Dari Hmetro Online ..
“Baru berusia sembilan tahun, tapi lima murid tahun tiga sebuah sekolah di sini sudah berani berlagak samseng apabila membelit leher seorang rakan sekelas mereka dengan tali pinggang selain memukul mangsa dengan kasut dan pembaris besi, kelmarin.
Malah, lima samseng cilik terbabit turut mengugut untuk membunuh serta mencampak rakan mereka itu ke dalam hutan dan mereka berbuat demikian hanya kerana tidak menyukai mangsa.
Sumber polis berkata, kejadian itu berlaku jam 1.30 tengah hari di sekolah berkenaan dan kelima-lima murid terbabit terlebih dulu mengepung mangsa sekelas mereka ketika berada dalam bilik darjah.” .
Pernah aku dengar sendiri pembikin filem kata , mereka mengambil kejadian dari masyarakat sebagai idea untu membikin filem filem terutama yang bercorak gengster .. Hehehe .. Agaknya pasni ada kot pembikin filem buat filem gini ?
Baru baru ni , ada la aku duduk minum dengan seorang rakan .. Katanya dia kecewa dengan satu drama bersiri yang ditunjukkan dalam tv yang mana ajinomtonya terlebih hingga membuatkan mereka sendiri tertanya mengapa drama tu dibikin sedemikian rupa sedangkan hakikatnya tidak sama sekali ..
Bila aku kata pembikin filem atau drama ( bukan semua ) pentingkan diri sendiri dan hanya pentingkan soal keuntungan dari soal moral masyarakat , mereka menemplak mengataka kita tak sokong mereka dan sokong filem luar ! Akai ada ka bro ?? Pikiaq sebelum bagi kenyataan. Apa guna lu untung berjuta tapi yang lu hasilkan impaknya negatif ! Positif ? G tanya penonton sendiri apa yang diorang dapat lepas tonton filem tu ! Ingat penonton ni ahli pemikir ke ?