Selepas gi beraya di rumah blogger Ujang ( dan YanaMib ) , aku sekeluarga terus gi ke rumah blogger Que Achmad.. Lama dah nak gi rumah dia tapi asyik tertunggak jer.. Dari bujang hinggalah dia dah ada anak , ni kali pertama singgah ke rumah dia .. Huhu.. Biasa dia yang singgah rumah aku.. Terima kasih.
Untuk pengetahuan , Ean lahir 10 hari lebih awal dari Zahra. Berat Ean pun lebih 1kg dari Zahra .. tapi ketinggian , Zahra tinggi skit.. Mungkin sebab Zahra ikut bapak dia ..
Satu lagi persamaan .. dua dua berdarah Red Warrior ! Hehehe.. Kelantan lor .. Cuma Mykid Zahra , tertera lahir di Putrajaya manakala Ean lahir di Kelantan. Mak Zahra je orang Kelantan.
Tapi benarlah kata orang .. Bayi perempuan ni lebih cepat matang berbanding bayi lelaki. Setujukah ?