Berpeluh aku dengar tadi sewaktu memandu pulang dari KL tadi. Aku tak berapa sihat sangat sebenarnya tapi terpaksa ke KL sbb nak amik HTC aku tu . Maklumlah , segala urusan kerja aku ada kat situ ..
Bila terdengar berita ni , aku geleng kepala .. Haihh .. Mudahnya melempiaskan amarah pada si kecil yang tak tau apa apa langsung kecuali senyum , ketawa dan menangis tu ..
Emaknya 22 tahun.. Teman lelaki dia , 19 tahun.. Wehhh , 19 tahun di zaman ni ..maaf cakap la yer , seluar dalam pon ada yang mak basuhkan lagi ok ! Yang benar benar matang di usia ni , sikit sangat ! Haihhhh .. Zaman dulu , 9 tahun dah boleh urus rumah .. Tak kira lelaki atau perempuan .. Zaman ni ? Tu pon pandai dah nak bercinta .. adoiyai ..
Sekarang apa jadi ? Bercinta tu , pandai pandai la pilih pasangan .. Jangan takat pandai cakap , muka kacak atau jelita, dah sauk untuk dijadikan pasangan hidup .. Teliti betul betul .. Penting wooo .. Kalau sebelum kawin pon , dah pandai naik tangan , bayangkan selepas kawin .. Hurm ..
Untuk kes ni , tak tau nak kata apa … Semua dah cukup pandai dan matang .. Tegur , melenting .. Panggil kawan ramai ramai, pastu belasah si penegur tu .. Tak tegur ? Inilah jadinya ..
Akal ada , pakai ..
Sumber : Hmetro