Akhirnya , KELAB BLOGGER BEN ASHAARI tertubuh dengan rasminya baru baru ini. Cuma takde la nak buat pelancaran bagai. Tapi , mana tau nanti kan ? Cuma tinggal satu lagi langkah saja untuk menjadikannya lebih realiti ! InshaAllah.. tu tugas aku tu.. Tugas yang aku cukuppppp malas dari dulu hingga sekarang ! Malas giler babas punyaaa ..
Kenapa dan mengapa aku nak tubuh kelab ni ? Apa kelebihannya ? Apakah blogger yg bernaung di bawah kelab ini akan dapat job ? Populariti ? Glamer ? Atau aku yang mendapat nama ???
Tak dinafikan , ramai berfikiran begitu. Berfikiran yang BEN ASHAARI laa yang akan popular ! Tapi kan , orang yg nak kata tu kan.. tak pikir ke yang BEN ASHAARI ni lama dah popular ? Maaf cakap laa.. aku bukan nak riak atau sombong mahupun berlagak.. Tapi dah banyak kali keluar majalah , surat khabar dan juga tv.. Malah turut dijadikan contoh di kelas kelas pengajaran blog !
Ikut hati aku , aku malas nak kembangkan kelab ni tetapi setelah ramai tanya aku macamana nak join kelab ni serta beraktiviti dengannya , maka atas inisiatif dan usaha rakan rakan yang berpengalaman , mereka jadikan impian ini satu realiti ! Aha.. macam AF lak.. hahaha ..
Aku tak kisah la apa orang nak kata pasal kelab ni .. Nak cakap buruk ke .. nak kutuk ke.. nak keji ke. nak puji ke.. Yang penting , aku tahu apa yang aku buat.. Dan syukur kepada Allah , beberapa blogger di dalamnya dah merasai perubahan dan berjaya memantapkan lagi semangat untuk terus berblog kerana sokongan dari rakan rakan seperjuangan yang bernaung di dalam kelab ni..
Kelab ni bukan kelab bermotifkan keuntungan ! Kelab ini tak amik yuran pendaftaran .. Kelab ni tak amik komisien atas setiap job yang diberi pada rakan blogger ! Kelab ni takde kontrak ! Kelab ni takde protege ! Kelab ni takde sifu ! Kelab ni takde otai ! Kelab ni takde retis ! Semua sama level dalam ni ! Kami saling bertukar ilmu , bersantai , bergurau senda dan memperbaiki segala kesilapan untuk menjadi lebih baik !
Kalau ada yang kata mereka yang buat kelab ni akan mengutamakan kroni , meh aku nak tanyaaa .. Kalau anda ada satu bisnis dan dapati ada rakan rakan anda yang layak mempromosikan bisnis tu , apakah anda akan beri pada dia atau nak cari orang di luar sana tu , yang mana anda pon tak tau disiplinya , ketulusan hatinya serta amanahnya bila melakukan kerja tersebut ? Memang ada .. ramai ! Tapi paling mudah dan cepat , cari rakan yang ada di depan mata yang kita sendiri dah nampak kelebihan dan kesungguhannya bila buat kerja .. kan ?
Dalam kelab ni dah ada lebih 50 blogger yang join group whatsapp dan Telegram .. Bukan semua nak kejar populariti , job dan sebagainya. Mereka hanyalah inginkan persahabatan. Seronok bila ke mana mana tempat , ada rakan blogger yang dikenali di situ dan berjumpa ..lepak minum gitu haaa ..
Akhir kata laa.. Kalau kita malas nak berkomuniti , kita tanya balik diri kita.. Kita malas ke atau sebenarnya , kita yang tak dipelawa ? Tunggu carpet merah depan rumah ? Jangan berlagak retis .. Tak perlu ego dan jangan jadi keyboard warrior .. Apa yang anda dah buat untuk menyatukan blogger ? Blogger perlu bersatu ke ? Tak pernah dengar pepatah , bersatu teguh bercerai roboh ? Takkan tak tau , solat berjemaah tu lebih baik dari sendirian ? Takkan nak beli pulau sebijik dan duduk sorang sorang ? Kalau tak nak berkomuniti , tutup je internet tu.. Layan game sorang sorang ! Bila dah on internet , gi Facebook dan post status .. Bukankah dalam tu ada ramai kawan kawan .. Tu bukan komuniti ?
Kadang kadang , ego membuatkan kita nampak lebih kurang bijak dari mereka yang tak bijak .. Banyakkan istighfar ..