Masa mula lahir ..
Skang ..
Hurm .. tak lama lagi , nak pandai bercakap dan berlari .. Abis la aku …
Masa mula lahir ..
Skang ..
Hurm .. tak lama lagi , nak pandai bercakap dan berlari .. Abis la aku …
Semakin banyak kes di paparkan di dalam akhbar , kebelakangan ini yang mana bayi tercampak keluar dari kereta .. Dari maklumat berdasarkan akhbar tu , kebanyakkannya si ibu duduk depan dengan anak kecil mereka .
Full stop . Aku tak nak memandai mandai bagi fakta betul atau salah. Tapi apa yang aku tau , tempat kanak kanak kecil adalah di belakang.
Begini kedudukan yang sepatutnya .. Walaupun belum tentu selamat 100% bila berlaku kemalangan tetapi cara begini mampu mengelakkannya dari tercampak keluar .. InsyaAllah ..
Ada yang kata tak mampu nk beli car seat untuk anak kecil .. Jadi mereka memangku mereka . Ini amatlah bahaya sebenarnya. Kereta kita boleh dihemtam dari pelbagai sudut sedangkan fokus kita adalah di depan saja. Bayangkan jika dihentam dari belakang dan si ibu sedang berbual dengan si suami yang sedang memandu . Pasti si kecil bleh terlepas kan ? Carilah car seat second hand atau yang murah asalkan anak kita selamat ..
Anak anak bermain dlm kereta .. Hurm… ni pon masalah gak .. Marah dah .. Larang pon dh .. Tapi degil .. Nak tak nak , kena la tegas skit . Jangan tunggu ada cedera baru nak nyesal .. Sebaiknya ,dari kecil lagi dh didik dlm kereta , duduk di tempat masing masing ..
Jangan sesekali ajar anak kecil duduk di tempat memandu. Hurm.. Ramai bapak dok rajin ajar anak kecil mereka bermain strering kereta . Hurm.. Ini mmg bermasalah. Bila mereka boring dalam kereta , mesti nak duduk kat seat ayah dan nak main stering sedangkan si ayah sedang memandu. Tak kasi menangis .. Salah sapa ? Masa ni , nak jerit pon tak guna kan ?
Segala keputusan awal mampu mengelakkan masalah di belakang hari .. Fikir sblm bertindak ..
Yang aku kenal dlm cerekarama ni , Dato Rahim Razali dan Nora Danish. Yang lain , kenal muka jer .. Heheh .. Tak penting pon kan ? Sbb tak masuk ujian .. Tapi yang penting , cerekarama ni memberi impak pada penonton terutama yang patah semangat dalam kehidupan mereka .. Yup, peluang kedua ..
Dikatakan cerekarama ni meniru idea dari filem Indonesia , Mihrab Cinta , namun aku tak kisah sbb apa yang dipaparkan dlm cerekarama ni mengandungi pengajaran dan tidak pun ‘berniat’ nak kaut keuntungan. Lagi pun cerekarama Maafkan Aku ni dibuat agar lebih sesuai dengan citarasa penonton Malaysia . Simple tapi berbaloi ..
Aku tak perlu bandingkan dengan filem Indonesia kerana pastinya tidak adil kerana Maafkan aku cumalah sebuah dram berbanding Mihrab Cinta , sebuah filem .. Kalau tak silap aku la.. Kalau silap , maaf la yer .. Tak penting pon kan ? Yang penting , kandungan yang disampaikan pada penonton.
Kalaulah dicilok untuk bikin drama atau filem untuk keuntungan tapi cerita entah hapa hapa yang mana pengajarannya 5 minit terakhir , yang tu mmg patut kena booo .. Bukan tak sokong tapi nak menipu penonton jer ..
Apa pon , sekali lagi .. tahniah buat semua yang telibat dalam drama ni dan juga TV3 ..
Kat Alamanda tadi .. Nak beli barang dapur .. Sebelum tu g amik kamera aku .. Settle satu kes .. Pastu nak cari baju wife n Qhaliff .. Kemudian baru nak g amik barang dapur kat Carrefoure ..
Sayangnya , selangkah lagi nak masuk , Qhaliff mula berbunyi.. Alahai.. Jam pon dah nak tunjuk kul 10 bermakna, nak tutup daaah.. Kalau nak g menyusu , tak sempat .. Maka , terpaksalah balik rumahh .. huhu .. Apa pon tak beli ..
Begitu gak pagi tadi masa g expo Parenthood kat Mid Valley.. Dah pilih barang nak beli , masa nak bayar .. Qhaliff mula berbunyi nak susu .. Nak tak nak , kena tinggalkan barang yg dipilih tadi untuk bagi susu kat Qhaliff dulu ..
Bila datang balik , barang tadi dah disimpan dn terpaksa pilih semula .. Huhuh.. Nasib baik mood Qhaliff dah ok .. Dapat gak la beli barang yg nak dibeli tu haaa .. Kalau tak ? Selamat beratus tadi .. hahaha .. Awat tak nangis jeee Qhaliff ??? Hahaha …
Alhamdulillah , demam dah beransur pulih .. Nak kena buat full medical check up .. Doc suruh .. huhu..
Cukup tensen kan , bila ada ‘kereta besar’ berada di belakang kereta kita sedangkan kita dalam kelajuan yang dibenarkan lalu mereka menghimpit kita ? Kan kan ?
