Baru sampai rumah dari pasar .. Qhaliff , seperti biasa .. ikut dan tidur je sepanjang perjalanan , berenti beli barang hingga sampai rumah , tidur tanpa ‘ada aku kesah ? ‘ ..
Depan rumah .. Ada seorang perempuan kulit hitam berhijab , memandang dengan punya maksud tertentu ..
“ Takkan salesgirl ? Kutip derma , mungkin .. “ .
Aku bagitau wife. Terkejut dia . Dia kata nasib baik siang. Kalau malam , demam urat dah dia .. Hahaaha .. Aku gak cool .. Hehe ..
Dan aku perasan ada seorang budak lelaki mundar mandir dengan ada kertas dan pensil di tangannya serta beg disangkut di bahu .. Hurmm..
“ Mesti student .. “. Hati aku berbisik.
“ Assalamualaikum . Saya pelajar dari UPM sedang buat bancian mengenai … bla bla bla .. “ .
Aku tak ingat dia dok kata bancian pasal apa .. Panjang benar ayatnya serta berbelit kepala otak aku nak tangkap .. Aku nak jemput masuk , rumah serupa baru dilanda tsunami.. Segan lak .. Maaf la yer dik . Nanti abang buat open house , abang jemput eh ..
Dia bagi aku kertas bancian warna pink . Aku dah la pakai baju pink . Sama la pulak .. huhu .. Aku tengok soalan soalan dia .. Perghh .. Serupa nak jawab kertas BIOLOGI SPM .. Hahaha ..
Tergaru-garu jap kepala .. Tapi dia kata , tandakan je kertas tu .. Aku pun tanda je la.. Ingatkan nak guna dadu .. Takde pilihan A,B,C,D,E lak .. hehe ..
Selesai.. Yess .. Dah boleh enjoyyyy … Kasi kat adik tu . Ucapan terima kasih diterima. Cuma aku ingat nak tegur sesuatu kat dia .. Iaitu , gantung kad pelajar kat leher tu agar penduduk tak terpinga-pinga bila tengok mereka dihampiri .. hehe ..