3 hari kat sana.. Ada kije skit ambil bawak Qhaliff jenjalan .. Plan nk jumpa blogger nnti ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
3 hari kat sana.. Ada kije skit ambil bawak Qhaliff jenjalan .. Plan nk jumpa blogger nnti ..
Hurm ..
Memang aku takut sangat jeriji pagar yang ada kat rumah baru aku tu .. Atas , bawah semua jerigi yang ‘ditugaskan’ untuk menghalang pencuri dari luar masuk ke dalam ..
Tapi pada yang sama , aku sekeluarga menjadi ‘ tahanan’ bila berada di dalamnya .. Jika berlaku perkara perkara begini , paling utama ialah kuncinya !!
Hurm ..Jalan keluar tu mmg ada tapi .. Haih .. Aku kena fikir semula faktor faktor keselamatan rumah aku tu ..
Eceh .. Buat sendiri nampak ??? Saja .. Hargai diri sendiri , kan ? Takkan nak orang je hargai tapi kita sendiri tak hargai diri kita sendiri .. kan kan ?
Hurm … nak hadiah apa eh ?? Haaa .. tau tau … Aku nakkkk korang doakan aku , keluarga aku keberkatan , kesejahteraan , dimurahkan rezeki serta diampunkan dosa dosa samada yang lepas dan juga akan datang ..
Doa tu yang sangat mahal .. kan ? Terima kasih pada rakan rakan yang ucap selamat pada aku .. Hanya ALLAH saja mampu membalas budi baik korang semua ..
-IKLAN 24 JAM . ENTRI TERBARU , DIBAWAH ENTRI INI-
Terletak di No 16 , Jalan P9G1/1 PRESINT 9 , Putrajaya , TADIKA ARINA ini sebuah tadika Chinese Muslim yg diasaskan oleh Pn Nurul Arina Tan dan suaminya.Ini sememangnya dinantikan oleh penduduk Putrajaya yang mana ramai ibu bapa agak kesukaran untuk mencari kelas bahasa mandarin untuk anak kecil mereka dalam mendapatkan pendidikan awal.
Di Tadika Arina ini , para guru yang berpengalaman akan mengajar mata pelajaran seperti Eng , BM , Bahasa Cina , Art , Agama , Science , math manakala Piano dan Organ adalah optional.
Bagi fullday students pulak diwajibkan untuk menghadiri kelas mengaji al-quran pada setiap isnin hingga jumaat di sebelah petang.
Yuran bulanan adalah termasuk kelas mengaji Al-quran dan mata pelajaran yang lain (kecuali piano dan organ) .
Dan di setiap Jumaat pula akan dikenali sebagai Hari Agama / Agama Day yang mana para pelajar akan memakia baju melayu/kurung....(aiiyyaa macam raya oohh).... belajar secara praktikal mengenai solat , wudhu, asas fardhu ain, aqidah, feqah dan sirah Nabi.
Apa yang special tentang Tadika Arina ini adalah kelas bahasa mandarin dan kelas piano akan diajarkan oleh Pn. Arina sendiri.Beliau akan memastikan semua student pandai bertutur membaca dan menulis dalam bahasa mandarin.( rugi tak belajar woo ) , mereka boleh mengasah bakat dalam nyanyian , bermain alat muzik , bercerita dan banyak lagi.
Tadika Arina ini juga mempunyai konsep tersendiri iaitu budak-budak tidak digalakkan tidur di sebelah petang...(berbeza dengan tadika lain)....Ini adalah untuk melatih budak-budak untuk membiasakan diri mereka sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.
Selain itu, Tadika Arina juga mengamalkan “A new word a day” satu hari satu nama Allah (Asma Ul Husna)......bestt wooo anak2 kita dapat hafal.....Disamping itu pihak pengurusan Tadika Arina juga menyediakan bilik kelas yang berhawa dingin dan selesa,Trip cuti sekolah , Hari Sukan , Peperiksaan awal dan akhir tahun , perpustakaan , tandas yang berlainan jantina , katil untuk pelajar yang tak sihat (sickbay), makanan yang sedap ! Heheh .. Kenapa sedap sbb gabungan citarasa barat dan asia …..siap ada menu lagi....minuman yang disediakan pulak adalah milo, soya bean, susu dan jus oren....ish..ish..ish..mana mau cari tadika macam nieee....
Bahasa utama yang akan digunakan di sini adalah bahasa English kecuali bila kelas BM , Bahasa Cina dan Agama saja dalam bahasa Melayu. Dan mereka gunakan multimedia bila mengajar ..
Tidak lupa juga ada Graduation Day bagi pelajar yang berjaya tamatkan kelas tadika mereka .. hehehe .. Cam dapat degree woo .. hehe.. Pengalaman yang tak boleh dilupakan...Jom..apa tunggu lagi...daftarlah anak-anak sekarang sebab ia “first come first serve” and “only limited seats available......
*Tadika Arina akan buat trip ke Kidszania tahun depan,insha ALLAH
Untuk lihat dan mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik SINI.
Gambar ini aku cilok dari blog Lyssa .. Apa ceritanya , g baca sendiri kat blognya ..
Hurm.. Sepanjang hari ni , mmg aku membuatkan aku lebih rasa rapat sangat dengan si dak kecik ni .. Senantiasa dia dalam dakapan aku .. Aku akan dakap selagi mana dia nak aku dakap .. Nanti dah boleh berlari , pasti tak nak aku dukung dah .. huhu ..
Penat ? Memang penat ..tapi bila dia memandang tepat mata aku , aku terasa dia ingin mengucapkan sesuatu pada aku .. Sebagaimana aku bila memandang ayah aku … Aku nak ucapkan betapa aku menyayanginya dan terhutang budi padanya ..
Anak kecil walaupun tak reti lagi berkata kata tapi mata mereka cukup untuk menyampaikan segala perasaan mereka .. Sayangnya ada jugak yang tak reti nak membacanya ..
Baru balik dari rumah orang tua aku yang mana mereka baru saja sampai dari Pulau Pinang .. Saja g sana sbb diorang bawak balik durian Balik Pulau. Buah sana , mmg sedap sedap giler .. huhu..
Dalam dok borak borak tu , mak aku bukak cerita pasal adik ayah aku yang baru baru ni dirompak oleh mereka yang berparang panjang. Hurmm..
Menurut mak aku , mereka (suami isteri ) datang ke rumah anak mereka dan nak dijadikan cerita , rumah tu dimasuki perompak bersenjatakan parang panjang .. Maka abislah harta dalam rumah tu ..
Hurmm .. Aku malas la nak persoalkan mengenai mereka yang dok kata kadar jenayah dah semakin menurut atau negara semakin selamat .. Penat ! Penat nak bertelagah pasal ni .. Kalau selamat sangat , takkan jiran aku pon pasang ADT ALARM kan ? Bukannya murah tuuu ..
Dan , banyak giler kawasan yang tidak diterangi lampu jalan .. Gelap dan malam je .. Putrajaya ni sendiri pun cukuplah .. Hurmm.. Aku kadang kadang pon naik takut nak keluar malam .. Hurm.. Duk rumah pon takut gak .. Dah tu ???
Kalau tak kena rompak , kena pukau .. Camana tu ?