Kalau kita wat dek , mereka bagi lampu besar berkali kali .. Waaaaduhh .. Apakah kepala otak mereka berada di bahagian tayar kereta ke ? Kalau lane tengah clear , mesti la kita terus ke lane tengah tapi bila lane tengah pon ada kereta , camana ? Nak suruh terbang atau pandu lagi laju ?
Aku tak kata semua pemandu berkereta besar ni berperangai begitu tapi semakin ramai dah mula bersikap begitu ! Malah ada yang bangga bila buat gitu wooo .. Bangga gila sbb kereta diorang boleh pandu laju tanpa rasa takut (mati) .
Hurmm.. Aku rasa la kan , kerajaan patut buat kategori saman berdasarkan CC kereta tu laaa .. Maklumlah , yang pakai kereta besar ni , poket pon besar .. Jadi takat saman 4-5 keping note seratus tu apadahal ..
Tensen skang bawak kereta kat jalanraya ! Semua gila nak sampai awal .. Tah apa yg dikejar pon tak tau laaa.. Kejar maut la kot ?
Pilhan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7
Amacam ? Sedap ? Rileksss .. jangan terliur .. Bila berbuka , minum air suam dulu … Kasi basah tekak .. Jangan balun air ais .. Mau terkujat nanti tekak tuuu ..
Pastu baru minum air MANGO LASSI... yang dibuat khas oleh otai maskn , Mat Gebu ni haaa .. Amacam ? Baru la start makan .. Makan pun tak la banyak sangat masuk sbb kenyang air kan ? Hehehe ..
Mangga , salah satu buah yang best dibuat jus .. ehehe .. Banyak khasiat dalam tu dari bedal air gas .. hehe .. kan kan ?
Akhirnya , untuk pertama kalinya aku join pertandingan online aku menang .. Hehe.. Join pon baru beberapa pertandingan jer .. Saja saja je ..
Dan kelmarin , aku g amik hadiah yang ditawarkan oleh Davidoff Malaysia yang bernilai hampir RM1000 .. Ok la kan ? Sapa nak bagi ?
Salah satu perfume , aku akan bagi pada rakan blogger yg akan kawin nanti sebagai salah satu hantaran perkahwinannya. Kira hadiah tu dari rakan pembaca blog BEN ASHAARI laa .. hehe .. Bukan dari aku jer ..
Yang lain tu ? Heheh .. Aku ingat nak buat giveaway , tapi aku bukan spesis buat giveaway .. Aku pakai sendiri ? Ok gak kot.. Yelah , aku pon dok berjimat cermat skang ni .. hehe ..
Tengok la nanti ..
One X takde dalam gambar ni .. Kotak je ada .. Hehe .. Dan siap ari Khamis ari .. Maka kembali melekat kat tangan aku 24 jam .. hehe..
Puashati bila antar kat service centre HTC sendiri . Yelah , segalanya ada warranty tanpa banyak cerita . Kalau hp baru beli tu problem abis , ada yang siap dapat baru .. Tu pon kalau kerosakkan dia teruk la .. hehe .. Bergantung laa ..
Walaupun harganya repair tu menarik jiwa sekejap tapi dari nak beli baru , repair je laa .. 2 hari je , dah settle .. apa susah kan ?
Aku dah test S3 .. Berbanding One X ngan S3 , kelebihan S3 cuma pada kamera .. Part lain , aku masih rasa One X better. Kapasiti storage tu , lebih pada S3 .. Ini cuma pendapat aku la yang dah try dua dua . Aku plan gak nak guna S3 , tapi bila dah try , aku prefer One X memandangkan aku adalah pengguna tegar HTC .. Sekadar pendapat amatur , okeh !
Ada yang tak kenal HTC tu brand apa .. Hehe .. tak pe , tak penting .. .. Jangan tak kenal agama dah ..
Tahun lepas , Qhaliff dlm perut lg .. Tahun ni .. lain ceritanya .. hehe.. Dan tkde la beria menunggu mcm tahun lps ..
Org , mmg ramai .. huhu ..
Berdasarkan gambar di SINI , ada aku tanya kat rakan rakan pembaca di blog aku .. “ Apa laaa abang la ni buat ? “. Dah sedia maklum , ramai yang ke masjid utk solat Jumaat pasti akan melelapkan mata dia sebentar ..
Tapi kan , apa yang menarik perhatian aku mengenai abang la ni ialah , mata dia terbukak sewaktu tidur ! Hahaha .. Camana aku tau ? 4-5 kali gak aku toleh kat dia memandangkan dia kat sebelah aku jer …
Kat tangan dia ,ada pegang surat khabar yang menarik minat aku untuk melihat kandungan di dalamnya . Tapi tak jugak dia selak ke mukasurat berikutnya .Masih di situuuu gakk .. Tu pasal aku pandang dia .. Tapi mata dia seolah olah tumpu kat suratkhaabar tu ..
“ Waahh .. Dasat ! “ . Bisik hati aku sbb mamat bangla ni beria nak mengejanya .. Aku berfikiran positif laa ..
Tapi bila aku tengok dia tersengguk sengguk tapi mata dia macam tu gak , maka ku confirm laaa … Dia sedang tidur dengan mata terbukak ! Hahaha.. Lawak la.. Respek pon ada .. Kesian pon ada ..
Macam macam laa perangai ..