian belakang Proton Wira berkenaan. Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta berkenaan Mohd Shahidan Shaari, 26, Mohd Shahafiz Othman, 22, Muhd Taufik Abd Rahman,20, dan Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19. -foto Bernama / Mstar..

 

Al-Fatihah buat semua mangsa kemalangan di atas .. Takziah dari saya.

Pesanan buat rakan pembaca di blog ni .. Bila pegang stering kereta , ingatlah mereka yang tersayang .Jangan nak cepat sampai , jadi tak sampai langsung .. Sian .. Rasanya banyak dah nasihat dan amaran dikeluarkan tapi sayangnya masih ada yang rasa jaguh di jalanraya .. Kalau tak sayang nyawa , ingatlah mereka yang sayangkan nyawa anda ..

You May Also Like

5 comments

  1. kejadian ni jd simpang nk msok umah sy n sy ade kt tmpy kejadian :( sedih sgt tgk keadaan tu :( menurut kate saksi kt sane lori tu kluar jln melulu x tgk kete yg laju kt blakang tu.. takziah n al-fatihah..

    BalasPadam
  2. sama 2 kita muhasabah diri... berhati-hatilah...

    p/s: mcm tak caye.. entah kenapa.. hihik.. betul rasa mcm x caye.. deno mimpi abgBen datang berbuka kat umah deno.. hahaha.. pelik betul.. hihik :p

    BalasPadam
  3. alahai, muda2 lagi mereka semua tu :(
    sentiasalah berwaspada, tengok kiri, tengok kanan, jgn fikir diri sendiri je..

    BalasPadam
  4. Rasenye salah lori tu tgk berita tadi. Tapi yg naik kereta jadi mangsa. Alfatihah utk semua yg meninggal dunia. Sedih every year mst ade kemalangan ngeri mcmni:/

    BalasPadam
  5. Astaghfirullahalazim... ingatlah orang2 yang tersayang dan menyayangi kita...

    BalasPadam