“Tolong! Kenapa Susu Saya Tidak Cukup?”

by - Khamis, Julai 26, 2012

 

Susu ibu laaa .. Aku mana ada susu .. Susu bukan sekadar air pada bayi . Ianya adalah segalanya buat si kecil ..

Jom baca ..

 

Masalah susu

Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannya
mudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar.

Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan  mestilah tidak melebihi 2 jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

  • Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid
    Pemakanan.
  • Banyakkan minum air sepanjang hari.
  • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
  • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien
    seperti senarai di bawah:

image

* Makan makanan yang halal yer .. Yang ada khinzir tu , jgn la mengada lak eh  ..

Setahu aku , kurma , badam bagus dimakan oleh ibu yang menyusu. Yang penting , tamo stress la eh .. Suami suami tu pon , jangan kasi isteri anda tu stress .. Kang , anak tak makan kangg ..

Berhati-hati!

  • Hadkan pengambilan teh dan kopi kerana minuman ini boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu aktif.
  • Awasi pengambilan alkohol kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu.
  • Cuba elakkan daripada mengambil sediaan herba terutamanya jika bayi anda mengalami jaundis atau dilahirkan pramatang.
  • Jangan ambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.
  • Jangan merokok atau biarkan diri sendiri dan bayi terdedah kepada asap rokok kerana ini boleh menjejaskan penghasilan susu.

 

Masalah Payudara

Apa patut saya lakukan jika puting saya
leper atau tenggelam?”

Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara.

Payudara saya bengkak, keras dan ia
menyakitkan saya. Apa yang
berlaku
?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul.

Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan jaram panas atau suam ke atas payudara anda. Jika payudara masih rasa keras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan kandida, penggunaan pengepam payudara yang
tidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor.

Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih. Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian.

Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun, krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya, sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.

“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptomsimptom seperti selsema. Segeralah berjumpa
doktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya, teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.


“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit
pada payudara. Ada yang tidak kena?”

Ini bermakna salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke
bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.

 

Semoga perkongsian maklumat ini dapat membantu .. InsyaAllah ..

 

Sumber :

image

You May Also Like

8 comments

  1. terima kasih abg Ben atas perkongsian ini

    BalasPadam
  2. info yg bagus utk sy yg bakal jd ibu bln 12 ni.. thanks abg ben.. :)

    BalasPadam
  3. Patutla budak kecik tu aktif memalam...ari ni no more teh utk berbuke...

    BalasPadam
  4. good infor. tuam breast mmg dpt kurangkan rasa sakit & at same time mudahkan milk production. mama dulu tak guna tuala panas, tapi beli hot & cold water pack size kecik dr farmasi and guna tu je utk tuam.

    BalasPadam
  5. sejak bila bang ben ni pandai cerita pasal susu.ngeh ngeh

    BalasPadam
  6. waahhh... En Ben sudah mula menulis tentang BF pulak yer..

    BalasPadam