Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 26 Julai 2012

“ Qhaliff , daddy kena marah ! “

 

 

“ 150/94 ! Tinggi ni untuk awak yang masih muda ! “ , doktor tu kata ..

 

“ Muda ke doktor ? “ , aku tanya kat doktor gitu dalam hati .. Hahaha ..

 

Dan doktor terus sambung bebel kat aku pasal darah tinggi .. Hurmm .. Malas nak terikat dengan ubat-ubatan ni ..

 

Selain dari tu , mmg doktor kata selsema aku teruk la.. Tekak pon mmg nampak ‘sakit’ .. Huhuh…

 

Sapa nak jaga Qhaliff ni ? Doktor suruh aku banyakkan berehat .. Hurmm ..

D.E.M.A.M

Makin teruk demam aku .. Bersin , selsema,batuk,sakit tekak... Pakej ..Kena berjauhan dari Qhaliff .. Bila bersin , perghhh .. sakit dadaa ..

Ni kat klinik .. Tunggu turn nak masuk .. Masih teruskan puasa ..Ada gak senasib ngan aku kt sini .. huhu ..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Makanan berbuka puasa pilihan BEN ASHAARI #6

 

Pilhan Ramadhan hari  ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5

Yummyyyy …Pilihan aku kali ke resepi masakan Kak Nor yang berada di Kuala Terengganu .. Heheh .. Dah penah g umah dia .. mmg sedap belaka masakan dia ..

Kak Nor atau http://www.secubitgaramnor67.com/ , juga otai otai masakan dalam dunia maya ni ..  Bukan sekadar masak je , gambar pon menarik wooo ..

Ok ok .. kenapa aku pilih UNGKEP AYAM STYLE JAWA ni ? Tentu la sebab ada ayam ! Aku ni ,hari hari makan ayam pon ok je .. Takde masaelah langsung laaa .. ok memanjang .. heheh ..

Jadi , untuk hari ni .. apa kata kita try resepi ni lak .. Hurmm .. terliur wehh …

Bayi nazak pecah usus akibat didera .

 

image

Berpeluh aku dengar tadi sewaktu memandu pulang dari KL tadi. Aku tak berapa sihat sangat sebenarnya tapi terpaksa ke KL sbb nak amik HTC aku tu . Maklumlah , segala urusan kerja aku ada kat situ ..

Bila terdengar berita ni , aku geleng kepala .. Haihh .. Mudahnya melempiaskan amarah pada si kecil yang tak tau apa apa langsung kecuali senyum , ketawa dan menangis tu ..

Emaknya 22 tahun.. Teman lelaki dia , 19 tahun.. Wehhh , 19 tahun di zaman ni ..maaf cakap la yer , seluar dalam pon ada yang mak basuhkan lagi ok ! Yang benar benar matang di usia ni , sikit sangat ! Haihhhh .. Zaman dulu , 9 tahun dah boleh urus rumah .. Tak kira lelaki atau perempuan .. Zaman ni ? Tu pon pandai dah nak bercinta .. adoiyai ..

Sekarang apa jadi ?  Bercinta tu , pandai pandai la pilih pasangan .. Jangan takat pandai cakap , muka kacak atau jelita, dah sauk untuk dijadikan pasangan hidup .. Teliti betul betul .. Penting wooo .. Kalau sebelum kawin pon , dah pandai naik tangan , bayangkan selepas kawin .. Hurm ..

Untuk kes ni , tak tau nak kata apa … Semua dah cukup pandai dan matang .. Tegur , melenting .. Panggil kawan ramai ramai, pastu belasah si penegur tu .. Tak tegur ? Inilah jadinya ..

Akal ada , pakai ..

 

Sumber : Hmetro

“Tolong! Kenapa Susu Saya Tidak Cukup?”

 

Susu ibu laaa .. Aku mana ada susu .. Susu bukan sekadar air pada bayi . Ianya adalah segalanya buat si kecil ..

Jom baca ..

 

Masalah susu

Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannya
mudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar.

Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan  mestilah tidak melebihi 2 jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

  • Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid
    Pemakanan.
  • Banyakkan minum air sepanjang hari.
  • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
  • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien
    seperti senarai di bawah:

image

* Makan makanan yang halal yer .. Yang ada khinzir tu , jgn la mengada lak eh  ..

Setahu aku , kurma , badam bagus dimakan oleh ibu yang menyusu. Yang penting , tamo stress la eh .. Suami suami tu pon , jangan kasi isteri anda tu stress .. Kang , anak tak makan kangg ..

Berhati-hati!

  • Hadkan pengambilan teh dan kopi kerana minuman ini boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu aktif.
  • Awasi pengambilan alkohol kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu.
  • Cuba elakkan daripada mengambil sediaan herba terutamanya jika bayi anda mengalami jaundis atau dilahirkan pramatang.
  • Jangan ambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.
  • Jangan merokok atau biarkan diri sendiri dan bayi terdedah kepada asap rokok kerana ini boleh menjejaskan penghasilan susu.

 

Masalah Payudara

Apa patut saya lakukan jika puting saya
leper atau tenggelam?”

Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara.

Payudara saya bengkak, keras dan ia
menyakitkan saya. Apa yang
berlaku
?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul.

Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan jaram panas atau suam ke atas payudara anda. Jika payudara masih rasa keras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan kandida, penggunaan pengepam payudara yang
tidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor.

Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih. Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian.

Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun, krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya, sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.

“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptomsimptom seperti selsema. Segeralah berjumpa
doktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya, teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.


“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit
pada payudara. Ada yang tidak kena?”

Ini bermakna salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke
bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.

 

Semoga perkongsian maklumat ini dapat membantu .. InsyaAllah ..

 

Sumber :

image

Kenapa sibuk sangat nak kasi susu ibu ?

 

Dulu kan , sbb ada baby kan atau lebih tepat sewaktu jahil bab susu ibu ni walaupun kat sekolah dah belajar dan juga sendiri pon selalu minum susu tapi tu susu berprotein tinggi , aku anggap susu ibu ni cam susu biasa je ..

Setelah kehadiran Qhaliff dan juga perkongsian maklumat dari rakan pembaca blog dan juga alam maya seperti Facebook dan Twitter , aku semakin memahami kepentingan menyusu ibu. Bahkan si anak mmg rapat giler ngan ibunya walaupun yang bagi susu tiap tiap hari tu bapak dia yang jadi Mr. Mama ni haaa .. Ada mak dia , baru leh tidur lena tanpa didodoikan !

image

Ini baru skit je ..Sebenarnya , banyak lagi kelebihan susu ibu ni .. Hurm.. Kuasa Allah .. Sapa sangka , susu  yang keluar dari tubuh badan seorang ibu mampu membesarkan si bayi yang sebesar ibu jari hingga mampu berjalan serta melindunginya dari pelbagai penyakit berjangkit ..

 

Sumber :

image

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI