Tak dapat tarik masuk mulut , dia marah ! Bila marah , ngan aku aku terlibat .. Amboiii ..
“ Cuba senyum jap Qhaliff.. “
Pastu sambung tensen balik ! Grr.. Nak main tapi nak menangis.. Aduss..
Tak dapat tarik masuk mulut , dia marah ! Bila marah , ngan aku aku terlibat .. Amboiii ..
“ Cuba senyum jap Qhaliff.. “
Pastu sambung tensen balik ! Grr.. Nak main tapi nak menangis.. Aduss..
Bagi mereka yang confirm memandu serupa di litar Sepang , maka digalakkan sama sekali membawa sejumlah wang tunai . Kenapa ?
“ Semua pemandu dan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik perlu menyelesaikan saman mereka serta-merta atau kenderaan mereka akan ditahan, di mana ia merupakan satu cadangan kepada Kerajaan. “
Kalau diterima oleh kerajaan , maka sebelum Raya Aidilfitri ni bersedialah yer .. Rasa rasa nak memecut laju , nak langgar lampu merah , parking kereta ikut suka tekak , silalah bayar masa tu gak.. Perghhh .. Dasat tuuu ..
Cadangan ni bagus la tapi kalau boleh jumlah saman tu , ikut size kereta la.. Sbb yang suka memecut laju ni , kereta orang kaya jer .. Yang berlagak macam kereta orang kaya tu pon , kasi saman je cam kereta orang kaya.. Baru ada akai kan ?
Suruhanjaya khas yang mencadangkan cadangan tu terdiri dari Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Kerja Raya, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Piilhan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10
Nama diaaa .. tu diaaa … Betullaah otai masakan dari Kuantan ni haaa.. Memang nama setaraf pembikinnya.. Heheh.. Jangan marah aa kak Ummi Zaihadi .. Tapi serius laa .. Memang sedap banget nampak makanan ni .. Memng wajib kena try ni nanti .. Kalau digabungkan dengan air kat bawah ni , camana ?
Sirap Bandung Soda buatan tangan Mat Gebu .. Perghhh … Nanesss .. hahaha ..
Cuba singkap sejarah logo Hari Kebangsaan yang lepas lepas ..
Dan 3 tahun kebelakangan ini ..
Dan tahun ini ..
Haihh … dulu puas aku fikir camana nak buat logo yang kreatif yang mana mampu buat kita fikir apakah yang makna yang terkandung dlm logo tu ..
Tapi skang ? Aku terfikir apakah yang tersirat di sebalik logo ni .. Ayooyo …
Jujur la bila memberi .. Kita sama sama bekerja di bawah satu bendera. Kalau semua dok mengungkit , letih ler ..
Nak bonus gak !!
Perkara yang pasti membuatkan si ibu bapa gelisah tak tidur lena , makan tak kenyang , bila anak mereka tak sihat atau sakit .. Bayangkan ada yang lebih kuat dugaan mereka .. Semoga Allah tabahkan mereka ..
Si kecil ni namanya Muhammad Haiqal Mustaqim. Anak kawan baik aku. Kawan dari darjah satu woo .. Dia dimasukkan ke hospital petang semalam sbb demam panas. Cecah 40 darjah celcius. Doakan si kecil ni cepat sembuh yer, kawan kawan .. Kalau sempat , petang ni plan nak g ziarah kat HUKM ..
Hurm.. Bila member aku ni tunjuk gambar baby dia , teringat aku pada Qhaliff yang mana korang pun tau ( bagi yang ikut perkembangan Qhaliff dari mula lahir) , yg terpaksa membuatkan aku gelisah sepanjang beberapa minggu akibat demam kuning . Hurmm..
Alhamdulillah , selepas tu .. dia tak de demam dah.. Semakin kuat badan dia ..
Bizi bermain dia .. Bila aku hala kamera dan suruh senyum ..
Pastu sambung main .. Aduhhh …. Kang bila mula merengek , baru aku bagi susu.. Confirm terus lena .. hehehe ..
Syukur pada Allah ..
Antara yang ingin dilalui oleh setiap ibubapa ialah melihat perkembangan mereka setiap saat namun tidak semua ibubapa dapat menikmatinya kerana terpaksa mencari rezeki ..
Namun , aku bertuah .. Aku dapat melihat setiap perkembangan Qhaliff dr mula keluar dari perut ibunya … Alhamdulillah .. Syukur pada Allah kerana diberi peluang ini ..
Perkembangan Qhaliff , senantiasa aku rakam .. Dari hanya tau menangis hingga sekarang dok sibuk menjerit kat telinga aku . Dari tak tau nak pegang apa , skang dah sibuk korek mata aku .. Kaki ? Serupa dok mengelecek bola dah .. Huhuh..
