Alhamdulillah ..
Bayaran bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 kepada pesara kerajaan .
Belanja eh .. hehehe .. Berjimat la skit .. jangan bagi perabis .. Erk ,kakitangan kontrak (pks ) dapat tak ?
Alhamdulillah ..
Bayaran bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 kepada pesara kerajaan .
Belanja eh .. hehehe .. Berjimat la skit .. jangan bagi perabis .. Erk ,kakitangan kontrak (pks ) dapat tak ?
Kalau aku bagi sebotol je confirm cukup buat dia layan aku setengah jam .. Bagi 2 botol ?
Ok , daddy .. G la mandi .. Nak solat ke .. Nak update blog ke ? Nak g Alamanda pon sempat laaa .. Tak pe , Qhaliff tidur dulu yer , daddy .. “
Kalau tak cukup 2 botol ?
Tunggu 1.5 saat .. Baikkk punyaa laguuu .. Berdesing telingaa wooo .. Nak tak nak , kena bagi .. Lagi pon , dia semakin membesar tuuu ..
Apa ? Satu botol dalam 4 oz gitu .. Ok la kan ?
Sekadar perkongsian artikal.
“Saya tidak mahu payudara yang kendur!”
Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.
“Penyusuan susu ibu menyusahkan.”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan
anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos!
“Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”
Penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.
“Menyusukan bayi? Jangan haraplah.Tidakkah ia menyakitkan?”
Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.
“Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”
Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.
Sekadar perkongsian artikal .
Dalam bulan Ramadan ataupun ketika berbuka puasa, soalan ‘solat dulu ataupun makan dulu’ sering kedengaran.
Ini terutama dalam keluarga yang ada ramai ahli terutama anak-anak yang masih kecil yang dilatih berpuasa. Juga soalan ini kedengaran apabila kita dijemput berbuka puasa di rumah orang lain yang ingin melayan kita.
Makan Dulu
Ada orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Namun, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati penegasan yang sebaliknya. Antaranya hadis daripada Anas binMalik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah makan sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah semasa makan malam kamu.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, baginda s.a.w. bersabda:
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Riwayat di atas juga menambah bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, walaupun beliau mendengar bacaan imam.
Hikmah daripada arahan Nabi s.a.w agar mendahulukan makan ialah agar pemikiran kita tidak diganggu ketika solat dengan ingatan kepada makanan yang telah kita lihat terhidang di hadapan mata sebelum bersolat tadi. Ini boleh mengganggu kekusyukan solat seseorang.
Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Ini merangkumi semua solat, bukan khusus pada solat Maghrib sahaja. Kata al-Imam an-Nawawi (meninggal 676H) dalam Sharh Sahih Muslim mengulas hadis-hadis berkaitan: “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk”.
Dalam Faidh al-Qadir l-Imam al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut bahawa arahan ini merangkumi semua solat dengan katanya: “Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”
Salah Faham
Ini bukan bererti kita mengutamakan makan dari solat. Sebaliknya kita makan terlebih dahulu kerana ingin menjaga kekusyukan solat. Hal yang sama apabila kita dilarang bersolat dalam keadaan terasa ingin membuang air besar ataupun air kecil. Nabi bersabda: “Tiada solat (jangan dirikan solat) dalam keadaan makanan terhidang dan dalam keadaan menahan air besar atau air kecil” (Riwayat Muslim). Ini bukanlah bererti kita menganggap buang air besar dan kecil itu lebih utama dari solat, sebaliknya mendahului kedua perkara itu demi menjaga kepentingan solat.
Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam Fath al-Bari memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H): “Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”
Dengan itu, makan dahulu setelah makanan terhidang kemudian baru bersolat adalah sunnah Nabi s.a.w. Maka apabila makanan terhidang, ibubapa hendaklah memberikan anak-anak makan terlebih dahulu ketika berbuka, sehingga mereka selesai maka barulah bersolat. Inilah sunnah.
Melakukan susunan yang seperti itu, mendapat pahala. Namun makanlah dengan kadar yang diajar oleh Islam, bukan makan sehingga mengah lalu gagal bersolat dengan sempurna.
