Alhamdulillah.. Sampai dah di kampung wife. Aku terpaksa batalkan puasa aku. Lagi pun aku musafir. Terpaksa sbb aku memandu jauh. Dengan cuaca yang panas , kereta yang banyak .. aku perlukan air utk memastikan segalanya berjalan lancar ! Aku tak biasa jalan jauh ketika puasa.. Ada yang biasa .. Tidak bagi aku. Nanti kena ganti semula.
Haa.. tadi ! Nak diceritakan , tadi ada la sebijik kereta Myvi berwarna purple.. Sangatlah kurang ajarnya cara dia memandu ! Apa yang dia lakukan mampu membuatkan 3 bijik kenderaan mengalami kemalangan !
Bayangkan dia datang dari belakang kereta aku pastu terus memotong aku di sebelah kanan tanpa dia perasan ada lori dari arah bertentangan !
Aku dah nampak apa yang akan dia lakukan sekiranya lori tu betul betul berdepan dengan dia iaitu terus menghimpit aku ! Tapi aku dah standby !! Aku perlahankan kereta dan biarkan dia masuk seterusnya aku bagi hon kuat kuat ! Segalanya berlaku dalam tempoh 5 saat !!
Kemudian aku kejar dan amik gambar kereta tu ! Hurmmm .. Aku ingatkan dia serik ! Rupanya , dia terus bersikap demikian di kala kereta dok beratur nak potong lori ! Hurmmmm …
Tolonglah berhati hati .. Kalau rasa tak nak hidup lama , pastikan anda tidak melibatkan orang lain !