Skang , aku dok ajar sebut ‘ daddy' dulu.. Haha.. Yelah , senang nak jerit panggil daddy dia kalau nak apa apa dari dok ‘ uu aaa ooo ‘.. Kalau dah leh sebut , maknanya leh ajar dah perkataan lain ..
“Ni apa ? Ni mataa… Omputer sebut , Nose .. “
Buat mereka yang tinggal di Selangor ( buat masa ini ) dan mempunyai gadget (telefon pintar dan tab) , digalakkan sama sekali memasang aplikasi MyDistress ini .
Memandangkan aku di Putrajaya dan akan berpindah tak lama lagi dan berada dalam kawasan Selangor , maka aku pasang app ni sbb kawasan aku tu , boleh dikatakan baru.
Bila berlaku sesuatu ancaman , kita hanya perlu tekan butang SOS . Signal akan dihantar ke ibu pejabat polis dan seterusnya peronda polis yang terdekat dengan kita akan dihantar ..
Utk mengetahui dgn lebih lanjut , boleh baca di MYDISTRESS ..
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menunjukkan Aplikasi MyDistress Version Dua menerusi tablet selepas pelancarannya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor (IPK) di Shah Alam
“ Mandi dah abang ? “ ..
Boleh si isteri ajukan soalan begitu kat aku padahal aku mandi dah pagi tadi selepas mandikan Qhaliff .. Sedih tawwww .. Mentang mentang laa duduk rumah jer .. Kang pakai ala ala g meeting ngan PM kang , baru tauuu .. haaa ..
Bila disoalkan gitu , baru tersedar.. Patutlah ramai si suami dok komplen si isteri serabai kat rumah .. Tak berseleraaa tengok aihh .. kan ?
Senang la cakapp kan ? Suruh si laki tu pulak duduk rumah seminggu. Bersihkan rumah ari ari . Jaga anak . Masak .. Ingat apa ? Duk depan tv tengok sinetron je keje si suri rumah ? Huh ! Awok kat opis , bergembira .. caitss ..
Hahaa.. jangan maraah aa .. Si suami kena peka .. Si isteri begitu sbb dia kena utamakan yang patut diutamakan . Bayangkan kerja si isteri yang bertugas sebagai suri rumah sepenuh masa ni , hanya tamat bila si suami dah masuk tidur .. Barulah dia dapat landing untuk 6 jam saja.. Pastu mula rutinnya sekali lagi sehinggalah semua dah beruban ..
Suri rumah mana la tak nak berhias kan ? Teringat zaman kejelitaan sewaktu bergelar ratu kebaya dulu .. Skang ni , ratu berkemban je .. Apa nak buat .. Nak jaga keluarga .. Kang tak jaga , suami cari lain .. Pstt.. Jaga pon , tetap cari lain , kan ?
Tu belum lagi kata si isteri bau belacan laa.. Bau budu laa .. Mentang mentang la kat opis ada anak dara yang mekap tebal , bau perfume serupa nak bagitau dia je mampu beli perfume , balik rumah .. komplen ! Dalam komplen komplen pon , keluar gak 3-4 orang !
Lantok ler .. Janji rumah bersih , anak cukup makan .. Laki nak wat pe , tu antara kamu ngan Allah .. Eh ? Mana boleh .. Si isteri tetap amik tauu wooo .. Cer la buat .. Nak tengok kuali hinggap kat muka .. cer try ..
Bila wife ajak buat baju raya tahun ni , aku sengaja melengahkan . Biar je dia yang buat .. Aku , malas .. Kos untuk sepasang baju , bukan dah seperti dulu .. Tak cecah 100, tak sah . Kalau bawah 100 tu , jawabnya sekali dua je .. Kualiti tak tau lagi camana..
4 tahun dah aku nikah. Baju yang ada , semua baju awal tahun perkahwinan. Kenapa aku tak beli atau tempah baru ? Entah .. aku rasa cam membazir jer . Lagi pun , sejak dh bergelar bapa ni , keluarga perlu diutamakan.
Teringat ayah aku yang baju rayanya tak pernah tukar hinggalah anak anak yg belikan . Dulu setiap kali raya , aku mesti tanya kenapa tak buat yang baru ? Dia senyum dan jawab ..
“ Biar je anak anak yang pakai baru baru.. “
Duit , bukan mudah untuk diperolehi bagi dia . Kena kerja keras untuk mendapatkannya. Segalanya adalah untuk anak anaknya ..
Dan sekarang , aku memahaminya ..
Heehe.. tajuk giler gempak eh ? Betul la apa ? SITI MARIAM di TV Al Hijrah mmg jauh best dari drama drama bersambung yg pernah aku tengok kat tv sebelum ni .. Hehehe ..