Tidak Makruh
Di sana ada cara untuk mengelakkan kemakruhan ini, iaitu elakkan menghidangkan makanan terlebih dahulu sebelum solat. Elakkan mata terpandang kepada makanan yang telah dihidangkan. Selepas selesai bersolat barulah dihidangkan. Namun, jika kelaparan itu kuat, bau makanan telah masuk ke hidung, sehingga ingatan kepada makanan sangat kuat sekali belum melihatnya, hendaklah dia makan terlebih dahulu.
Juga sudah pasti tidak makruh bersolat sekalipun makanan sudah terhidang jika keinginan kepada makanan tiada. Ini kerana punca (‘illah) larangan bersolat semasa makanan terhidang ialah agar tidak mengganggu kusyuk. Jika seseorang memang tiada keinginan kepada makanan, sudah pasti tidak menggangu kusyuk sekalipun makanan sudah terhidang.
oleh DR.MAZA
Pilhan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4
Selain dari makanan , aku ternganga tengok gambar makanan kat blog kak Azlita aka http://fromintankitchen.blogspot.com/ .. Hahaha.. Gila babas punya cun wooo … Haahah .. Adoi.. jeles gue ..
Ok ok .. Pencuci mulut ni Bubur Cha Cha Laici namanya. Resepinya asalnya dari majalah Nona .
Tak kira la sapa punya resepi pon , yang penting mampu membuatkan aku terliur tengok walaupun aku dah berbuka puasa ! Huhuh.. Sedappppp wehh ..
Dari semalam aku dah rasa tak sedap badan .. Tak tau la aku berjangkit dari sapa atau dari mana mainya virus tu .. Tapi apa yang pasti , aku kena jauh dari Qhaliff apatah lagi nak cium pp dia tu haa .. huhu ..
Baik aku je yang sakit dari dia .. Sian Qhaliff kalau dia yang selsema atau demam nanti .. Hurmm ..
Tu dok main sorang sorang je.. Alahai anak aku ..
Masih ingat lagi aku zaman sekolah rendah .. Kalau tandas murid tu , ada dua bahagian setiap tingkat .. Dah tau dah mana yang ok mana yang .. gulp .. Dan menariknya , setiap tingkat ada cerita tersendiri .. Menarik , sensasi hingga sanggup tahan sakit perut sampai ke rumah ? Kalau tak tahan , camana ? Part ni aku tak ingat sangat sbb sekolah rendah. Ingat tang tandas tu jer .. hehe..
Sekolah menengah .. Pun sama gak.. Setiap bangunan , ada tandasnya sendiri . pun tau dah , mana tandas yang selesa giler untuk menunaikan hajat .. Yang selebihnya ? Perghhh ….. Korang leh bayangkan sendiri laaa .. Apatah lagi bila tersumbat dan kena lak baru tolak pintu tandas tu.. Pengsaaaaaaaaaaaaannn wehh ! Pengsaaann ..
Tapi tandas guru ? Cun wooo .. Bersih dan berbau wangii gituuu .. Hahaha . Sian anak murid kan ? Patut la ada anak murid curik curik guna tandas guru .. hahaha ..
Menariknya kan , ada gak pelajar zaman aku tu , sanggup ponteng perhimpunan dengan g menyorok kat tandas .. hahaha .. Gilaa laa.. Tak berselera akuuu ..
Bila aku merasa menjadi guru sandaran ketika umur aku 24 gitu , aku ingatkan masalah tandas murid ni dah selesai apatah lagi zaman semakin maju .. Tapi , kesian.. cam tu gakk … Haaaihh ..
Tak guna pendidikan canggih dan moden atau boleh bawak hp mahupun guna ipad tapi tandas … hurmm… pikiaq la sendiri noo .. Tapi tak tau la skang .. Mungkin dah cun tandas sekolah skang ni ?
Nak letak gambar tandas tak ? Yang tersumbat tu.. ok ? Haha ..