Aku tercari gak sapa pelakon wanita yang membawa watak gadis kampung yang sangat sopan .. Perghh.. Kesopanan dia tu mmg susah dah nak jumpa kat gadis bandar ni haa .. Serius wehh .. Jangan marah aaa tapi tu yang aku nampak laaa.. Korang mungkin pernah nampak ..
Akhirnya aku tau laaa sapa dia ..
Oooo .. Yatt Hamzah rupanya.. pandai dia bawak watak gadis yang bersopan serta lemah lembut hingga berjaya membuatkan aku duduk tengok sampai abis cerita ni dan akan tunggu lagi sambungannya .. hehe ..
Apa pon semua pelakon dalam drama SITI MARIAM ni mmg best ! Menarik drama ni .. hehehe .. Semua watak hidup .. hehe .. Mata pon selamat .. hehe ..
Pilhan Ramadhan hari ke #1 : #2 : #3 : #4 : #5 : #6 : #7 : #8 :#9 : #10
Mee Lakna pilihan aku . Simple dan mengenyangkan. Macam macam ada dalam mee ladna ni .. Kira puas la makan ..
Kalu dulu , mak aku rajin buat setiap kali aku mintak .. hehe .. Skang ni , dah kawin , tak try test lagi wife .. Ingat hujung minggu ni , nk laa.. Ke aku yang masak ? Waaaaa… gempa bumi kalau aku buat.. hahaha ..
Apa pon , mee ladna mmg sesuai dihidangkan untuk masa berbuka. Tak la pengsan selepas berbuka sbb kekenyangan.. kan kan ?
Untuk mendapatkan resepinya , boleh ke blog kak YATIE ..
Caaakkk ! Heehe..
Semalam , lepas berbuka aku sekeluarga terus g ke rumah mak aku setelah mendapat berita anak buah aku mengalamai kecederaan di kepala dan terpaksa menerima jahitan.
Puncanya , kecuaian di tandas. Bukan terjatuh sebaliknya si anak buah aku tu masuk tandas untuk buang air dan tak tau la apa dia buat tau tau kepala dia berdarah .. Bapak aku kata mungkin dia menunduk , pastu bila dia bangun, terkena sisi bekas air yang ada dalam tandas tu . Nak cerita kat korang pon susah sikit .. hehe ..
Tapi yang pasti , aku pesan dah .. Jangan percaya kat budak budak untuk buat kerja sendiri .. Kena ikut dan perhatikan walaupun mereka dah pandai buat sendiri !
Seperti ada satu kes yang aku baca kat akhbar yang mana si ibu lepaskan anak dia untuk balik ke rumah sekejap untuk amik apatah , naik tingkat 3 rasanya .. tau tau terjatuh masa naik tangga tu.. Tak pasal pasal patah tangan dia ..
Hurmm .. Sebijak mana anak kecil , mereka tetap anak kecil . Kena perhatikan mereka ..
Kalau keluar dari rumah … Automaik muka dia jadi camni .. Aku pelik ..
Bila masuk je rumah .. Dia punya kegembiraan bertukar wajah !
Dia akan buat secute yang abis agar mak ayah dia tak tinggalkan dia keseorangan atas tilam ! Adoiyaiiii .. Budak ni kang …. Kang … Haaa ..
Berlakon betul laaa … Macam duk rumah lagi seronok pulak diaaa .. Grrr…
Yang pertama .. Kalau panggil nama dia , dia akan pandang pada orang yg memanggilnya tu .. Sbb aku test guna nama lain , dia wat dek .. Tu kajian aku bila aku boring la .. Hehe ..
Yang kedua .. Yang ni , confirm ..
“ Cuba senyum , Qhaliff “
Haaa.. Tak sampai 2 saat ..Pastu , mcm asal ..
Nyaris nak buka puasa tadi sebab sakit kepala sangat.. Risau tekanan darah naik semula .. G mandi , solat .. lega skit .. Tapi masih terasa peritnya sakit pala ni ..
Tahan Ben .. skit je lagi .. Hari tu , last minit terpaksa gak buka.. huhu.. Dah kul 4 petang .. Kena gak buka untuk makan ubat .. Bukan apa , takut ada yg terus pitam tak bangun bangun dah .. huhuh..
Qhaliff , dok tidur lagi.. Kul 4 kang baru nak gegar dia .. Tadi bangun dah , tapi ‘paksa’ tidur semula .. hehehe .. Bukan apa , kalau dia bangun , kesian dia kena gomol ngan aku.. Hehe.. Kalau tidur , selamat diaaa ..
Tak pernah puasa dengan sakit kepala gini .. huhu .. Memang betul dugaan dari hari pertama .. Kantoi ? Dah pon .. Tak pe la .. nanti ganti balik … Bukan sengaja nak kantoi pon .. TERPAKSA ..